Sunday, August 31, 2008
Saturday, August 30, 2008
~* Ramadan bulan keberkatan *~

Ia diwajibkan kepada umat Islam pada Ramadan.
Ia difardukan atas umat Islam pada bulan Syaaban, tahun kedua Hijrah. Puasa Ramadan ialah satu daripada rukun Islam yang lima, sebagaimana ditegaskan al-Quran dan hadis, (maksudnya):
Dari Ibn Umar, r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Islam itu dibina dan ditegakkan di atas lima dasar (lima rukun), iaitu mengucap dua kalimah syahadah (dengan menyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allahdan sesungguhnya Nabi Muhammad pesuruh Allah
, mendirikan solat, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah".
[Hadis Sahih Riwayat Muslim]
Puasa Ramadan wajib ditunaikan bagi orang Islam yang mencukupi syaratnya, dengan menahan diri daripada makan minum serta hubungan seksual, malah semua perkara yang boleh membatalkannya sebagai satu amal ibadat kepada Allah
.
Ibadat itu mampu merapatkan jurang perbezaan di kalangan manusia terutama antara si kaya dan miskin kerana sama-sama berlapar dan menahan dahaga.
Malah, ia menyumbang kepada kesihatan akal dan jasmani seseorang, melatih diri bersabar, menahan kehendak nafsu dan melahirkan sifat lemah-lembut, tolak ansur, belas kasihan dan prihatin terhadap sesama manusia.
Ditinjau dari sudut sejarah, puasa bukan saja dilakukan umat Islam, tetapi turut diamalkan generasi terdahulu.
Al-Quran ada menegaskan, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.”[Surah al-Baqarah: Ayat 183]
Nabi Adam dan Hawa manusia pertama berpuasa untuk membersihkan diri daripada keterlanjuran kerana memakan buah khuldi yang menjadi larangan Allah
ketika mereka di syurga.
Bahkan, Nabi Adam diperintahkan tidak memakan buah khuldi, ditafsirkan ulama sebagai suatu bentuk puasa pada masa itu.
“Dan Kami berfirman: Wahai Adam, diamilah kamu dan isterimu syurga ini dan makanlah makanan yang banyak lagi baik di mana saja kamu suka dan janganlah kamu dekati pohon ini yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.”[Surah al-Baqarah: Ayat 35]
Nabi Idris, iaitu keturunan keenam Nabi Adam, memberikan beberapa nasihat, antaranya ialah kesabaran yang disertai iman kepada Allah
membawa kemenangan, orang yang bahagia adalah orang berwaspada dan mengharapkan syafaat dari Allah
dengan amal solehnya dan apabila memohon sesuatu kepada Allah
, berdoa dengan mengikhlaskan niat termasuk dengan solat dan puasa.
Putera Nabi Ayub, iaitu Nabi Zulkifli sanggup menerima amanah raja untuk berpuasa pada waktu siang dan beribadat pada malamnya serta sanggup bersabar.
Nabi Musa bersama kaumnya berpuasa selama 40 hari. Dalam surah Maryam, dinyatakan Nabi Zakaria dan Maryam sering mengamalkan puasa.
Nabi Daud pula berpuasa secara selang-seli, iaitu berpuasa secara selang sehari dan puasa baginda diibaratkan Allah
sebagai puasa yang amat mulia.
Perkara ini dinyatakan Nabi Muhammad SAW melalui sabdanya yang bermaksud:
“Puasa yang amat dikasihi Allahadalah puasa Nabi Daud yang berpuasa sehari dan berbuka sehari.”
Nabi lain yang dikatakan turut berpuasa ialah Nabi Daniel, Nabi Musa, Nabi Isa dan golongan penyokongnya yang dikenali sebagai al-Hawariyun.
