Wednesday, December 31, 2008

~* Doa Meraih Cinta Allah (Duaa Seeking Love of Allah) *~

Bab 250: Kitab Doa-doa


1487. Dari Abu Darda' r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setengah daripada doanya Nabi Dawud a.s. ialah :


Allahumma inni as-aluka Hubbak. Wa hubba may yuhibbuk, Wal 'amalal ladzii yuballighuni hubbak, Allahummaj'al hubbaka ahabba ilaiyya min nafsi wa ahli, Wa minal maa-il baa-rid.

Ertinya:


"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu untuk mencintaiMu Dan mencintai mereka yang mencintaiMu, Juga amalan yang boleh menjadikanku cinta kepadaMu. Ya Allah, jadikanlah kecintaan kepadaMu itu melebihi cinta kepada diriku sendiri dan keluargaku. Serta melebihi kecintaan kepada air yang dingin."

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.


Commentary:


This Hadith contains an inducement for the Love of Allah and highlights the importance of those who are devoted to Allah and their good deeds because it is the virtuous deeds which means of attaining the Love of Allah and His Nearness.

Friday, December 19, 2008

~* NEW BEGINNING *~

~ Meaningful quotes for times of change ~


New Beginning is a collection of wit and wisdom based on the theme of starting again, whether that is a new relationship, a new home or a different job.


These remarkable thoughts, mantras and sayings are full of joy, anticipation, congratulation and goodwill. They are contributions from real people about their true life experiences.


All difficult things have their origin in that which is easy, and great things in that which is small.

All glory comes from daring to begin.

Almost everything comes from nothing.

Be willing to be a beginner every single morning.

The distance is nothing; it’s only the first step that is difficult.

Do not despise the bottom rungs in the ascent to greatness.

Every day is a new beginning.

Stay away from what might have been and look at what can be.

Every exit is an entry somewhere else.

Every new beginning comes from some other beginnings end.

The greatest masterpieces were once only pigments on a palette.

A hard beginning makes a good ending.

A journey of a thousand miles must begin with a single step.

The man who removes a mountain begins by carrying away small stones.

The secret to a rich life is to have more beginnings than endings.

Small opportunities are often the beginning of great enterprises.

Start by doing what’s necessary then do what’s possible and suddenly you are doing the impossible.

Things are always at their best in their beginning.

Whatever you do or dream you can, begin it. Boldness has genius and power and magic in it.

When there is a start to be made, don’t step over! Start where you are.

You don’t have to be great to start, but you have to start to be great.

Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending.

A whole is that which has a beginning, middle and an end.

First things first, second things never.

What’s well begun is half done.

There will come a time when you believe everything is finished. That will be the beginning.

No river can return to its source, yet all rivers must have a beginning.

When you stop having dreams and ideals, you might as well stop altogether.

Act as if you have already achieved your goal and it is yours.

Imagination is the highest kite one can fly.

The soul without imagination is what an observatory would be without a telescope.

Imagination rules the world.

Live out of your imagination instead of out of your memory.

What is now proved was only once imagined.

Imagination is everything. It is the preview of life’s coming attractions.

To know is nothing at all, to imagine is everything.

To have a great idea, have a lot of them.

Great things are not done by impulse, but by a series of small things brought together.

Don’t go through life, grow through life.

The most important thing about goals is having one.

Give yourself something to work toward constantly.

If you don’t know where you are going, you might wind up someplace else.

In whatever position you find yourself determine first your objective.

Concentrate on finding your goal, then concentrate on reaching it.

Knowing where you’re going is all you need to get there.

There is nothing impossible to him who will try.

Impossible is a word only to be found in the dictionary of fools.

Most of the things worth doing in the world had bees declared impossible before they were done.

If someone says can’t, that shows you what to do.

Impossibilities are merely things which we have not yet learned.

Knowing what you cannot do is more important than knowing what you can.

Discontent is the first necessity of progress.

