Monday, June 22, 2009

~* Kewajipan mencintai Nabi SAW *~


Berbekalkan keyakinan bahawa manhaj risalah dan dakwah Islamiah yang sebenar adalah berteraskan perasaan cinta dan kasih yang mendalam kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, ruangan ini pada minggu lepas telah mengimbau mengenai hakikat kasihnya Rasulullah SAW terhadap umatnya dan pengorbanan yang telah Baginda SAW sembahkan sebagai tanda cinta dan kasih kepada umatnya.

Maka wajarlah pada kali ini, jika kita menyambung bicara tentang kewajipan kita pula sebagai Umat Nabi Muhammad SAW membalas kasih Rasulullah SAW terhadap kita serta mencintai Baginda SAW seperti yang selayaknya.

Hakikat bahawa Rasulullah SAW wajib dikasihi dengan sebenar-benarnya sangat jelas di sisi syarak. Ia sebagaimana yang termaktub dalam ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis, yang merupakan sumber agama yang wajib dipatuhi oleh setiap orang yang bergelar Muslim.

Di samping perintah yang terang nyata dalam nas-nas wahyu, akal dan fitrah yang sihat juga sangat kuat mendukung keperluan dan kepentingan kita mencintai dan mengasihi Rasulullah SAW.

Oleh itu, mencintai Nabi SAW adalah suatu yang wajib baik dari sudut naqli (wahyu) mahupun aqli (logik).

Dalil Naqli

Bagi seorang Muslim yang taat, setiap nas wahyu sama ada daripada al-Quran mahupun sunnah yang sahih adalah perintah dan arahan dari Tuhan yang dengan segera dan bersemangat dijunjung dan dipatuhi.

Apatah lagi jika perintah itu datang dalam nada yang tegas dan diiringi amaran. Nada inilah yang jelas dapat kita rasakan pada ayat yang memerintahkan kita mencintai dan mengutamakan Nabi SAW dalam surah al-Taubah, ayat 9 yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka).

Dalam ayat ini, Allah SWT memberi ancaman dan menjanjikan balasan azab-Nya bagi orang yang mengasihi keluarga dan harta bendanya melebihi kecintaannya terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.

Mereka juga ditakutkan dengan gelaran fasiq yang memang sangat dibenci oleh setiap jiwa yang beriman. Ancaman dan balasan azab dalam ayat sepatutnya sudah mencukupi sebagai motivasi, peringatan, dalil yang jelas dan hujah yang kuat bagi menunjukkan thabitnya kewajipan mengasihi Nabi SAW, membesarkan kedudukan Baginda SAW, dan tuntutan melaksanakan hak mengasihinya dengan sempurna.

Jika kita merujuk kepada nas-nas Sunnah pula, walaupun kita mengenali Rasulullah SAW sebagai insan yang paling tawaduk dan paling tidak mementingkan diri, baginda SAW tiada pilihan melainkan menyampaikan dengan jelas dan tegas kewajipan kita menyintai dirinya dan mengutamakannya kerana ia adalah antara inti, rahsia dan pokok ajaran agama ini.

Di antara pesanan dan perintah yang sangat jelas daripada Rasulullah SAW dalam hal ini ialah:

Tidak dianggap sempurna Iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya dan sekalian manusia.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis ini penanda aras kesempurnaan Iman itu sendiri turut diukur berdasarkan tahap kecintaan dan kasih terhadap baginda SAW.

Sudah tentu kita tidak reda keimanan kita cacat dan tidak sempurna apatah lagi jika sebabnya adalah kegagalan kita melakukan sesuatu yang seindah dan semulia menyintai insan teristimewa, Nabi kita Muhammad SAW.

Di ketika yang lain, sunnah merakamkan dialog penuh makna antara Rasulullah SAW dan Saidina Umar al-Khattab r.a. Saidina Umar diriwayatkan berkata,

“Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada mana-mana manusia yang ada di dunia ini melainkan jiwaku yang berada di dalam jasadku”.

Kata-kata Umar RA ini disambut oleh Rasulullah SAW dengan tegas: “Tiada sesiapapun yang benar-benar menjadi Mukmin sejati sehinggalah aku lebih dicintainya walaupun daripada dirinya sendiri”.

Mendengarkan sabda yang mulia ini, Umar r.a lantas berkata: “Demi Tuhan yang menurunkan Kitab kepadamu, sekarang ini engkau lebih aku cintai daripada diriku yang berada di dalam jasadku”. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Sekarang (barulah kamu mempunyai iman yang sempurna) wahai Umar!”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Selain hadis-hadis yang mengikat iman dengan kecintaan terhadap Nabi SAW, kita juga menemukan hadis-hadis yang menjadikan cintakan Nabi SAW sebagai pra-syarat bagi mendapatkan matlamat-matlamat sehebat kemanisan iman dan seagung dapat bersama dengan Nabi SAW dalam syurga Allah SWT.

Rasulullah SAW diriwayatkan bersabda,

Sesiapa yang terdapat di dalam dirinya tiga perkara ini, akan merasai kemanisan iman; Allah dan RasulNya lebih dikasihi daripada selain keduanya, dia mengasihi seseorang yang tidak dikasihinya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan ke dalam neraka.
(Riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa’i di dalam Bab Iman)

Diketika yang lain seorang sahabat telah menanyakan baginda SAW,

“Bilakah akan berlaku hari kiamat, wahai Rasulullah?” (Dia bertanya sedemikian seolah-olah berasa rindu kepadanya). Jawab baginda SAW, “Apakah yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari kiamat?” Jawabnya, “Aku tidak bersedia menghadapinya dengan banyak melakukan solat, puasa (sunat) atau pun bersedekah tetapi aku amat kasih kepada Allah dan Rasul-Nya”. Sabda Baginda SAW, “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu kasihi”.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Melihat nas-nas yang jelas di atas, apakah patut kita masih ragu-ragu atau lemah dalam berusaha membalas cinta kekasih yang unggul ini? Bijakkah kita jika masih menjulang cinta dunia melebihi cinta kita terhadap Nabi SAW?