Nabi Musa ketika bermunajat kepada Allah
di Bukit Tursina selama 40 hari 40 malam, berpuasa daripada memakan roti dan meminum air. Selepas diselamatkan Allah
daripada buruan Firaun dan tenteranya, Nabi Musa juga berpuasa bersama kaum Bani Israel.
Nabi Isa diriwayatkan pernah berpuasa selama 40 hari, manakala di kalangan penyokongnya iaitu al-Hawariyun, mereka berpuasa daripada makan daging, ikan, telur dan susu.
Begitupun, cara puasa generasi terdahulu tidak dinyatakan secara jelas dan terperinci baik melalui wahyu Allah
atau pernyataan daripada Nabi mahupun ulama melalui penulisan mereka.
Saidatina Aisyah r.a menceritakan, seperti yang diriwayatkan Hisyam bin 'Urwah, bahawa orang Quraisy Arab selalu menjalankan puasa pada bulan Asyura walaupun untuk sehari.
Namun sejak Allah
melantik Muhammad sebagai rasul-Nya, puasa dilaksanakan pada Ramadan, manakala puasa pada bulan 'Asyura masih disyariatkan tetapi berada dalam status sunat.
Nabi Muhammad SAW sendiri sebelum diangkat menjadi rasul mengamalkan puasa tiga hari setiap bulan dan turut mengamalkan puasa Asyura (10 Muharram).
Berpuasa pada 10 Muharam sebenarnya turut menjadi amalan orang Yahudi dan Nasrani di Madinah. Amalan berpuasa pada hari itu terus menjadi amalan Rasulullah selepas hijrah Baginda ke Madinah hingga turun ayat kewajipan puasa Ramadan pada tahun kedua hijrah.
Orang Yahudi di Madinah mewarisi amalan puasa daripada Nabi Musa yang diriwayatkan berpuasa bersama-sama kaumnya selepas mereka diselamatkan Allah
daripada buruan Firaun dan bala tenteranya.
Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni dalam kitabnya Tafsir Ayat-Ayat Hukum menjelaskan puasa yang difardukan kepada orang Yahudi dan Nasrani juga sebulan, tetapi mereka sengaja menukar waktu dan bilangan harinya yang sepatutnya dilakukan selama sebulan itu hingga menjangkau 50 hari.
Ini kerana ahli kitab kadangkala meminda jumlah hari puasa ketika musim panas atau sejuk dengan alasan terlalu sejuk dan panas, lalu mereka menukar puasa itu pada musim bunga.
Sesetengah ulama mengatakan, puasa pertama kali disyariatkan pada zaman Nabi Nuh a.s dan tetap dilaksanakan sehingga zaman Muhammad. Malah, Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan, sejak Nabi Nuh hingga Nabi Isa, puasa diwajibkan selama tiga hari pada setiap bulan.
Tetapi penulis kitab Tafsir Ruh-l-Ma'ani, Syihabuddin al-Alusi , berhujah dengan berdasar hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abdullah bin 'Umar lebih percaya puasa Ramadan disyariatkan sejak Adam a.s. Al-Zamakhsari melalui kajiannya juga menegaskan puasa amal ibadah yang sudah lama.
Melihat kepada hadis diriwayatkan Abdullah bin Umar dan beberapa faktor lain seperti proses penurunan syariat yang tidak diawali sebab tertentu serta beberapa hal lain, jelas menunjukkan puasa pada Ramadan memang disyariatkan kepada manusia sejak sekian lama tetapi diselewengkan umat terdahulu.
Ini boleh diterima kerana kerasulan Nabi Muhammad SAW untuk membimbing manusia kepada jalan Allah
, meluruskan dan memperkuat kembali syariat yang diturunkan-Nya selepas golongan sesat dan perosak menyelewengkan ajaran terbabit sehingga menimbulkan kekeliruan.
Apabila mengetahui puasa juga ibadat generasi terdahulu, sewajarnya umat Islam tidak berasa ibadat itu sesuatu yang membebankan kerana jika orang dahulu boleh berpuasa, mengapa tidak kita hari ini?
