Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Ibadah. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

~* Keutamaan Bulan Zulhijjah *~


Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang terakhir di dalam kalendar hijrah. Ia termasuk di antara bulan-bulan haram yang dimuliakan oleh ALLAH S.W.T. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat ALLAH menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Zulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662

Justeru sebagaimana bulan-bulan Haram yang lain bulan Zulhijjah ini seharusnya diisi dengan amalan-amalan soleh yang selari dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Bulan Zulhijjah juga merupakan bulan di mana umat Islam berkumpul di Tanah Haram untuk mengerjakan ibadat Haji. Pada bulan ini juga terdapat hari perayaan yang paling utama bagi umat Islam iaitu Aidiladha.

Pada bulan Zulhijjah itu sendiri terdapat hari-hari yang lebih diutamakan berbanding dengan hari-hari yang lain pada bulan tersebut seperti berikut:

1) Keutamaan Sepuluh Hari Yang Pertama

Sepuluh hari pertama pada bulan Zulhijjah merupakan hari yang diberkati oleh ALLAH S.W.T. dan bagi mereka yang mengerjakan amal-amal soleh pada hari ini ia akan mendapat keutamaan dan ganjaran yang lebih berbanding dengan hari-hari yang lain pada sepanjang tahun. Firman ALLAH S.W.T.:

Demi fajar, dan malam yang sepuluh – al-Fajr (89) : 1-2


Para ulama telah menafsirkan malam yang sepuluh itu sebagai malam-malam pada sepuluh hari yang pertama dalam bulan Zulhijjah. Imam Ibn Rajab r.h berkata:

“Malam-malam yang sepuluh adalah sepuluh hari Zulhijjah, inilah tafsiran yang benar dari majoriti ahli tafisr daripada kalangan salaf dan selain mereka. Dan tafsiran ini telah sahih pula (diterima) daripada Ibn ‘Abbas r.a.” – Ibn Rajab, Latha’iful Ma’arif, ms. 470. Penulis nukil dari buku Ensiklopedi Amalan Sunnah Dibulan Hijriyah.


Daripada Ibn ‘Abbas r.a, dia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tiada hari-hari yang amalan soleh di dalamnya lebih dicintai ALLAH daripada hari- hari(ayyam) ini (iaitu sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah). Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, termasuk jihad di jalan ALLAH?” Baginda menjawab: “Ya, tidak juga jihad di jalan ALLAH kecuali orang yang mengorbankan jiwa dan hartanya dan dia tidak kembali setelah itu (mati syahid).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 969


Menurut al-Hafiz Ibn Hajar r.h:

(Setelah membawa beberapa riwayat sokongan) Dari sini, maka jelaslah ayyam pada hadis bab di atas adalah sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah. – Ibn Hajar al-‘Asqolani, Fathul Baari, jilid 5, ms. 307, ketika mensyarah hadis no: 969.


Jelas menerusi hadis ini amalan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah begitu besar. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar:

“Jika seseorang melakukan hal seperti itu (iaitu berjihad sehingga mengorbankan diri dan harta), maka dia lebih baik atau sedarjat dengan mereka yang melakukan ibadat pada sepuluh hari pertama pada bulan Zulhijjah.” - Ibn Hajar al-‘Asqolani, Fathul Baari, jilid 5, ms. 307, ketika mensyarah hadis no: 969.


Selanjutnya al-Hafiz Ibn Hajar memperjelaskan sebab keutamaan sepuluh hari pertama Bulan Zulhijjah adalah kerana pada hari-hari tersebut terkumpul ibadat-ibadat yang induk seperti solat, puasa, sedekah dan haji yang mana hal-hal itu kesemuanya tidak terdapat (secara serentak) pada bulan-bulan yang lain.