Dalil Akal dan Fitrah

Selain kalam wahyu Qurani dan Nabawi, kewajipan dan keutamaan mencintai Nabi Muhammad SAW juga sangat selari dengan setiap akal yang salim dan segala fitrah yang sejahtera.

Lazimnya perasaan kasih adalah kecenderungan hati terhadap apa yang disamai atau disepakati sesama manusia sama ada persamaan atau kesesuaian pada fitrah semulajadi manusia ataupun hukum syarak.

Di antara persamaan yang menyebabkan terhasilnya kecenderungan dan kasih ini ialah:

  1. Kelazatan atau tarikan yang dirasai dan ditanggapi oleh pancaindera yang zahir terhadap sifat-sifat luaran orang yang dikasihinya seperti tarikan kepada rupa paras atau gambaran yang cantik, suara yang lunak, makanan dan minuman yang lazat. Semuanya ini, adalah kecenderungan semulajadi pada fitrah yang sejahtera.
  2. Kecenderungan atau tarikan yang dipandu dan dilahirkan oleh akal dan hati yang sejahtera terhadap sifat-sifat dalaman yang mulia dan baik yang dimiliki oleh seseorang yang dikasihi seperti suka atau kasih kepada orang-orang soleh, para ulama, ahli kebajikan yang dikhabarkan tentang perjalanan hidup mereka yang indah dan akhlak mereka yang baik.
  3. Fitrah manusia yang cenderung untuk mengasihi golongan ini mampu menghasilkan rasa keterikatan dan komitmen yang tinggi yang jika disalurkan dengan betul boleh menghasilkan kerja-kerja besar dan hebat.
  4. Perasaan suka dan kecenderungan yang lahir disebabkan oleh rasa terima kasih terhadap kebaikan seseorang dan nikmat-nikmat yang telah diterima daripadanya.
Sesungguhnya menjadi tabiat jiwa manusia, suka dan kasih kepada orang yang berbuat baik terhadapnya.

Jika kita meninjau faktor-faktor timbulnya cinta di atas pada diri Rasulullah SAW yang mulia, ternyata pada diri Baginda SAW terhimpun ketiga-tiga faktor tersebut sehingga mewajibkan secara aqli dan fitri Baginda SAW dikasihi dan dicintai oleh kita semua.

Adapun kecantikan rupa paras dan lahiriah Nabi SAW, kesempurnaan akhlak dan batin baginda SAW, telah dicatatkan dengan tinta emas dalam sejarah dan khazanah ilmu dan tidak dipertikaikan sama sekali.

Sekiranya kita cenderung mengasihi seseorang yang melakukan kebaikan kepada kita di dunia walau cuma sekali-dua pun serta sangat terhutang budi kepada orang yang telah menyelamatkan kita daripada kebinasaan dan kemudaratan semasa kita mengalami kesusahan duniawi barang seketika.

Maka sudah tentu insan istimewa yang telah membuka kepada kita segala pintu nikmat dan kebaikan yang berkekalan serta menyelamatkan kita daripada azab api neraka yang dahsyat adalah lebih patut, lebih utama dan lebih layak mendapat kasih dan cinta kita.

Semoga Allah SWT dengan limpahan rahmat-Nya, berkenan menganugerahkan kita dengan cinta-Nya, cinta Rasul-Nya, dan menyubur-mekar dalam sanubari kita cinta tulus terhadap Rasulullah SAW sebagaimana yang selayak dan sewajarnya cinta suatu umat yang mulia kepada Nabinya yang agung, SAW.

Wallahu a’lam.

- Oleh Panel Penyelidikan Yayasan Sofa, Negeri Sembilan

Friday, June 19, 2009

~* Kendalikan Perasaan Anda *~


Emosi dan perasaan seseorang akan bergolak disebabkan dua perkara; kegembiraan yang memuncak dan musibah yang berat. Dalam sebuah hadith Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


“Sesungguhnya aku (Nabi) melarang dua suara yang dungu dan buruk, iaitu suara ketika sedang mendapatkan nikmat (bersuka ria) dan suara ketika tertimpa musibah (meratap).”

Dan Allah Ta’ala berfirman:


"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu…”
[Surah Al-Hadid: Ayat 23]

Maka dari itulah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam besabda:


“Sesungguhnya kesabaran (yang sempurna pahala) adalah kesabaran ketika mendapat benturan (musibah) pertama."

Oleh kerana itu, siapa yang mampu menguasai perasaannya dalam setiap peristiwa, baik yang memilukan dan juga yang menggembirakan, maka dia berhak mendapat penghargaan berupa hati yang teguh dan stabil serta memperoleh kebahagiaan yang tenang dan kenikmatan kerana berjaya mengalahkan nafsu. Allah menyebutkan bahawa manusia adalah makhluk yang senang bergembira dan berbangga diri. Namun, menurut Allah,ketika ditimpa kesusahan manusia mudah berkeluh kesah,dan ketika mendapatkan kebaikan manusia menjadi kikir kecuali orang-orang yang menunaikan solat. Maka mereka itulah orang-orang yang mampu berdiri seimbang di antara gelombang kesedihan yang keras dengan dan luapan kegembiraan yang tinggi. Dan mereka itulah yang akan sentiasa bersyukur tatkala mendapat kesenangan dan bersabar tatkala ditimpa kesusahan.


Sesungguhnya emosi yang tidak terkendali hanya akan meletihkan, menyakitkan dan meresahkan diri sendiri. Sebab, ketika seorang sedang marah misalnya, maka kemarahannya akan meluap dan sukar dikendalikan. Dan itu akan membuat seluruh tubuhnya gementar, mudah memaki sesiapa sahaja, seluruh isi hatinya tertumpah ruah, dan ia akan cenderung bertindak mengikut nafsunya. Sekiranya dia mengalami kegembiraan, dia akan menikmatinya secara berlebihan, mudah lupa diri dan tidak ingat lagi siapa dirinya.