To question a wise man is the beginning of wisdom.

If not now, when?

The successful person makes a habit of doing what the failing person doesn’t like to do.

The way to get started is to quit talking and begin doing.

Eighty percent of success is showing up.

Learn from the past and plan for the future by focusing on the present.

A smooth sea never made a skilled mariner.

You’re only as big as your dreams. ~ Sian Keogh

Thursday, December 18, 2008

~* Pelbagai Kelebihan Mukmin Tunai Solat Tahajud *~


Tunaikan sembahyang pada malam hari dijanjikan kedudukan terpuji di akhirat.

AMALAN solat sunat yang paling utama di sisi Islam adalah solat tahajud seperti sabda Nabi SAW:


"Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud)."

[Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, Nombor 1163]

Namun begitu hanya segelintir umat Islam pada masa kini yang prihatin dan mengambil peduli berkaitan pelaksanaan ibadat solat tahajud ini. Majoriti umat Islam lebih memilih untuk tidur.


Tahajud terbentuk daripada kata dasar hajada bererti tidur dan tahajjada bererti berjaga. Jika seseorang berkata: Tahajjadtu bermaksud saya membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya. Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h berkata:


"Imam al-Tobari menyatakan tahajjud berjaga selepas tidur terlebih dulu. Menurut Ibn Faris: Al-Mutahajjid bermaksud orang yang solat pada malam hari. Menurut al-Kurra' pula, tahajjud adalah solat malam secara khusus."

[Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 203]

Oleh itu, solat tahajud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, iaitu selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun, waktu paling utama dilaksanakan solat tahajud adalah satu pertiga malam terakhir iaitu bermula jam 3 pagi hingga masuk waktu Subuh.


Dalil disyariatkan solat tahajud ini adalah sebagaimana firman Allah SWT:


"Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."

(Surah al-Israa': Ayat 79)

Abu Ubaidah menyatakan di dalam Kitab al-Majaz:


"Maksud firman Allah kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu ialah berjagalah pada malam hari untuk melakukan solat."

[Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 202]

Dalil solat tahajud lebih utama dilakukan satu pertiga malam terakhir berdasarkan sabda Rasulullah SAW: "Rabb kita Tabaraka wa Ta'ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih ada baki satu pertiga malam yang akhir.


Allah berfirman:


"Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti Aku akan memakbulkannya, sesiapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberinya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku akan mengampuninya."

Ternyata ibadat di dalamnya ada doa, permintaan dan permohonan ampun adalah solat.


Rasulullah SAW seorang insan dijamin Allah akan masuk syurga. Baginda juga sebaik-baik manusia, malah digelar sayyid al-Mursalin, iaitu penghulu segala Rasul. Baginda insan maksum dan bebas daripada sebarang bentuk dosa.


Walaupun dengan kedudukan sedemikian, Baginda tetap bersungguh-sungguh mengerjakan solat tahajud sehingga pecah tumit kakinya. Isterinya Aisyah r.a melihat sendiri kesungguhan luar biasa Baginda ini dan beliau hairan kenapa Rasulullah masih ingin bersusah payah melakukan ibadat itu sedangkan dia seorang yang dijamin syurga.


Kisah ini disampaikan Aisyah r.a sendiri dalam sebuah hadis:


"Sesungguhnya Nabi SAW mengerjakan solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Aisyah berkata kepada Baginda: Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, pada hal Allah mengampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang? Baginda bersabda: Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?"

[Hadis riwayat al-Bukhari]

Justeru, selepas dibandingkan amalan Rasulullah SAW ini dengan diri kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa, mengapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh melaksanakan solat tahajud? Adakah kita menganggap diri kita setanding atau lebih baik daripada Rasulullah SAW?


Allah mengurniakan pelbagai keutamaan besar bagi mereka yang melaksanakan solat tahajud. Mereka mengerjakan ibadat pada malam hari akan dikurniakan kedudukan terpuji di sisi Allah di akhirat kelak yakni menjadi ahli syurga.


- Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

Wednesday, December 17, 2008

~* Doa ’senjata’ Muslim bantu elak musibah & mohon keinginan *~

KEHIDUPAN di dunia penuh dengan pelbagai dugaan, ujian dan cabaran. Suka duka dan pahit getir menjadi asam garam kehidupan manusia sepanjang hayatnya. Dustalah jika ada yang berani berkata hidupnya sentiasa bahagia tanpa sebarang masalah.


Sebagai khalifah di bumi ini, manusia sentiasa diuji Allah (SWT) untuk melihat sejauh mana keimanan kita kepada-Nya. Apakah kita ini seorang yang bersikap sabar dan kental hatinya atau mudah goyah imannya apabila diuji dengan pelbagai dugaan.


Ujian Allah (SWT) kepada hamba-Nya meliputi semua peringkat usia dan golongan, tidak kira tua muda, miskin kaya mahu pun pemimpin terkenal atau rakyat biasa. Semuanya tidak terkecuali daripada mendapat ujian Allah (SWT).


Dalam apa keadaan sekali pun, sama ada diuji atau tidak, kita patut memanjatkan rasa syukur kepada Allah (SWT) yang tidak pernah putus memberi rahmat serta nikmat.


Justeru, hendaklah selalu berdoa kepada Allah (SWT) supaya kita terus diberi rahmat, nikmat serta pertolongan Allah (SWT) terutama apabila berhadapan dengan ujian hidup. Ibnul Qayyim berkata, doa adalah saranan paling kuat untuk mencegah musibah dan mencapai apa diinginkan.


Berdoa adalah suara pengharapan, pergantungan dan pertolongan seorang hamba kepada Penciptanya.


Firman Allah (SWT) yang bermaksud:


“Hanya kepada Engkau yang kami abadikan diri, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.”

(Surah al-Fatihah, ayat 5)

Firman Allah (SWT) lagi yang bermaksud:


“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) berdoa kepada yang lain daripada Allah (SWT), yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu akan jadilah engkau dari orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).”

(Surah Yunus, ayat 106)

Doa adalah satu bentuk ibadah kepada Allah (SWT). Menurut al-Asqari, doa adalah permohonan kepada Allah (SWT) supaya Dia mendatangkan sesuatu yang bermanfaat dan menjauhkan daripada segala bentuk kemudaratan.


Dr Wahbah Juhaily dalam Tafsir al-Wajiz mengatakan, doa secara istilah adalah meminta kemanfaatan dan menolak kemudaratan. Dan pada dasarnya, doa termasuk dalam ibadah.


Kebiasaannya kita hanya berdoa apabila ditimpa kesusahan atau menghadapi masalah. Memang pun di saat itu kita amat perlukan pertolongan daripada Allah (SWT). Sesungguhnya Allah (SWT) tidak suka kepada orang yang sombong, yakni merasa mereka boleh menyelesaikan sendiri masalah tanpa mengharapkan pertolongan Allah (SWT).


Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:


“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.”

(Surah al-Baqarah, ayat 186)

Memang pun Allah (SWT) cukup menyukai hamba-Nya yang berdoa apabila ditimpa kesusahan atau mendapat musibah, akan tetapi ada di kalangan hamba Allah (SWT) yang lupa diri setelah terlepas daripada kesusahan atau musibah.


Firman Allah (SWT) yang bermaksud:


“Apabila manusia ditimpa kesempitan, dia berdoa kepada Tuhan-Nya, dalam keadaan bersungguh-sungguh untuk kembali kepada-Nya. Kemudian apabila dia dianugerahi dengan nikmat daripada-Nya, dia lupa doa yang dipohon kepada Tuhannya sebelum itu dan dia menjadikan untuk Allah (SWT) gandingan untuk menyesatkan (manusia) daripada jalan-Nya.”