Justeru hendaklah setiap umat Islam memperbanyakkan solat-solat sunat terutamanya solat tahajjud, berzikir, berdoa, membaca al-Qur’an, melaksanakan ibadat korban dan mengerjakan ibadat haji bagi yang mampu. Hendaklah berusaha untuk berpuasa pada sembilan hari yang pertama pada bulan Zulhijjah tersebut. Ummul Mukminun Hafshah berkata:

Adalah Nabi s.a.w. berpuasa pada hari puasa ‘Asyura dan sembilan hari pertama pada bulan Zulhijjah dan tiga hari di dalam setiap bulan. – Hadis riwayat Imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, no: 2332


2) Hari Arafah

Hari Arafah atau hari yang ke sembilan dalam bulan Zulhijjah merupakan hari di mana para jemaah haji berwukuf di padang Arafah. Hari Arafah ini merupakan hari yang paling ramai umat manusia beriman diampunkan dosa-dosanya lalu dan diselamatkan dari siksa api neraka oleh ALLAH S.W.T. serta diperkenankan permohonan hamba-hamba-NYA. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tiada suatu hari hari yang di dalamnya ALLAH menyelamatkan hamba-NYA dari neraka yang lebih ramai daripada hari Arafah iaitu tatkala ALLAH mendekat dan berbangga di hadapan para malaikat-NYA seraya berfirman: Apa yang mereka inginkan?” – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, no: 2402

Justeru bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadat haji disunatkan untuk berpuasa dan fadilatnya adalah dosa-dosa tahun yang lepas serta yang akan datang akan diampunkan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Puasa tiga hari dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya menurut ALLAH dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya menurut ALLAH dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya. – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, no: 1162.


Bagaimana pula bagi mereka yang sedang berwukuf di padang Arafah? Perlukan mereka turut berpuasa? Majoriti (jumhur) ulama berpendapat tidak dianjurkan bagi jemaah haji yang sedang berwukuf untuk berpuasa pada hari Arafah. Pandangan ini dikuatkan dengan sebuah riwayat daripada Kuraib daripada Maimunah r.a yang menceritakan:

Bahawasanya orang ramai merasa ragu-ragu tentang puasa Rasulullah s.a.w. pada hari Arafah. Maka aku (yakni Maimunah) membawakan air susu kepadanya. Pada saat itu baginda sedang wukuf di tempat wukuf. Baginda meminumnya dan manusia melihatnya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 1989


Motif Rasulullah s.a.w. menganjurkan para sahabat untuk tidak berpuasa ketika wukuf di Arafah adalah bertujuan agar para sahabat yang sedang mengerjakan ibadah haji memiliki tubuh badan yang segar dan kuat supaya mereka dapat melipat gandakan amal ibadat pada hari itu yang terdapat banyak fadilatnya. At-Thobari r.h berkata:

“Rasulullah s.a.w. tidak berpuasa di Arafah dengan maksud memberi petunjuk bahawa yang terbaik dilakukan oleh mereka yang mengerjakan haji di Makkah adalah tidak berpuasa supaya tidak lemah untuk berdoa dan berzikir pada hari Arafah.” – Rujuk Fathul Baari, jilid 11, ms. 437, syarah hadis no: 1989.


Ada juga yang menyatakan Rasulullah tidak berpuasa ketika di Arafah kerana hari itu merupakan hari raya bagi para jemaah haji yang berkumpul untuk melaksanakan ibadat wukuf. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Hari Arafah, Hari Raya Korban dan Hari-Hari Tasyriq adalah hari raya bagi kita orang Islam dan hari makan dan minum. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, no: 2066


Namun terdapat juga para ulama yang berpendapat hadis yang menunjukkan Rasulullah tidak berpuasa ketika di Arafah bukanlah menunjukkan dilarang sama sekali bagi para jemaah haji untuk berpuasa. Perbuatan tersebut hanya menunjukkan bahawa perbuatan tersebut boleh ditinggalkan. Justeru ada ulama yang berpendapat diperbolehkan berpuasa ketika wukuf di Arafah sekiranya ia tidak menyebabkan sesesorang itu menjadi lemah untuk mengerjakan amal-amal ibadat seperti berzikir dan berdoa.