Begitulah manusia; ketika sedang bermusuh dengan seseorang, dia cenderung mengherdik dan mencelanya, dan melupakan seluruh kebaikan orang yang tidak dia sukai begitu sahaja. Demikian pula ketika dia menyukai orang lain, dia akan segera melupakan kekurangannya, bahkan orang itu akan terus dia puja dan sanjung setinggi-tingginya seolah-olah tidak ada cacat-celanya. Dalam sebuah atsar disebutkan:


“Cintailah sesuatu yang kamu cintai sekadar saja, kerana biasa jadi suatu saat nanti ia akan menjadi sesuatu yang kamu benci; dan bencilah sesuatu yang kamu benci sekadarnya sahaja, kerana biasa jadi pada suatu saat nanti ia akan menjadi sesuatu yang kamu cintai.”

Dalam sebuah hadith, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


“Aku memohon kepadaMu (Ya Allah) agar aku selalu boleh bersikap sederhana, baik ketika marah mahupun senang.”

Barangsiapa mampu mengawal emosinya, mengendalikan akal dan menimbang segalanya dengan benar, maka ia akan mudah melihat kebenaran, mengetahui petunjuk dan memutuskan sesuatu dengan benar.


Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan tekah Kami turunkan bersama Al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan…
(Al-Hadid)

esungguhnya Islam datang dengan membawa misi keadilan, keseimbangan, akhlak dan menuntun ke jalan yang lurus, sebagaimana Islam juga datang dengan membawa manhaj yang lurus, syariat yang diredhai dan agama yang suci.


“Dan demikianlah (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan…”
[Surah Al-Baqarah: Ayat 143]

Oleh kerana itu, keadilan merupakan tuntutan yang diutamakan sebagaimana ia diperlukan dalam penerapan hukum. Sesungguhnya agama ini dibina atas dasar kebenaran dan keadilan. Yakni; benar dalam memberikan berita-berita Ilahi dan adil dalam menetapkan sesuatu hukum, perkataan, perbuatan dan akhlak.


“Telah sempurnalah kalimah Rabbmu (Al-Qur’an) sebagai kalimah yang benar dan adil…”
[Surah Al-An’am: Ayat 15]

~* Bersederhanalah *~


" Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin "


Jika perlu marah, marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar.

Jika perlu menangis, menangislah tetai usah terlupa dengan perkataan tenang.

Jika perlu patuh, patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan.

Jika mahu miskin, miskinlah tetapi jangan terlalu miskin , nanti mudah menjadi kufur.

Jika mahu kaya, kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan sedekah.

Jika mahu menjadi warak, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai terlupa keperluan dunia.

Jika mahu sebuah kereta mewah, belilah selagi mampu dan menepati keperluan semasa.

Jika mahu dua buah rumah, belilah asal jangan sampai tak tahu makna perkataan puas.

Jika mahu menimbun harta, bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa ibadah.

Jika mahu berhibur, berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi syariat.

Jika mahu memperkatakan hal orang, berkatalah asal jangan sampai mengumpat.

Jika mahu cemburu dengan kejayaan orang, cemburulah asalkan anda punberusaha kuat sepertinya.


Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara. Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis; orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau; orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidak berdaya.


Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta; binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia; binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri.


Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untukmakan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya bersederhana dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan di jalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.


Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagai kan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar


Sayidina Ali r.a . berkata,


" Berakhiratlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan ."


Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin; menyimpan harta jangan sampaidigelar si bakhil, beribadah jangan sampai semakin jahil.


Kata sayidina Ali r.a. lagi ,


" Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut ."


Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.


..Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya..

~* Tersenyumlah *~


Jiwa yang sentiasa tersenyum akan melihat kesulitan dengan tenang sambil berusaha mengatasinya. Jika mereka melihat sebuah persoalan, mereka tersenyum. Mereka turut tersenyum ketika sedang berusaha mengatasi persoalan dan tetap tersenyum ketika mampu mengatasinya. Sebaliknya, jiwa yang muram akan melihat kesulitan dan kesedihan. Setiap kali menemui kesulitan, ia akan meninggalkannya atau membesar-besarkanny a, semangatnya mulai lemah dan membuat dalih dengan kata-kata: “kalau…” “bila…” dan “jika…”.

Akhirnya, ia akan menyalahkan waktu, padahal waktu yang diumpatnya merupakan ciptaannya sendiri, yang berasal dari emosi dan kebiasaan buruknya. Dia menginginkan kejayaan di dunia ini, tetapi anehnya dia tidak mahu membayar harganya. Orang seperti ini ibarat seseorang yang hendak berjalan tetapi selalu dibayangi oleh seekor singa yang siap menerkam dirinya dari belakang.

Akibatnya, ia hanya menunggu langit menurunkan emasnya atau bumi mengeluarkan kandungan harta karunnya. Kesulitan-kesulitan ini merupakan perkara yang relatif. Yakni, segala sesuatu akan terasa sulit bagi jiwa yang kerdil, tapi bagi jiwa yang besar tiada istilah kesulitan baginya. Jiwa yang besar akan semakin besar kerana mampu mengatasi kesulitan-kesulitan itu. Sementara jiwa yang kecil akan semakin sakit kerana sering melarikan diri dari kesulitan itu.

Sesungguhnya kesulitan itu ibarat anjing yang liar. Apabila ia melihat anda, kemudian anda ketakutan dan lari, tentu ia akan menyalak dan mengejar anda. Sebaliknya, bila ia memandang anda, tapi anda berpura-pura tidak memerhatikannya dan menyorokkan pandangan mata anda kepadanya, tentu dia akan menyingkir dan merasa takut.