~* AGAMA Puasa tarbiah jiwa taat & ikhlas lakukan ibadat *~

Ramadan bulan istimewa apabila setiap amalan dijanjikan ganjaran berlipat ganda.
KEDATANGAN Ramadan memang ditunggu umat Islam dengan perasaan gembira. Namun, ada juga sebilangan kecil umat Islam yang berasa tidak selesa, gelisah dan ceria dengan kedatangan Ramadan kerana terpaksa menjalani ibadat puasa.
Bagi golongan kedua ini mereka berasakan satu beban berat kepada mereka dengan kehadiran Ramadan. Apa pun, suka atau tidak, Ramadan daripada perkiraan Islam cukup istimewa dan penuh dengan limpahan ganjaran pahala daripada Allah
.
Kira-kira dua hari lagi Ramadan akan menjelma dan umat Islam diwajibkan berpuasa. Adalah berdosa bagi sesiapa yang sudah akil baligh, sama ada lelaki atau perempuan, jika tidak menunaikan ibadat puasa.
Andainya ada yang tidak berpuasa pada bulan itu sedangkan ia sudah akil baligh, maka ia hendaklah qada' (menggantikan) puasa yang ditinggalkannya pada Ramadan sebelum ini.
Ibadat puasa Ramadan dan puasa sunat pada bulan lain bertujuan melatih diri supaya menjadi orang yang murqarrabin (orang yang dekat dengan Allah
). Puasa juga boleh menginsafkan diri bahawa kita ini adalah hamba Allah
yang lemah di sisi-Nya.
Bagi orang berpuasa pada Ramadan dengan hati tulus ikhlas dan mengharapkan keampunan Allah
, akan diampuni Allah
dosanya yang lalu.
Berpuasa itu juga adalah sebagai tanda kita syukur dan terima kasih kepada Allah
yang tidak putus memberi rezeki-Nya serta nikmat (kesihatan, keselamatan, ketenangan dan banyak lagi) yang tidak terhingga kepada kita selama ini.
Sesungguhnya Ramadan mempunyai kelebihan dan keistimewaannya jika dibandingkan dengan bulan lain dalam kalendar Islam.
Firman Allah
yang bermaksud:
"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk perbezaan di antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan maka hendaklah ia berpuasa."[Surah al-Baqarah, Ayat 185]
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Siapa berpuasa bulan Ramadan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah, diampunkan baginya dosa yang telah lalu."
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
Selain berpuasa melatih diri supaya bersifat sabar ketika berdepan dengan ujian, berpuasa juga menurut beberapa penyelidik ahli ilmu perubatan boleh menghindarkan penyakit dalam tubuh manusia. Demikian antara hikmah bagi orang yang berpuasa.
Menyentuh ibadat puasa ini, menurut Imam Al-Ghazali ada tiga tingkat puasa iaitu puasa umum, puasa istimewa dan puasa paling istimewa.
Puasa umum, ujar Imam al-Ghazali, ialah menghindarkan perut daripada makan, minum dan menahan anggota seks daripada memuaskan nafsu. Puasa istimewa pula ialah puasa yang dapat menghindar dan mengawasi pancaindera iaitu mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan sebarang dosa.
Puasa paling istimewa, menurut Imam al-Ghazali, iaitu puasa yang ditambah lagi dengan puasa hati daripada semua keinginan yang rendah dan fikiran keduniaan. Inilah puasa yang paling tinggi darjatnya dan puasa semacam inilah yang dikehendaki Allah
.
Beruntung orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa dalam erti kata sebenar-benarnya seperti puasa paling istimewa yang disebut Iman al-Ghazali.
Walau apa pun, ada dua kesenangan bagi orang yang mengerjakan puasa seperti diterangkan hadis Rasulullah SAW, iaitu kesenangan di kala berbuka dan kesenangan di kala bertemu dengan Allah
di padang Mahsyar.