(Surah al-Zumar, ayat 8)

Membicarakan soal doa, dalam catatan sejarah Islam ada kisah daripada Anas, diriwayatkan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW menziarahi seorang lelaki Muslim yang keadaan tubuhnya sangat lemah.


Rasulullah SAW bertanya: “Pernahkah engkau memohon sesuatu dalam doamu? Lelaki Muslim itu menjawab: Ya. Saya sering berdoa: Ya Allah (SWT), apa pun hukuman yang hendak Engkau timpakan kepadaku di akhirat, maka segerakanlah menimpakan kepadaku di dunia.”


Rasulullah SAW berkata, “Subhanallah! Engkau takkan kuasa menanggungnya. Alangkah baiknya jika engkau berdoa: Ya Allah (SWT), berikanlah kebaikan kepada kami di dunia dan kebaikan pula di akhirat, serta jauhkan kami dari seksa neraka.” Kemudian Baginda SAW mendoakan lelaki itu sehingga Allah (SWT) memberikan kesembuhan kepadanya.


Kisah itu jelas menunjukkan keberkatan doa yang dipohon. Adalah dianjurkan berdoa untuk memohon kebaikan bukan keburukan sama ada untuk diri sendiri atau orang lain.


Satu hakikat yang perlu kita fahami ialah apabila hari ini kita berdoa memohon disembuhkan penyakit misalnya, tidak semestinya esok atau lusa Allah (SWT) makbulkan permintaan itu. Ada yang memakan masa panjang. Apa pun kita perlu bersabar kerana doa orang mukmin dimakbulkan Allah (SWT).


... Lambat atau cepat Allah (SWT) makbulkan doa kita itu adalah dalam ketentuan-Nya. Kita hendaklah bersangka baik kepada ketentuan Allah (SWT). Janganlah kita berhenti daripada berdoa walau pun hidup tidak berada dalam kesusahan atau dibelit masalah ...

Semasa senang jangan lupa berdoa kepada Allah (SWT) serta mensyukuri nikmat-Nya. Jika senang, berdoalah supaya Allah (SWT) murahkan lagi rezeki yang halal dan berkat di masa depan sementara yang bahagia memohon dipanjangkan kebahagiaan itu. Mereka yang sihat berdoalah supaya sentiasa diberikan kesihatan.


Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:


“Doa itu bermanfaat terhadap kejadian yang sudah berlaku atau kejadian yang belum berlaku. Oleh itu, wahai hamba Allah (SWT), hendaklah kamu berdoa.”

(Diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Majah dan lain-lain)

Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah (SWT) melainkan berdoa.”
(Diriwayatkan oleh al-Tirmizi)

- Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir

~* Penawar Hati yang Duka *~


Alhamdulillah , segala pujian bagi Allah pencipta sekelian alam. Mengapa kita memuji?..kerana kebiasaan pujian diberikan apabila kita diberikan sesuatu yang berharga.


Apabila orang kaya membantu orang miskin, maka akan dipuji orang tersebut dengan pujian yang selayaknya. Apabila kita bantu orang bina rumah atau kita buat gotong royong, maka akan dipuji ringan tulang.Seorang ibu, bila anaknya patuh dan taat padanya, maka akan dipuji anaknya di merata tempat bahawa dia bersyukur dapat anak sebaiknya.


Siapa Patut Dipuji?


Oleh sebab itulah, kepada tuhan, Allah, kita puji dia, kita ucapkan perkataan-perkataan yang membesarkan dia kerana dalam hidup ini kita tidak pernah menguasai diri kita. Setiap perlakuan kita , Allah yang atur. Nafas, pam darah , kawalan gula dalam darah , penyerapan oksigen dalam paru-paru , sehingga membuang air pun ,Allah yang kawal.