~* Hidayah Milik Allah *~


Hidayah, betapa mahalnya ia jika dibicarakan dalam rentang hidup anak manusia. Terlebih jika hidayah itu datang secara tiba-tiba, tanpa ada rencana dan tidak ada proses untuk mendapatkan yang direka. la begitu saja datang lalu tergetarlah episod hidup yang penuh dengan taburan cahaya.


Hidayah Allah SWT itu tidak diberikan kepada manusia berdasarkan kedudukan, keluarga, pangkat, dan harta mereka. Melainkan hidayah dan cahaya Allah itu diberikan kepada orang yang dikehendaki oleh-Nya dan berhak untuk menerimanya. Hidayah Allah dikerahkan bagi orang yang memang ingin mencarinya dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.


Siapa saja yang ditunjukkan oleh Allah sebuah hidayah di dalam hatinya, kemudian dia berjuang dengan sungguh-sungguh di jalan Allah, dia rela Allah sebagai Tuhannya, dan menjadikan Allah sebagai tujuannya, maka keredhaan-Nya telah dipancarkan ke dalam matanya dan Allah memberikannya suatu petunjuk.


Untuk mencapai hidayah itu bukan hanya dengan banyak beribadah, tetapi harus disertai dengan keimanan dalam hati. Bukanlah iman kalau hanya dengan menyendiri dan berangan-angan, tetapi iman adalah yang bersemayam di dalam hati dan direalisasikan dengan amal perbuatan. Kebanyakan orang yang ahli ibadah zaman sekarang ini salah persepsi ketika mereka mengira bahawa jalan untuk mencapai hidayah adalah dengan banyak beribadah. Sehingga, mereka mengada-adakan suatu ibadah yang tidak diajarkan oleh Allah dalam syari'atnya.


Sesungguhnya Allah mengetahui bahawa di dalam hatimu ada keinginan untuk mendapatkan hidayah dan juga mengetahui apa yang tersembunyi di balik jiwamu bahawa kamu menginginkan- Nya. Kalau kamu bersungguh-sungguh mencari hidayah, pastilah Allah akan membukakan dan memberikan untukmu sesuatu yang tidak terlintas dalam hatimu. Janganlah di dalam kehidupan ini kamu kikir memberikan kemudahan, ilham, bimbingan, pemberian, cahaya dan keberkahan. Sesungguhnya Allah akan mendatangkan hidayah dari salah satunya.

Wednesday, June 17, 2009

~* 99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman *~

  1. Bersyukur apabila mendapat nikmat
  2. Sabar apabila mendapat kesulitan
  3. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan
  4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
  5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
  6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
  7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
  8. Jangan usil dengan kekayaan orang
  9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
  10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan
  11. Jangan tamak kepada harta
  12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan
  13. Jangan hancur kerana kezaliman
  14. Jangan goyah kerana fitnah
  15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
  16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
  17. Jangan sakiti ayah dan ibu
  18. Jangan usir orang yang meminta-minta
  19. Jangan sakiti anak yatim
  20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
  21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
  22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
  23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu
  24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid
  25. Biasakan shalat malam
  26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah
  27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
  28. Sayangi dan santuni fakir miskin
  29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
  30. Jangan marah berlebih-lebihan
  31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
  32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah kerana Allah
  33. Berlatihlah untuk banyak berfikir
  34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
  35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
  36. Jangan percaya ramalan manusia
  37. Jangan terlampau takut miskin
  38. Hormatilah setiap orang
  39. Jangan terlampau takut kepada manusia
  40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala
  41. Berlakulah adil dalam segala urusan
  42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
  43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
  44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
  45. Perbanyakkan silaturrahim
  46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
  47. Bicaralah secukupnya
  48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
  49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
  50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
  51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin
  52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
  53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan
  54. Hormatilah kepada guru dan ulama
  55. Sering-sering bershalawat kepada nabi
  56. Cintai keluarga Nabi saw
  57. Jangan terlalu banyak hutang
  58. Jangan terlampau mudah berjanji
  59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
  60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna
  61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh
  62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
  63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
  64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
  65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
  66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya
  67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
  68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
  69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan
  70. Jangan melukai hati orang lain
  71. Jangan membiasakan berkata dusta
  72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
  73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
  74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
  75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
  76. Jangan membuka aib orang lain
  77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita
  78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
  79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
  80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya
  81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara
  82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
  83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
  84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
  85. Hargai kejayaan dan pemberian orang
  86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan
  87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan
  88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemamapuan diri kita
  89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu
  90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana
  91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
  92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
  93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
  94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
  95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
  96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
  97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
  98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
  99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

~* Doa Ku Pada MU *~


Oh Tuhan!
Setiap kali kami menulis huruf kecil tentang kemegahanMU
dan segala makna akan cair di depan kemulianMU


Jesteru Ya ALLAH!
Gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian
Di tempat kedukaan dengan kegembiraan
Di tempat ketakutan dengan keamanan"


Ya ALLAH!
Sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa ini dengan air keimanan


Oh Tuhan!
Halakanlah kebingungan pandangan hatiku kepada Nur cahayaMU
Dan tindakan-tindakan yang keliru kepada jalanMU yang lurus
Dan palingkanlah orang-orang yang menyimpang dari jalanMU kepada hidayahMU


Ya ALLAH!
Lenyapkanlah was-was dengan fajar cahaya keyakinan
Dan hapuskanlah jiwa yang rosak dengan falak kebenaran
Dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuanMU dalam keadaan terhina


Ya ALLAH!
Lenyapkanlah dukacita kami, hilangkanlah kesedihan kami
Dan halaukanlah keresahan dari hati kami


Kami berlindung kepadaMU dari rasa takut
Kami hanya bersandar dan berserah kepadaMU
Kami tidak meminta kecuali kepadaMU
Kami tidak meminta tolong kecuali kepadaMU
Engkaulah Pemelihara kami
Sebaik-baik pelindung dan penolong......

~* Secebis Doa *~


..Ya Allah, tetapkanlah kami dalam jalan istiqamah dan lindungi kami di dunia ini daripada perkara yang mengakibatkan penyesalan kami pada Hari Kiamat..