Apa pun jua sunnah Rasulullah dan amalan para Khulafa’ al-Rasyidin lebih patut kita contohi kerana mereka merupakan contoh tauladan yang paling afdal untuk diikuti. Ibn ‘Umar r.a pernah ditanya tentang puasa pada hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah, dia menjawab:

Aku melaksanakan haji bersama Rasulullah s.a.w. dan baginda tidak berpuasa pada hari itu, juga bersama Abu Bakar dan beliau tidak berpuasa (pada hari itu), juga bersama ‘Umar dan beliau tidak berpuasa (pada hari itu), juga bersama ‘Uthman dan beliau tidak berpuasa (pada hari itu). Dan aku turut tidak berpuasa (pada hari itu), aku tidak memerintahkan (pihak lain) untuk berpuasa dan tidak melarangnya. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 682


Adalah disunatkan bagi jemaah haji yang hendak wukuf di ‘Arafah untuk mandi terlebih dahulu sebagaimana tatacara mandi wajib. Dalilnya adalah:

Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh pernah ditanya tentang mandi; apakah harus mandi setiap hari? Maka beliau menjawab:

Tidak harus. Namun, yang harus mandi ialah pada hari Jumaat, hari ‘Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri. - Hadis riwayat Imam al-Syafi’i di dalam Musnad al-Syafi’i


Terdapat pihak yang berpendapat terdapat solat sunat khusus sempena hari Arafah bersamdarkan hadis:

Barangsiapa yang solat dua rakaat pada hari Arafah dengan membaca setiap rakaatnya surah al-Fatihah tiga kali, kecuali ALLAH akan berfirman: “Aku bersaksi untuk kalian bahawa AKU telah mengampuninya.”


Hanya sahaja hadis di atas ini merupakan hadis maudhu’ (palsu) sebagaimana yang telah diperkatakan oleh Ibn al-Jauzi di dalam al-Maudhu’aat dan al-Syaukani di dalam al-Fawaid. Tiada hadis yang sahih menunjukkan adanya solat khusus sempena hari Arafah. Walaubagaimanapun diperbolehkan untuk memperbanyakkan amalan-amalan soleh termasuk mengerjakan solat-solat sunat lain yang lazim dikerjakan pada hari-hari lain sepanjang tahun apatah lagi hari ‘Arafah merupakan hari yang penuh keberkatan.

Terdapat juga setengah ulama yang membenarkan amalan Ta’rif. Ta’rif adalah berkumpulnya orang-orang yang tidak melaksanakan ibadat haji di Masjid pada malam Arafah untuk melakukan kegiatan seperti dilakukan oleh mereka yang sedang mengerjakan ibadat haji di padang Arafah seperdi berdoa, berzikir dan sebagainya. Mereka berhujah bahawa Ibn ‘Abbas r.a merupakan orang yang pertama melakukan upacara Ta’rif ini di Basrah. Ketika menjelang senja (selepas solat Asar) pada hari Arafah Ibn ‘Abbas telah menaiki mimbar masjid dan mengajar jemaah masjid beberapa potong ayat al-Qur’an dan memberi peringatan kepada para jemaah sehingga Maghrib lalu mengerjakan solat Maghrib bersama. Menurut mereka Ibn ‘Abbas telah melakukan Ta’rif ini semasa pemerintahan Saidina’Ali dan beliau tidak menentangnya. Oleh itu suatu tradisi yang dilakukan pada zaman sahabat dan tiada sesiapa yang menentangnya maka tidak boleh disebut sebagai amalan bid’ah. Di antara para ulama yang tidak menolak amalan Ta’rif adalah Imam Ahmad. Ketika ditanya tentang amalan Ta’rif dia berkata:

Tiada apa-apa kerana itu hanyalah doa dan zikir kepada ALLAH. Dintanyakan kepadanya: “Apakah anda melakukannya?” Dia menjawab: “Saya tidak melakukannya.” – Rujuk al-Mughni, jilid 2, ms. 399 dan Thabaqaat al-Hanabilah, jilid 1, ms. 67. Dinukil dari kitab al-Bida’ al-Hauliyyah ms. 406