Oleh kerana Ramadan adalah bulan mulia, maka umat Islam diingatkan supaya sentiasa menjaga kemuliaannya dengan tidak melakukan perbuatan atau pun tingkah-laku yang boleh mencemarkan kemuliaan bulan itu.
Mencemarkan kemuliaan Ramadan bukan saja dengan melakukan makan minum di tempat terdedah kepada mata orang ramai di waktu siang, bahkan tidak bersolat, bercakap bohong serta mengumpat dan mengata orang juga boleh dikira mencemarkan bulan Ramadan. Sewajarnya sifat negatif itu tidak dilakukan dalam bulan Ramadan dan bulan lain juga.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah mengeluarkan perkataan yang kotor dan jangan bertengkar. Jika kamu dicaci orang atau pun diajak berlawan, maka katakanlah sesungguhnya aku berpuasa."[Hadis riwayat Bukhari dan Musim]
Puasa Ramadan adalah perintah Allah
. Orang yang berjaya menyempurnakan perintah Allah
ini dan sekali gus berjaya melawan ujian serta godaan hawa nafsu dihadapkan kepadanya, maka sesungguhnya mereka adalah orang yang beroleh kemenangan besar.
Allah
berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allahialah orang yang paling takwa."
[Surah al-Hujurat, Ayat 13]
Pada Ramadan, selain turunnya al-Quran, ada satu malam di antara malamnya yang Allah
pilih sebagai satu malam tinggi nilainya iaitu malam lailatul qadar. Malam inilah yang dicari dan dirindui setiap umat Islam kerana ganjarannya adalah syurga bagi mereka yang berjaya memperoleh malam itu sewaktu mengerjakan amal ibadat.
~* Perkara membatalkan puasa *~

FIRMAN Allah
:
"Wahai orang yang beriman, difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas umat terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa."[Surah al-Baqarah: Ayat 183]
Beberapa hari saja lagi, umat Islam akan menyambut bulan Ramadan yang di dalamnya terkandung satu lagi rukun Islam iaitu berpuasa.
Sehubungan itu, berikut disertakan beberapa panduan ringkas sebagai memperingati amalan berpuasa.
Syarat wajib puasa ada empat iaitu Islam, baligh, berakal dan suci daripada haid dan nifas.
Rukun puasa pula adalah berniat pada waktu malam iaitu sebelum terbit fajar dan menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari.
Oleh yang demikian, hendaklah kita berusaha memperbaiki dan menjaga puasa kita sepanjang bulan Ramadan.
Hayatilah sabda Rasulullah SAW:
"Apabila tiba bulan Ramadan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan (daripada merasuk mangsanya)."[Riwayat Muslim]
Wednesday, August 20, 2008
~* Solat tengah malam penghapus dosa & penghalang maksiat *~

MENURUT Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, ada beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam antaranya:
- Ikhlas kepada Allah
dalam setiap tindakan dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri. - Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah
menjemputnya untuk bangun di tengah malam. - Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.
- Memerhati kepada kesungguhan individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamulail khususnya para solihin di kalangan sahabat dan ulama.
- Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu bangun di tengah malam seperti ditunjukkan Rasulullah SAW.
- Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan Rasulullah dalam sabda yang bermaksud: “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra’Bin ‘Azib)
- Bersegera masuk tidur (tidur pada awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan dilakukan Rasulullah SAW.
- Berzikir dengan wirid yang Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur (kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan syaitan dan membantu untuk mudah bangun) atau membawa ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur dan membaca tiga Qul.
- Seboleh-bolehnya tidur sebentar pada siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zuhur atau selepasnya.
- Elak daripada banyak makan dan minum kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.
- Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa juga keadaan.
- Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal pasti sebagai penghalang pertama mudah untuk bangun di tengah malam.
- Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
- Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah
selain ia adalah sunat muakkad yang sangat dianjurkan oleh Nabi SAW.