..Ya Allah, ringankanlah bebanan dosa kami di akhirat dan kurniakanlah kami kehidupan hambamu yang baik- baik..

..Ya Allah, jauhkanlah kami daripada segala kejahatan orang- orang yang jahat..

..Ya Allah, lepaskanlah leher kami ini dan leher ibu bapa kami dan seluruh saudara kami yang lelaki mahupun perempuan daripada belenggu api neraka..

..Semuanya itu dengan berkat rahmat-Mu yang Maha Mulia, Yang Maha Mengampuni, Maha Pemurah, Maha Menutup Keaiban Orang Lain dan Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Perkasa..

..Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dan Tuhan yang merupakan segala permulaan daripada segala permulaan dan yang kemudian daripada segala yang kemudian..

..Wahai Tuhan yang mempunyai kekuatan yang sangat kukuh dan Tuhan yang Mengasihi orang- orang yang miskin dan Tuhan yang terlebih kasih sayang daripada orang yang berkasih sayang. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan-Mu..

Tuesday, June 16, 2009

~* Apabila Dahi Mencecah Ke Sejadah *~


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih

Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah,
Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus

Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat

Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan

Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru,

Sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang

Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah

Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'

Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan

Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta,
Takhta dan putera Isteri,

Kad kredit dan kereta Kondominium,
Saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Janganlah Mengeluh...


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.


Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.


Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.


Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.


Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda, Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.


Sebelum kita mengeluh & memarahi ibu dan bapa kita yang masih hidup Fikirkan tentang seseorang yang merintih pilu

memerlukan kasih sayang ibu dan bapa.


Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.


Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.


Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.


Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.


Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.



Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


BELAJARLAH BERSYUKUR SEBELUM TERLAMBAT !!!!

Monday, June 15, 2009

~* Siapakah Kita? *~


Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an,Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawaamal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

~* Aku Malu Kerna Dipuji *~


Aku malu pasa Tuhan dan diriku
Mendengar pujian orang buatku,
Kerna ku tahu, aku tidak layak untuk itu..

Ilahi Kau Maha Mengetahui tentang hambaMu ini,
Dosa dan noda pada anggota dan jiwa..
Dalam kesunyian malam, ku pohon keampuanan
Janganlah pujian orang itu hanya igauan..
Sedang daku di lembah kemurkaan..
Hulurkan untukku lautan keampunan..
Limpahkan daku hamparan keikhlasan..
Hingga pujian atau makian, Tidak akan menggugat perasaan..

Tuhanku, ampun lah daku bila aku dipuji,
Sedangkan Dikau mengerti..
Diriku ini belum cukup murni..
Siapalahdaku dibandingkan hamba-hambaMu yang suci
Para mujahid yang cukup berbakti,
Sedangkan aku hanya di pinggiran budi,
Belum cukup harta atau airmata yang ku cucuri,
Belum pun darah ku tumpahi atau nyawa ku korbani,
Mereka sudah memuji,
Sedangkan baktiku belum pun terbukti..
Bahkan jauhnya antara langit dan bumi..

Maka, tutupilah kelemahan diri ini,
Ketika dahi merapat ke bumi..
Aku tangisi dalam kesunyian dinihari..
Aku ratapi..Aku amat malu padaMu ilahi..
Aku bimbangkan nifaq diri tersembunyi..
Bimbangkan puji membunuh kejujuran naluri..

Wahai Ilahi!!
Ampunkan daku kerana tak layak dipuji..
Ampunkan mereka kerana salah memuji..

- Karya : Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Friday, June 12, 2009

~* Hadirnya Kesedihan *~


Kesedihan...
Engkau sering datang tanpa diundang
Engkau menjelang tanpa ungkapan salam
Engkau menerpa masuk tanpa dijemput
Engkau hinggap lekat di berbagai sudut

Dengan wajah yang menyimbah resah..
Dengan lidah yang menempah gundah..
Dengan cara yang membawa lara..
Dengan bahasa yang menjelma duka..
Bagimu rupa yang bermacam warna..
Hingga ku lupa membezakan nama..

Kesedihan...
Pada awal mengenalimu akuu begitu terkedu
Wajahmu nan suram seakan hidup menjadi kelam
Aku terdiam dan terbungkam
Siang bagaikan malam..
Cahaya bagaikan kelam..
Kau cuba palutkan rasa takut dan kalut
Sehingga nafas menjadi semput dan susut
Lantas kau rampas ceria hidup yang dihirup

Kesedihan...
Tika ini..telah lama ku mengenalimu
Apa tidak..sering kau lalu dan bertamu
Entah berapa kian kali kau datang ke sini
Entah berapa waktu ku kau ganggu
Entah berapa medan dah ku tentang..
Entah berapa lama kita berkawan tanpa sayang
Datang dan pulangmu sama sahaja
Hadir dan pergi tiasa bedanya..

Kesedihan...
Sejak dulu apa yang ku tahu..
Setiap kali ku lihat rupa sayumu
Ku panggil syahdu nama tuhanku
Setiap kali ku dengar telapak kakimu bergerak
Ku seru tuhanku dengan sebak
Setiap kali ku rasa kau mula melangkah
Jiwa ku pun pasrah..pada ALLAH ku berserah

Kesedihan...
Ku tahu..
Kau terus datang sukar dihalang..
Kau terus bertamu sukar dijemu..
Namun..pabila kita berjumpa..
Kau kan hambat dengan airmata munajat
Kau kan ku lontar dengan esakan istighfar
Kau kan ku siaga dengan tangisan doa
Kau kan ku gembur dengan rasa syukur

Kesedihan...
Hadirlah jika itu yang kau mahu
Moga jelmamu selalu membangunkan pilu di malam syahdu
Untuk ku basahi pipi dengan meratapi

“YA RABBI !! KASIHILAH HAMBA MU INI !!