Namun terdapat juga para ulama yang menyatakan tradisi Ta’rif ini sebagai bid’ah dan makruh untuk dilakukan. Kehadiran Ibn ‘Abbas pada hari itu hanyalah bertujuan untuk menyampaikan seruan al-Qur’an dan bukan untuk menyamai amalan para jemaah haji yang sedang wukuf di Arafah sebagaimana yang telah diperjelaskan oleh Abu Syamah di dalam kitabnya al-Baits al-Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits. Tambahan pula menurut Syaikh ‘Abdullah al-Tuwaijiry di dalam kitabnya al-Bida’ al-Hauliyyah (ms. 414) Ibn ‘Abbas tidak mengulangi perbuatannya itu pada tahun yang berikutnya lalu bagaimana tindakan beliau ini boleh dijadikan sebagai tradisi Ta’rif.

Tindakan seorang sahabat juga adalah tidak kuat untuk dijadikan hujah sekiranya berlawanan dengan nas-nas sahih yang jelas. Telah sabit larangan Rasulullah s.a.w. untuk mencipta amal ibadat baru atau amalan bid’ah yang tidak pernah diajar oleh baginda sebagaimana sabdanya:

Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2697


Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu didalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. - Hadis riwayat Imam Muslimdi dalam Sahihnya, no: 1718Jelas Rasulullah s.a.w tidak pernah mengajar para sahabat baginda tradisi Ta’rif ini.

Ibn Wadhah meriwayatkan daripada Abu Hafsh al-Madani berkata:

“Pada hari Arafah orang ramai duduk Masjid Nabawi untuk berdoa setelah solat Asar lalu keluar Nafi’ pembantu Ibn ‘Umar dari rumah keluarga ‘Umar lantas berkata: “Sesungguhnya apa yang kamu lakukan ini adalah bid’ah dan bukan sunnah. Sesungguhnya saya tahu para salaf tidak melakukannya.” Kemudian dia pulang dan tidak ikut berkumpul. Setelah itu dia keluar lagi dan melakukan seperti apa yang dilakukannya pada kali pertama lalu pulang.” – Rujuk al-Bida’ karya Ibn Wadhah, ms. 46. Dinukil dari kitab al-Bida’ al-Hauliyyah ms. 406


Ibn Wahhab telah berkata:

Saya mendengar Malik ditanya tentang berkumpulnya manusia pada malam hari ‘Arafah setelah solat Asar untuk berdoa. Dia (Imam Malik r.h) menjawab: “Ini tidak diperintahkan kepada manusia melainkan semua ini termasuk dalam kategori bid’ah.” - Dinukil dari kitab al-Bida’ al-Hauliyyah, ms. 405


Justeru penulis lebih cenderung dengan pendapat para ulama yang membid’ah upacara Ta’rif ini kerana tiada dalil yang menunjukkan Rasulullah s.a.w. menganjurkan amalan tersebut.

3) Hari Raya Aidiladha

Pada tarikh Sepuluh Zulhijjah umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha yang merupakan hari kebesaran bagi umat Nabi Muhammad s.a.w. Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasa’i, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.


Walaupun di Malaysia sambutan Hari Raya Aidilfitri jauh lebih meriah berbanding Aidiladha, namun hakikatnya di sisi ALLAH S.W.T. Aidiladha adalah lebih utama berbanding Aidilfitri. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya hari yang paling agung disisi ALLAH Tabaraka wa Ta’ala adalah Hari Raya Aidiladha, setelah itu ada hari al-Qurr (iaitu hari kedua Aidiladha yakni pada 11 Zulhijjah). – Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, no: 1502


Kemuliaan tarikh sepuluh Zulhijjah ini adalah lebih terserlah apabila ada ulama berpendapat bahawa pada hari inilah apa yang disitilahkan sebagai Haji Akbar. Ibn ‘Umar r.a telah menceritakan bahawa Nabi s.a.w. berdiri di antara tempat-tempat melontar jumrah pada hari raya Aidiladha, pada saat haji yang baginda lakukan lalu baginda bersabda:

Ini adalah hari Haji Akbar (Haji yang paling besar). – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 1742


Terdapat sesetengah pihak yang berpandangan terdapat solat malam khusus sempena Aidiladha bersandarkan sebuah hadis:

Barangsiapa yang solat malam Aidiladha dua rakaat dengan membaca di setiap rakaatnya surah al-Fatihah lima belas kali dan qul huwallahu ahad lima belas kali, ALLAH akan mencatatkan namanya sebagai penghuni syurga.