Kita ambil contoh, jika kita yang nak kawal sendiri nafas kita, maka kita boleh kawal nafas kita tak lebih dari 5 minit kita boleh bertahan. Dan pasti, kita akan lelah lepas tu, nafas kita jadi kencang lepas tu. Maknanya di sini, kita tidak boleh kawal nafas kita sendiri. Atau kita nak cuba kawal dari membuang air besar. Maka di sini, kita boleh tahan tak lebih dari 4 hari.Kalau boleh pun, akan sampai satu masa , akan keluar juga atau perut kita akan sakit. Jadi nak tak nak, kena buang air besar jugak. Kerana padanya adalah untuk membuang benda-benda yang tak perlu pada diri kita.


Dan kalau kita nak kawal juga, setara manakah kita boleh kawal? Cuba kita perhatikan ketika kita tidur, siapakah yang mengawal diri kita, nafas, paru-paru, jantung….? maknanya secara keseluruhannya, kita satu habuk pun tak boleh mengawal diri sendiri, tetapi ada kuasa yang mengawal diri ini, itulah Allah.


Apa sifat Tuhan?


Allah ni sifatnya banyak, antaranya, dia maha pengasih, penyayang , kaya. Dan kaya Allah ni sehinggakan dia tak perlukan apa-apa dari makhluknya.


Sebagai contoh, seorang majikan , dia gajikan pekerja dia dari pukul sekian sehingga sekian. Bila pekerja tu buat apa yang disuruhnya, maka gajinya akan diberi sebanyak mana yang dijanjikan.Dan bila pekerja dia buat overtime , maka akan digandakan gajinya. Dan dia tak perlukan duit dari pekerja dia sebab dia majikan dan lebih kaya dari pekerja dia. Tapi kalau pekerja dia ponteng, buat malas, akibatnya dibuang kerja atau dipotong gaji dan sebagainya.


Begitulah Allah, bila kita buat apa yang disuruh, solat, puasa, zakat, haji, cari ilmu maka kita akan diberi ganjaran sebanyak mana yang kita buat sebab tu memang kontrak kita.Dan dila kita buat baik dengan manusia, tolong orang, sedekah, buat baik kat anak yatim, ajar orang mengaji dan lain-lain, maka ganjaran yang akan diberi akan ditingkat lagi. dan jika dalam amalan tu disertai dengan tawaduk , ikhlas , maka akan digandakan lagi.


Begitulah contoh kayanya Allah, ikut suka dia je nak bagi ganjaran banyak mana, dan kekayaan dia tak berkurang.


Sebab itulah kita memuji Allah. Dan disebabkan besarnya kepentingan puji Allah ni adalah untuk semua kebaikan dan kemudahan yang Allah bagi kat kita, maka kita diwajibkan puji Dia 17 kali sehari. Tak boleh kurang tapi lebih tak mengapa. Itulah solat 5 waktu . Dalam fatihah ni, cukup semua sekali syarat iman dan amal. Dan yang mula-mula sekali kita baca adalah Basmalah. Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi maha Penyayang. Pengasih Allah itu buat semua manusia manakala penyayang Allah itu buat golongan beriman sahaja.


Pengasih Tuhan, siapa yang buat dia akan dapat, siapa yang malas, maka dia takkan dapat. Dan penyayang Tuhan itu, diberikannya kebahagiaan, kedamaian dalam kehidupan, kelancaran , kesenangan berurusan, keberkatan rezeki.


Mengapa Sombong?


Dengan sebab semua-semua itu lah , kita tidak boleh berlaku sombong lagi takabbur dalam kehidupan kita. Kerana kita sebenarnya tiada apa-apa untuk disombongkan. Jangan kerana kita sudah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara , maka kita sudah sombong. Jangan kerana kita lebih cantik sikit, kita dah sombong. Jangan kerana kita kaya kita sombong kerana Allah lagi kaya. Ingat, siapa yang beri kita cantik, kaya, pintar tu semua?…. Allah.