- Karya : Dr Mohd Asri Zainul Abidin

~* Hukum Membuang Air Kecil Secara Berdiri *~


Persoalan yang sering ditanya oleh kebanyakkan orang ialah apakah hukumnya kencing berdiri?Jawapan kepada persoalan ini tidak akan terlepas daripada membicarakan hadis yang diriwayatkan oleh al-Nasa’ie daripada Aisyah radiallahu anha, dia berkata:


مَنْ حَدَّثَكُم أنَّ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيه وَسَلَّم كَانَ يَبُوْلُ قَائِماً، فَلاَ تُصدِّقوه، مَا كَانَ يَبُوْلُ إلاَّ قَائِداً

Sesiapa yang memberitahu kamu bahawa Nabi s.a.w. pernah kencing berdiri, maka janganlah membenarkannya, baginda s.a.w. tidak pernah kencing melainkan dalam keadaan duduk. (al-Nasa’ie, disahihkan oleh al-Albani).

Daripada hadis ini, dapat difahami bahawa Nabi s.a.w. tidak pernah kencing berdiri dan perkara ini diceritakan oleh Aisyah r.ha, wanita yang paling faqih di dunia ini dan yang paling mengetahui semua perkara di dalam rumah nabi s.a.w. masakan tidak, beliau merupakan isteri nabi s.a.w. ummul mukminin r.ha. penafian Aisyah r.ha ini menunjukkan beliau meriwayatkannya berdasarkan pengetahuannya dan apa yang dilihatnya.


Walaupun demikian terdapat hadis yang lain yang yang menceritakan nabi s.a.w. pernah kencing dalam keadaan berdiri. Hadis yang masyhur yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (217) dan muslim (273) daripada Huzaifah r.h. dimana beliau juga telah menceritakan apa yang diketahuinya:


أتَى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم سُبَاطَةَ قومٍ، فبال قائماً، ثم دعا بماءٍ فجِئْتُهُ بماءٍ فتَوَضَّأ

Nabi s.a.w. telah mendatangi suatu kawasan pembuangan sampah, lalu kencing dalam keadaan berdiri, kemudian nabi meminta dibawakan air, maka aku (huzaifah) pun membawakan air kepada baginda dan baginda berwudhuk.


Al-Imam al-Bukhari telah menamakan bab di dalam sahihnya “Bab kencing berdiri dan duduk” lalu membawakan hadis ini. menunjukkan perbuatan tersebut dibolehkan. Dengan adanya hadis ini yang mengisbatkan (menetapkan) perbuatan nabi s.a.w. kencing berdiri daripada Huzaifah yang juga merupakan antara sahabat yang besar, maka menurut kaedahnya isbat didahulukan daripada penafian, dan sesiapa yang mengetahui merupakan hujjah keatas sesiapa yang tidak mengetahui.Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan di dalam “Fathul Bari” (1/330)وَقَدْ ثَبَتَ عَنْ


عُمَر وَعَلِيّ وَزَيْد بْن ثَابِت وَغَيْرهمْ أَنَّهُمْ بَالُوا قِيَامًا وَهُوَ دَالٌّ عَلَى الْجَوَازِ مِنْ غَيْرِ كَرَاهَةٍ إِذَا أَمِنَ الرَّشَاشَ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ . وَلَمْ يَثْبُتْ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي النَّهْيِ عَنْهُ شَيْء

Terdapat juga riwayat yang menyatakan Umar, Ali, Zaid bin thabit dan selain mereka bahawa mereka pernah kencing berdiri, dan ini menunjukkan perbuatan tersebut dibolehkan, dan tidak makruh sekiranya selamat daripada percikan, wallahu a’lam. Juga tiada tegahan daripada nabi s.a.w. tentang perkara ini.


Disana terdapat riwayat yang menyatakan umar menafikan bahawa dia kencing berdiri semenjak dia memeluk Islam.


ما بلتُ قائماً منذ أسلمتُ

Aku tidak pernah kencing berdiri semenjak aku memeluk Islam.

Tetapi kata-kata Umar ini berlawanan dengan perkataan Zaid r.h.


رأيتُ عمر بال قائماً

Aku pernah melihat Umar kencing berdiri.

Kedua-dua riwayat ini dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah di dalam “Musonnaf” dan sanadnya sahih seperti yang dikatakan oleh Syeikh Al-Albani di dalam komentarnya kepada hadis no. 934 dalam “al-Dhoifah”Kata syeikh Al-Albani: kemungkinan perbuatan kencing berdiri dilakukan oleh Umar r.h. selepas dia mengetahui bahawa kencing berdiri itu dibolehkan dan tidaklah menjadi kesalahan.


Kesimpulan


Daripada hadis-hadis yang dikemukan di atas disimpulkan bahawa kebanyakan hal keadaan nabi s.a.w. terutamanya di dalam rumah sewaktu kencing ialah dalam keadaan duduk seperti yang dinyatakan oleh Aisyah r.ha. tetapi dalam sesetangah keadaan di luar rumah baginda pernah kencing dalam keadaan berdiri dan ianya dibolehkan dan tiada sebarang masalah. Tetapi seperti yang dinyatakan oleh Al-Imam Ibn Hajar dibolehkan sekiranya selamat daripada percikkan air kencing kepada baju ataupun badan. Contohnya jika seseorang itu kencing dipermukaan yang boleh memantulkan semula air kencing ke badan atau pakaiannya maka ia tidak dibenarkan, ini seperti simen dan apa sahaja permukaan yang keras.


Wallahu a’lam.


- Oleh Ustaz Abu Syu'aib

Thursday, June 11, 2009

~* Magnet Cinta Allah *~


ISLAM adalah agama yang hakiki dan realiti, bukannya agama khayalan atau melawan arus fitrah insan. Oleh yang demikian, Islam tidak menafikan terdapat di sana perkara-perkara yang dikasihi, disukai dan dicintai oleh manusia kerana ia sememangnya merupakan kecenderungan dan fitrah setiap insan.


