Saturday, May 31, 2008

~* Wanita solehah *~

...Wanita solehah itu aurat dijaga...Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri, Seindah hiasan di dunia ini...

...Keayuan wanita solehah, tidak terletak pada kecantikan wajahnya...Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya...Daya penarik wanita solehah, bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu, Bukan dan tidak sama sekali...


...Kepetahan wanita solehah...bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama...

...Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam...Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek...Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai...

...Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman, tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi...


...Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu...

...Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu...

...Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya...

...Bersyukurlah diatas apa yang ada serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama...

~* Lelaki acuan Al-Quran *~


Lelaki acuan Al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu


Lelaki acuan Al-Quran dialah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang


Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat


Lelaki acuan Al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah SWT ke atasnya


Lelaki acuan Al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca Al-Quran
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan


Lelaki acuan Al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian


Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan Al-Quran

~* Istimewa buat yang bernama Wanita *~

~* Buat teman-teman yang diingati *~

Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji...

Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka...

Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa...

Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji...

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih...

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu...

Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian...

Wahai sahabat wahai teman
Carilah dia kerana Tuhan
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman...

Wahai sahabat wahai teman
Cintalah dia kerana beriman
Dijadikan Tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan Tuhan...

Wahai sahabat wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk angaplah dugaan
Andai baik pujilah Tuhan...

Wahai sahabat wahai teman
Ingatlah akan janji Tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenangan...

~* Memagar Diri Dari Sihir *~

Cara memagar diri dari ilmu hitam atau sihir. Di bawah ini ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.


Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah


Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:


"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu." [Riwayat al Bukhari]


Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur


Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah kepada mereka.


Sabda Rasulullah saw,


"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'' [Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]


Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah


Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.


Mengikut riwayat Abu Hurairah ra,Rasulullah saw telah bersabda,


"Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya." [Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]


Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir


Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.


Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata, Rasulullah saw pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabd,


"Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya." [Riwayat al Bukhari dan Muslim]


Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas


Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.


Apabila Rasulullah saw mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata:


"Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan." [Riwayat al Bukhari dan Muslim]


Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah


Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:


"Ya Allah! aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah! berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya." [Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]


Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap


Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah,


"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi."


Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:


"Ia telah bercakap benar kepada engkau, wahal sendiri sememangnya penipu." [Riwayat al Bukhari.]

Sunday, May 25, 2008

~* Bukti cinta sejati *~

APAKAH anda ingin mengetahui atau menduga sejauh mana pasangan mencintai anda? Berikut adalah petua mengetahui cinta pasangan anda.

Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan cintanya terhadap pasangan sungguh mendalam:

  • Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian antara satu sama lain. Selalu berbincang, berjenaka dan selalu bersikap lucu adalah satu komunikasi atau cara berkesan mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.


  • Suami isteri yang saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari. Ia boleh ditunjukkan dengan membantu menyiapkan kerja peribadi dan rumah tangga secara bersama.


  • Pasangan suami isteri yang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta seperti sayang atau ‘I love you’ ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan seperti sayang atau darling.


  • Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, dia tidak akan melukai atau menyakiti pasangannya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti: “Kamu tidak pandai mengurus badan” atau “Kamu terlalu gemuk atau kurus.”


  • Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.


  • Isteri atau suami mencintai pasangannya sesungguh hati yang biasanya perasaan itu kekal dan stabil.


  • Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara atau memotong sebelum pasangannya habis berbicara. Dia akan berbicara apabila diminta untuk memberi cadangan.


  • Suami isteri sanggup menerima kekurangan pasangan. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya kerana harta dan wang.


  • Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara satu sama lain tetapi selalu berkongsi suka dan duka untuk menyelesaikan masalah bersama.


  • Pasangan yang bercinta sedar perkara yang merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumah tangga ketika suami letih akan menimbulkan kemarahan pasangannya.


  • Ciri-ciri lelaki pilihan:


    1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
    2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama.
    3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
    4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
    5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran.
    6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan sunat.
    7. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela.
    8. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik.
    9. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf.
    10. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isterinya.

    ~* Petanda jodoh *~


    SETIAP makhluk diciptakan berpasangan dan jangan bersedih jika anda masih sendirian, belum bertemu pasangan bersesuaian.


    Jika baru memulakan persahabatan dengan seseorang, tiba-tiba telefon berdering dan menerima panggilan daripada si dia, apakah itu dianggap satu kebetulan?


    Dua manusia yang berasa diri mereka bagaikan ada jodoh, pasti memiliki ikatan emosi, kerohanian dan fizikal antara kedua-duanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suara, sudah dirasa getaran dan seolah-olah ingin terus bersamanya. Benarkah begitu?


    Apakah petanda lainnya si dia itu jodoh kita atau sebaliknya?


    Barangkali petanda berikut boleh dijadikan panduan.


  • Rahsia sepasang kekasih memiliki usia hubungan yang panjang adalah adanya sikap saling bekerjasama. Anda dan dia selalu dapat saling membantu dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah anda berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan bersama-sama. Semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa membabitkan orang lain. Adakah ia berlaku pada diri anda?Jika ya, selamat kerana ada harapan si dia calon pendamping hidup anda.


  • Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan anda. Cuba perhatikan gerak-gerinya, cara berpakaian, gaya rambut, cara berbicara serta tawanya. Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh anda.


  • Adanya deria batiniah seolah dapat dibaca oleh si dia? Apabila anda atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan antara satu sama lain pada situasi tertentu, mungkin dialah kebahagiaan yang dicari.


  • Bersamanya dapat membuatkan perasaan menjadi tenang, selesa dan tanpa rasa tekanan yang membebankan. Berjam-jam bersamanya malah setiap waktu dan setiap hari langsung tidak mencetus rasa bosan, itulah petanda anda berdua kelak akan saling terikat.


  • Dia sering di sisi dalam apa saja situasi. Dia juga sering memahami suka duka yang anda alami. Percayalah, pasangan yang mempunyai jodoh pasti tidak takut mengalami pasang surut dan suka duka saat bersama. Ingat kembali, adakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi anda terganggu? Dia tahu keadaannya waktu anda sakit? Jika ya, tidak salah lagi, dialah orangnya.


  • Dia tidak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga anda, juga tidak peduli masa lalu anda bersama kekasih terdahulu. Dia juga tidak malu-malu menceritakan masa lalunya. Nah, jika begitu ini bererti dia sudah siap menerima anda seadanya.


  • Setiap orang pasti memiliki kekurangan dan anda tidak malu memperlihatkannya pada si dia. Si dia pula tidak segan menceritakan kelemahan dan kekurangannya pada anda. Anda dan si dia barangkali memang ditakdirkan untuk bersama.
  • ~* Usah sedih keterlaluan *~


    BERSEDIH, muram, murung, kecewa, merana, geram malah dendam, segala detik memilukan itu mungkin dialami mereka yang menempuh alam percintaan.

    Kasih diharap karam di tengah jalan. Bagi yang bercinta dan ditinggalkan si dia, putus tunang atau mereka yang pernah mengalami keruntuhan rumah tangga, segala perasaan itu bersatu, malah tidak mustahil boleh menjadikan seseorang itu terus memendam rasa.


    Seseorang yang putus cinta biasanya menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang sudah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.


    Hati pasti tidak tenteram, ingatan silam pasti kembali, kesedihan atau kemarahan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua.


    Berikut petua menghadapi kemelut perasaan berkenaan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih bermakna:


  • Ambil sedikit masa untuk diri sendiri

    Apabila baru berpisah dengan pasangan, cari tempat menenangkan fikiran dan tarik nafas panjang-panjang. Kemudian, biasakan diri dengan suasana baru itu.

    Sebolehnya bagi mereka yang baru bercerai atau berpisah, jangan terburu-buru mencari pasangan baru.

  • Mencari hikmah dan pengajaran daripada perpisahan

    Setiap perkara yang datang ada hikmahnya. Dalam mencari pengajaran, perlu muhasabah diri atau mengkaji kelemahan diri. Memang tidak dinafikan si dia mempunyai kelemahan namun masing-masing kena reda dengan ketetapan Ilahi.

  • Berkongsi dan meluahkan rasa hati dengan rakan atau saudara terdekat

    Sebolehnya jangan pendam perasaan seorang diri terutama bagi wanita. Ia boleh diibaratkan luka yang menjadi nanah apabila dipendam lama-lama. Carilah rakan atau saudara dekat bagi melepaskan rasa hati.

    Melepaskan rasa hati ini tidak bermaksud bercerita segalanya pada mereka. Cukup dengan melakukan aktiviti baru dan menikmatinya. Itu sudah cukup untuk melepaskan rasa dalam hati dan minda.

  • Bersedih berpada-pada

    Jangan salahkan diri ataupun sesiapa walaupun ia bukan berpunca daripada diri kita. Semua orang melakukan kesilapan.

    Ada sesetengah yang berasa diri dibuang dan tidak diperlukan lagi. Cukup! Berhenti! Mungkin bagi si dia tidak diperlukan, tetapi masih ramai orang lain yang memerlukan kita. Kita mampu mencari cinta yang lain. Teruskan hidup.

  • Jangan serik untuk bercinta

    Jangan takut atau fobia untuk bercinta lagi. Teruskan mencari cinta baru. Dapatkan pelbagai pandangan daripada rakan, saudara mara dan sesiapa yang mampu memberi pendapat.

    Jangan malu dan paling penting, jangan lakukan kesilapan lalu.

  • Berdoa dan bertawakal kepada Tuhan

    Ingat sesuatu yang baik ataupun buruk di tangan Yang Maha Kuasa. Banyakkan berdoa agar mendapat jodoh yang lebih baik.
  • ~* Why Do Muslims Fast In Ramadan? *~

    What is Fasting (Sawm)? Sawm (Arabic: صوم) is an Arabic word for fasting regulated by Islamic jurisprudence. In the terminology of Islamic l...