Cuba kita renungkan ayat ini


“apakah manusia itu tidak memerhati sesungguhnya kami menciptakannya dari “nutfah” (sel yang kecil), maka dia menjadi penentang yang nyata”

Begitulah perumpamaan yang Allah bagi, setara mana kita nak sombong atas muka bumi ni? Adakah kerana hubungan kita dengan sesama rakan-rakan lebih rapat berbanding orang lain maka kita mahu sombong? atau kerana kita diberi kelebihan sikit dari orang lain maka kita nak sombong?


Ingat…bila kita nak sombong-sombong ni, kita cuba check balik, dari mana kita datang? Dahulu, kita hanyalah dari titisan air mani sahaja. Satu dari banyak-banyak sperma yang ada. Dan ianya keluar dari 2 tulang sulbi lelaki.Kemudian ia bertukar menjadi embrio, fetus dan menjadilah kita sekarang ni. Dari titisan air itu, kita diberi paras rupa, otak yang cerdik, kekayaan jiwa dan harta yang melimpah ruah. Cuba kita renungkan , siapakah yang beri semua ini??….Allah.


Siapa Penyombong Sebenar?


Dan atas muka bumi ni, orang yang paling sombong adalah orang yang tak nak sujud pada Allah!!..Itu tanda sombong paling besar. Kerana dalam solat, ada satu bahagian yang kita kena sujud pada Allah. Kepala kita letak atas tanah!!Tempat orang jalan-jalan,lalu-lalang. Dan orang yang taknak sujud ni sebab dia dah rasa cukup apa yang ada dan dia tidak perlu pada sesiapa dah. Sebab tu Allah humbankan golongan-golongan ni ke dalam neraka Allah.


Apa neraka tu? Seksaan, jeritan, laungan, kepayahan, kesusahan, kelaparan ,kehausan, kebengisan, bunyi sebatan, bunyi lolongan , kebusukan, kejijikan dan segala jenis keperitan semuanya ada di neraka.


Sebab itu, apabila kita mahu menghindar diri dari neraka , renungilah ayat ini :


“jika kamu beryukur, akan aku tambahkannya bagi kamu, jika kamu kufur, sesungguhnya azabku amat pedih!!”

Tanda kita bersyukur, kita akan membuat apa yang Allah suruh, rukun iman dan islam kita penuhi, membuat baik pada manusia ,tiada umpatan, caci maki, fitnah dan sebagainya. Tanda kita termasuk dalam kufur, kita tinggalkan apa yang Allah suruh dan kita buat apa yang dilarang.


Siapa Tuhan?


Apakah sudah kita tahu apa itu Tuhan sebelum kita berterima kasih (syukur) padanya? Tuhan itulah tempat tumpuan dan matlamat pengabdian, juga tempat kita mencari perlindungan, kepada tuhan juga tumpuan kecintaan. Tuhan sebagai pemberi rezeki juga sebagai sumber perundangan kita. Apabila kelima-lima ciri ini kita kenal siapa itu Tuhan, maka di situ kita akan dapat bersyukur pada Tuhan sekelian alam, Allah.Allah itulah tuhan.


Apabila kita tidak mengenal Tuhan maka perkara yang tidak sepatutnya berlaku.Mengenal tuhan banyak kaitan dengan iman. Tanpa pengenalan kepada Tuhan, maka iman kita tiada kemanisan, umpama gula yang tiada rasa manis garam yang tiada rasa masin.


bila terjadi bergini, lahirlah umat yang hidup pada membesarkan kehidupan dunia. Ketika ummat Islam sudah memuliakan dunia hasil dari hilangnya rasa berTuhan, maka di situ kita akan lihat kehebatan Islam akan tertarik dari mereka. Ketika ummat islam sudah meninggalkan penyeruan kepada kebaikan dan pencegahan pada kemungkaran hasil tidak kenal apa erti Tuhan, maka kita akan melihat keberkatan wahyu tiada pada umat itu. Bilakah zaman itu?…Kita sedang hidup di zaman yang dikatakan itu.


Kenapa kita tak merasa hebatnya Islam?....renung dan fikirkan.