Maka seorang manusia itu akan mengasihi keluarga, harta dan tempat kediamannya. Namun, tidak sepatutnya terdapat sesuatu di dunia dan akhirat lebih dikasihi daripada kecintaan terhadap Allah (SWT) dan Rasul. Jika berlaku sedemikian, maka dia adalah orang yang kurang imannya dan wajib dia berusaha untuk menyempurnakan keimanannya. Allah (SWT) telah berfirman yang bermaksud:


Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah (SWT). [Surah al- Baqarah: Ayat 165]

Dunia hari ini menyaksikan umat Islam tidak lagi menjulang cinta kepada Allah s(SWT) ebagai cinta yang utama, tidak lagi mahu bermujahadah mengejar cinta Khaliqnya. Sebaliknya, sentiasa bersemangat dan memperjuangkan cinta kepada dunia dan hamba-hamba dunia.


Saban waktu sang kekasih berusaha mengenali hati kekasihnya tetapi tidak pernah sesaat sang hamba berusaha mengenali Khaliq dan kekasihnya yang sepatutnya menjadi cinta awal dan akhirnya.


Menyebut cinta kepada Allah (SWT) atau menyebut nama Allah (SWT) terasa tawar dan hambar, tetapi menyebut cinta kepada manusia terasa sungguh bahagia dan menyeronokkan. Kenapa tragedi ini boleh berlaku, sedangkan Allah (SWT) itu bersifat Maha Sempurna, manakala manusia bersifat dengan segala kekurangan.


Mencintai Allah (SWT) tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati. Allah (SWT) memiliki kemuncak segala kecantikan, keagungan dan kebaikan. Cinta kepada-Nya pasti dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang seni.


Pendek kata, akal yang singkat turut mengatakan, Allah (SWT) paling layak dicintai kerana Dia memiliki segala ciri-ciri yang diingini oleh seorang kekasih. Perkara paling pantas untuk menarik seseorang mencintai Allah (SWT) ialah dengan merenung kemuliaan dan kemurahan Allah (SWT) yang sentiasa mencurahkan segala nikmat-Nya pada setiap masa dan ketika, pada setiap hembusan nafas dan degupan jantung.


Allah (SWT) berfirman sebagai mengingatkan hamba-hambaNya dengan nikmat-nikmat ini:


Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (SWT) (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Surah al-Nahl: Ayat 18]

Hanya dengan merenung sejenak, kita akan mendapati bahawa Allah (SWT) adalah paling layak bagi setiap cinta dan pujian. Dia lebih utama untuk bertakhta di jiwa setiap insan daripada kecintaan kepada kedua ibu bapa, anak-anak dan diri sendiri yang berada di antara dua rongga.


Saban hari, kita memerlukan Allah (SWT) untuk hidup dan menikmati segala kejadian-Nya; cahaya yang terang, nikmat siang dan malam dan sebagainya. Namun, kenapa masih tidak terkesan di hati kita menyaksikan limpahan nikmat dan ihsan-Nya, kekuasaan-Nya yang menghairankan orang-orang yang melihatnya, keagungan-Nya yang tidak mampu diungkapkan oleh orang-orang yang cuba mengungkapkannya, dan segala sifat keindahan dan kesempurnaan-Nya?


Punca bagi segala permasalahan ini ialah butanya mata hati, ceteknya tauhid dan pengetahuan manusia tentang Allah (SWT). Tidak mungkin seseorang itu mengasihi sesuatu jika dia tidak mengenalinya. Cinta hanya akan datang setelah didahului dengan pengenalan.


Pada hari ini, manusia lebih mengenali dunia daripada Pencipta dunia. Oleh kerana itu, hati mereka gersang dari cinta Ilahi, cinta yang hakiki. Kejadian Tuhan terlalu dicintai tetapi Pemiliknya yang mutlak dilupai sehingga segala suruhan dan larangan-Nya tidak dipeduli.


Agama Tuhan hendak ditegakkan tetapi Tuhan Pemilik agama itu tidak dipasak di dalam hati. Tauhid tidak dihayati, maka bagaimana tuhan hendak dikenali, apatah lagi dicintai.


Kecintaan kepada Allah (SWT) adalah suatu kedudukan yang istimewa. Allah mengangkat kedudukan hamba yang mencintai-Nya kepada setinggi-tinggi darjat. Bagi manusia yang mengutamakan kecintaan kepada selain Allah (SWT), Allah (SWT) meletakkannya di kedudukan yang hina; menjadi hamba kepada dunia sepanjang hayatnya.


Tanda cinta kepada Allah (SWT)


Ramai manusia yang mengaku mencintai Allah (SWT) tetapi kebanyakan kata-kata mereka tidak melepasi kerongkong-kerongkong mereka. Cinta itu ada tandanya untuk dikenal pasti yang manakah cinta palsu dan yang manakah cinta yang hakiki.


Ketahuilah cinta itu seperti magnet yang akan menarik kekasih kepada kekasihnya. Orang yang mencintai seseorang akan suka bertemu dengan kekasihnya. Orang yang kasihkan Allah (SWT) tidak merasa berat untuk bermusafir dari tanah airnya untuk tinggal bersama Kekasihnya menikmati nikmat pertemuan denganNya.


Rasulullah SAW bersabda:


“Sesiapa yang suka bertemu Allah (SWT), maka Allah (SWT) suka bertemu dengannya.”

Sebahagian salaf berkata:


“Tidak ada suatu perkara yang lebih disukai Allah (SWT) pada seseorang hamba selepas hamba tersebut suka untuk bertemu dengan-Nya daripada banyak sujud kepada-Nya, maka dia mendahulukan kesukaannya bertemu Allah (SWT) dengan memperbanyakkan sujud kepada-Nya.”

Sufyan al Thauri dan Bisyr al Hafi berkata:


“Tidak membenci kematian melainkan orang yang ragu dengan tuhannya kerana kekasih itu pada setiap masa dan keadaan tidak membenci untuk bertemu dengan kekasihnya."