Baginda SAW bersabda yang bermaksud:
“Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang salih sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan, penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.”[Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi]
Wednesday, August 13, 2008
~* Tiada hadis sahih bicarakan malam Nisfu Syaaban *~

SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.
Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah
banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.
Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan Rasulullah SAW terhadap semua nabi, manakala keutamaan bulan Ramadan berbanding dengan semua bulan adalah seperti keutamaan Allah
kepada hamba-Nya.
Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.
Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertakwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah
sediakan pada bulan itu.
Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah
. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah
pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah
nanti.
Di samping itu, terdapat juga himpunan hadis menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Namun, kebanyakan hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama. Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis daif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.
Pada Syaaban ini, umat Islam dianjurkan lebih mendekatkan diri kepada Allah
dengan meningkatkan amal soleh dan memperbanyakkan ibadat. Tidak ada hadis diriwayatkan berkaitan dengan amalan dan bacaan doa tertentu pada pertengahan Syaaban mencapai taraf hadis sahih. Menurut mereka, tidak ada satu pun hadis sahih yang membicarakan mengenai malam Nisfu Syaaban dan amalan dianjurkan pada malam itu.
Berdasarkan amalan biasa dilakukan umat Islam di Malaysia iaitu amalan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dan juga bacaan doa khusus (doa yang tidak ada asal usulnya dan tidak menepati dalil Syarak sama ada dalil manqul (bersumberkan al-Quran dan hadis) atau ma’qul (bersumberkan pendapat ulama mujtahidin yang muktabar).
Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya al-Fatawa, kandungan doa itu secara umumnya adalah permohonan supaya ditetapkan sebagai seorang yang bahagia dan murah rezeki bersesuaian dengan segala kebaikan.
Maksud doa itu berdasarkan firman Allah
yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allahmenghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan)."
[Surah al-Ra'd , Ayat 39]
Jelas di sini percanggahan nyata dalam isi kandungan doa ini. Pada permulaannya pemohon berkata, jika tertulis di sisi Allah
di dalam kitabnya sebagai seorang yang susah dalam urusan mencari rezeki, pendoa meminta supaya dihapuskan kesusahan itu dan ditetapkan di sisi Allah
di dalam kitabnya (yang sama) sebagai seorang bahagia dan murah rezeki untuk segala kebaikan, berdasarkan maksud ayat yang disebutkan.
Makna ummul kitab ialah tidak ada di dalamnya penghapusan dan tidak ada pengisbatan (penetapan), bagaimana dia (orang yang berdoa) pada masa yang sama memohon penghapusan dan pengisbatan di dalamnya.
Pada masa sama, ucapan doa itu bertentangan dengan adab berdoa seperti digariskan ajaran Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Apabila kamu meminta kepada Allah(berdoa kepada-Nya), janganlah kamu ucapkan: "Ya Allah
ampunilah jika Kamu kehendaki, rahmatilah daku jika Kamu kehendaki, berikanlah rezeki padaku jika Kamu kehendaki, sebaliknya hendaklah kamu menetapkan permasalahannya (apa yang diminta), Allah
Maha Berkuasa melakukan berdasarkan ketentuan-Nya dan tidak ada paksaan ke atas-Nya.”
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
Seterusnya, umat Islam dianjurkan melaksanakan amal ibadat sebanyak mungkin menurut kemampuannya pada malam itu antaranya solat lima waktu secara berjemaah, bersolat sunat dan melakukan solat tahajud, berpuasa sunat, membaca al-Quran, beristighfar kepada Allah
, bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca pelbagai doa dan zikir yang ma'thur.
- Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi ialah Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia.
~* Why Do Muslims Fast In Ramadan? *~
What is Fasting (Sawm)? Sawm (Arabic: صوم) is an Arabic word for fasting regulated by Islamic jurisprudence. In the terminology of Islamic l...