Kenapa kita nampak dunia ni besar dan kita tak nampak akhirat ? Cubalah kita duduk dihadapan sebuah bukit, dan kita letakkan tapak tangan kita depan mata dan tengok bukit besar tu dalam keadaan tangan kita di depan mata. Confirm kita takkan nampak. Tak Nampak. Sampai esok dan bila-bila pun tak nampak. Macam tulah ibarat bila kita besarkan dunia. Kita besarkan dunia, akhirat kita tak nampak, akhirat kita tak ingat, Kebesaran Allah kita tak ingat, seksaan Allah kita lupa, kedahsyatan neraka kita lalai.


- Oleh : Umar Al-Fateh* (Umar Alfateh merupakan penulis jemputan. Beliau merupakan pelajar perubatan di Russian State Medical University, Moscow. Artikel ini dipetik dari blog beliau.)

~* Taubat & muhasabah diri ubati penyakit rohani *~

Jiwa dijaga sihat seperti tubuh dapat dilihat menerusi tingkah laku mulia seseorang


MANUSIA mempunyai dua badan iaitu jasmani (tubuh kasar) dan rohani (tubuh halus). Kedua-dua unsur ini saling melengkapi dan mempengaruhi antara satu sama lain. Demi mendapat kebahagiaan hakiki, rohani dan jasmani perlu diletakkan di landasan diredai Allah (SWT).


Rohani atau disebut juga batin, jiwa atau kalbu, sangat berkait rapat dengan tindak-tanduk manusia. Jika rohani tidak sihat atau sakit, sudah tentu tindak-tanduk manusia akan menyeleweng daripada landasan syariat.


Oleh itu, menjadi kewajipan dan tanggungjawab setiap manusia menjaga dan memelihara jiwa supaya tidak dilanda pelbagai penyakit.


Dr Hamzah Ya’qub dalam buku “Tingkat Ketenangan dan Kebahagiaan Mukmin” mengutarakan pengenalan mengenai penyakit rohani iaitu:


  • Sifat buruk dan merosak dalam batin manusia yang mengganggu kebahagiaan.
  • Sikap mental yang buruk, merosak dan merintangi peribadi memperoleh keredaan Allah (SWT).
  • Sifat dan sikap dalam hati yang tidak diredhai Allah (SWT), sifat dan sikap mental yang cenderung mendorong peribadi melakukan perbuatan buruk dan merosak.

Gambaran di atas menunjukkan mereka yang mengalami penyakit rohani, tingkah laku atau akhlaknya dipengaruhi gejala tidak sihat dan menyalahi peraturan digariskan Islam seperti dengki, pemarah, riak, takbur, terlalu cinta hal keduniaan dan suka berprasangka buruk.


Penyakit rohani yang dikira paling bahaya ialah munafik yang menyembunyikan kekufuran dalam hatinya dan menyatakan iman dengan lidahnya seperti firman Allah (SWT) yang bermaksud:


“Dan sebahagian daripada manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah (SWT) dan kepada hari kemudian, padahal mereka sebenarnya bukan orang beriman. Mereka hendak menipu Tuhan dan orang beriman, dan tiadalah mereka tipu melainkan diri mereka sendiri, akan tetapi mereka tiada sedar. Di hati mereka ada penyakit, dan adalah bagi mereka seksaan yang pedih, kerana mereka telah berdusta.”
(Surah al-Baqarah, ayat 9-10)

Sukar mengenal orang munafik kerana mereka sangat bijak dan licik dalam menyembunyikan sifat itu. Namun, Rasulullah SAW pernah memberi tanda orang munafik melalui sabda Baginda bermaksud:


“Sesiapa yang ada padanya empat sifat dia benar-benar munafik, sesiapa yang ada satu daripadanya bererti dia ada satu sifat munafik. Sehingga dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia dusta, apabila dipercayai dia khianat, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila bertengkar dia melampaui batas.”
(Hadis riwayat Bukhari)

Kebanyakan manusia apabila jasmaninya terkena penyakit ia bergegas berjumpa doktor atau mencari ubat supaya penyakitnya cepat sembuh dan tidak menderita lebih lama. Namun mereka tidak begitu jika rohaninya yang sakit.