Allah (SWT) berfirman:


Maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar. [Surah al-Baqarah: Ayat 94]

Seseorang itu tidak suka kepada kematian kadang kala disebabkan kecintaannya kepada dunia, sedih untuk berpisah dari keluarga, harta dan anak-anaknya. Ini menafikan kesempurnaan kasihnya kepada Allah (SWT) kerana kecintaan yang sempurna akan menenggelamkan seluruh hatinya.


Namun, ada kalanya seseorang itu tidak suka kepada kematian ketika berada pada permulaan makam Mahabbatullah. Dia bukan membenci kematian tetapi tidak mahu saat itu dipercepatkan sebelum dia benar-benar bersedia untuk bertemu dengan Kekasihnya. Maka dia akan berusaha keras bagi menyiapkan segala kelengkapan dan bekalan sebelum menjelangnya saat tersebut. Keadaan ini tidak menunjukkan kekurangan kecintaannya. Orang yang mencintai Allah (SWT) sentiasa mengutamakan apa yang disukai Allah daripada kesukaannya zahir dan batin. Maka dia akan sentiasa merindui amal yang akan mendekatkannya kepada Kekasihnya dan menjauhkan diri daripada mengikut nafsunya.


Orang yang mengikut nafsunya adalah orang yang menjadikan nafsu sebagai tawanan dan kekasihnya, sedangkan orang yang mencintai Allah meninggalkan kehendak diri dan nafsunya kerana kehendak Kekasihnya. Bahkan, apabila kecintaan kepada Allah (SWT) telah dominan dalam diri seseorang, dia tidak akan lagi merasa seronok dengan selain Kekasihnya. Sebagaimana diceritakan, bahawa setelah Zulaikha beriman dan menikahi Nabi Yusuf a.s, maka dia sering bersendirian dan bersunyi-sunyian beribadat serta tidak begitu tertarik dengan Yusuf a.s sebagaimana sebelumnya.


Apabila Yusuf AS bertanya, maka dia berkata:


“Wahai Yusuf! Aku mencintai kamu sebelum aku mengenali-Nya. Tetapi setelah aku mengenali-Nya, tidak ada lagi kecintaan kepada selainNya, dan aku tidak mahu sebarang gantian”. [Ihya’ Ulumiddin, Imam al Ghazali Jilid 5 H: 225]

Kecintaan kepada Allah (SWT) merupakan sebab Allah (SWT) mencintainya. Apabila Allah telah mengasihinya, maka Allah (SWT) akan melindunginya dan membantunya menghadapi musuh-musuhnya. Musuh manusia itu ialah nafsunya sendiri. Maka Allah (SWT) tidak akan mengecewakannya dan menyerahkannya kepada nafsu dan syahwatnya. Oleh yang demikian Allah (SWT) berfirman:


"Dan Allah lebih mengetahui berkenaan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). Dan cukuplah Allah sebagai pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah (SWT) sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka)." [Surah al-Nisa’: Ayat 45]

Orang yang mencintai Allah (SWT), lidahnya tidak pernah terlepas dari menyebut nama Kekasih-Nya dan Allah (SWT) tidak pernah hilang dari hatinya. Tanda cinta kepada Allah (SWT), dia suka menyebut-Nya, suka membaca al Quran yang merupakan kalam-Nya, suka kepada Rasulullah SAW dan suka kepada apa yang dinisbahkan kepada-Nya.


Orang yang mencintai Allah (SWT) kegembiraan dan keseronokannya bermunajat kepada Allah (SWT) dan membaca Kitab-Nya. Dia melazimi solat tahajjud dan bersungguh-sungguh beribadah pada waktu malam yang sunyi dan tenang. Sesiapa yang merasakan tidur dan berbual-bual lebih lazat daripada bermunajat dengan Allah (SWT), bagaimanakah hendak dikatakan kecintaannya itu benar? Orang yang mencintai Allah (SWT) tidak merasa tenang melainkan dengan Kekasihnya. Firman Allah (SWT):


(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. [Surah al Ra’d: Ayat 28]

Orang yang mencintai Allah (SWT) tidak merasa sedih jika kehilangan sesuatu dari dunia ini tetapi amat sedih jika hatinya tidak lagi memiliki cinta kepada Allah (SWT). Besar kesalahan baginya jika ada saat-saat yang berlalu tidak diisi dengan zikrullah dan ketaatan kepadaNya, apatah lagi jika melakukan larangan Allah (SWT).


Orang yang mencintai Allah (SWT) juga, merasa nikmat dan tidak berasa berat melakukan ketaatan. Dia tidak merasa ketaatan yang dilakukan semata-mata kerana tunduk dengan perintah-Nya tetapi dilakukan kerana kecintaan terhadap Kekasihnya. Imam al Junaid r.a berkata:


“Tanda orang yang cintakan Allah (SWT), sentiasa bersemangat dan cergas melakukan amal ibadah dan hatinya tidak pernah lalai dan letih daripada mengingatiNya.”

Dia tidak pernah merasa sakit menghadapi cercaan orang-orang yang mencercanya kerana melaksanakan perintah Allah (SWT). Semua yang datang dari Kekasihnya sama ada suka atau duka diterima dengan hati yang gembira dan reda.


Orang yang telah mengenal dan mengecapi cinta Allah (SWT) tidak akan tertarik dengan cinta yang lain. Itulah magnet cinta Allah (SWT). Alangkah ruginya orang yang hatinya tidak ingin mengenal cinta Allah (SWT), cinta yang hakiki dan sejati.


- Oleh Panel Penyelidikan Yayasan Sofa Negeri Sembilan

~* Why Do Muslims Fast In Ramadan? *~

What is Fasting (Sawm)? Sawm (Arabic: صوم) is an Arabic word for fasting regulated by Islamic jurisprudence. In the terminology of Islamic l...