Seharusnya perasaan takut juga dirasai apabila rohani dijangkiti penyakit. Kita perlu segera berusaha menyembuhkannya sebelum penyakit itu merebak lebih teruk. Demikian orang beriman akan bertindak segera apabila rohaninya dijangkiti penyakit.


Usaha penyembuhan paling baik ialah bermuhasabah diri. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Orang yang cerdik ialah yang memeriksa dirinya, bersedia untuk beramal sebagai bekal untuk mati dan orang yang lemah ialah yang selalu menurutkan keinginannya dan mengharapkan pelbagai angan kepada Allah (SWT).”
(Hadis riwayat Tirmizi)

Apabila selalu mengikut telunjuk nafsu, keinginan hati dan melupakan segala suruhan Allah (SWT), tentu seseorang mengalami kerugian besar sama ada di dunia atau akhirat seperti firman Allah (SWT) yang bermaksud:


“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan saling berpesan supaya mentaati kebenaran dan saling nasihat-menasihati supaya menjalankan kesabaran.”
(Surah al-Asr, ayat 1-3)

Penyakit rohani juga boleh diubati melalui taubat dan beristighfar. Bertaubat bermakna sedar dan serta-merta berhenti daripada memiliki sifat mazmumah itu, membencinya dengan sepenuh hati dan tidak mungkin akan mengulanginya.


Firman Allah (SWT) yang bermaksud:


“Dan orang yang apabila telah berbuat kejahatan atau menganiaya diri mereka sendiri, maka mereka ingat kepada Allah (SWT) dan mereka memohon ampun atas dosanya.”
(Surah Al-Imran, ayat 135)

Selalu berdoa memohon perlindungan Allah (SWT) apabila diganggu syaitan, boleh mengelak daripada terkena cengkaman penyakit rohani sebagai suruhan Allah (SWT) dalam firman yang bermaksud:


“Dan jika engkau diganggu oleh satu gangguan dari syaitan, maka mohon perlindungan kepada Allah (SWT) kerana sesungguhnya Allah (SWT) itu Maha Mendengar dan Maha Tahu.”
(Surah al-Fussilat, ayat 36)

Sebagai mukmin yang selalu ingat kepada-Nya, hendaklah kita menjauhi kemungkaran hati yang bukan saja menyebabkan jiwa dibalut kegelisahan, malah boleh mencetuskan pergaduhan dan memecah belah masyarakat harmoni.


Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:


“Orang munafik lelaki dan perempuan, sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat mungkar dan melarang berbuat makruf dan mereka menggenggam tangannya. Mereka lupa kepada Allah (SWT), maka Allah (SWT) melupakan mereka. Sesungguhnya orang munafik itulah orang yang fasik.”
(Surah at-Taubah, ayat 67)

Oleh itu, dalam mencari kebahagiaan sebenar dan keredaan Allah (SWT), seorang Muslim perlu sentiasa menyuburkan jiwanya dengan sifat mahmudah yang dimiliki junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sahabat.


Apabila rohani bersih murni, terpancar pada dirinya sahsiah dan akhlak terpuji yang disukai Allah (SWT) malah, sepanjang hidupnya dipenuhi dengan melakukan amalan soleh dan sentiasa menjaga tingkah laku supaya mendapat keredaan Allah (SWT) selain disenangi masyarakat sekeliling.


- Oleh Mohd Adid Ab Rahman

~* Why Do Muslims Fast In Ramadan? *~

What is Fasting (Sawm)? Sawm (Arabic: صوم) is an Arabic word for fasting regulated by Islamic jurisprudence. In the terminology of Islamic l...