Namun hadis ini merupakan hadis maudhu’ (palsu) sebagaimana yang telah diperkatakan oleh Ibn al-Jauzi di dalam al-Maudhu’aat dan al-Syaukani di dalam al-Fawaid. Tiada hadis yang sahih menunjukkan adanya solat khusus sempena Aidiladha. Bagi mereka yang telah biasa mengerjakan qiyam al-lail maka boleh meneruskannya pada malam Aidiadha seperti malam-malam yang lain.

4) Hari-Hari Tasyriq

Hari Tasyriq merupakan hari-hari yang jatuh pada tarikh sebelas, dua belas dan tiga belas Zulhijjah. Ia di namakan Tasyriq kerana pada hari tersebut daging kurban dibahagikan. Hari-hari Tasyriq ini merupakan hari yang dimuliakan oleh ALLAH S.W.T. dan memiliki keutamaan. Firmannya:

Dan berzikirlah (dengan menyebut) ALLAH dalam beberapa hari yang terbilang. – al-Baqarah (2) :203


Di dalam Tafseer Ibn Kathir telah dibawa sebuat riwayat Daripada Ibn ‘Abbas r.a yang berkata: Beberapa hari yang terbilang (dalam hadis di atas) adalah hari-hari Tasyriq. Di dalam kitab tersebut Ibn Kathir r.h telah membawa sebuah riwayat daripada Nubayshah Al-Hudzali, dia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:

Hari Tasyriq adalah hari untuk makan, minum dan berzikir. – Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya, no: 19797


Menerusi hadis ini dapat kita fahami dua perkara tentang Hari Tasyriq.

Pertama: Ia termasuk hari perayaan Aidiladha yang mana ia adalah hari untuk makan dan minum serta hari untuk bergembira. Oleh itu digalakkan untuk berkumpul bersama keluarga serta sahabat handai dengan menyediakan jamuan makan asalkan segala adab-adab yang dituntut oleh syarak dijaga serta tiada pembaziran. Justeru pada hari Tasyriq termasuk dalam hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa. Ketika ‘Abdullah bin ‘Amru r.a bertemu dengan dengan ayahnya (‘Amru bin al-‘Ash r.a), ‘Amru bin al-’Ash sedang makan. Ayahnya menjemput ‘Abdullah bin ‘Amru untuk makan bersama tetapi beliau menolak dengan alasan sedang berpuasa. Lalu ‘Amru bin al-‘Ash berkata:

Ini adalah hari-hari yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. untuk berpuasa dan menyuruh kita untuk menjadikannya (hari-hari) suci. – Diriwayatkan oleh Imam Imam Malik di dalam al-Muwatha’, hadis no: 137


Menurut Imam Malik r.h hari-hari tersebut adalah hari Tasyrik.

Kedua: Ia merupakan hari untuk memperbanyakkan zikir kepada ALLAH terutamanya takbir dalam rangka memperbesarkan serta mengagungkan ALLAH S.W.T.. Di dalam Sahih al-Bukhari telah diriwayatkan:

Ketika di Mina (pada hari-hari Tasyriq), ‘Umar r.a mengumandangkan takbir di dalam khemahnya sehingga orang ramai yang berada di dalam masjid mendengarnya, maka mereka dan orang ramai yang sedang berada di pasar turut ikut mengumandangkan takbir sehingga kota Mina bergemuruh dengan takbir. Ibn ‘Umar mengumandangkan takbir di Mina pada hari-hari itu (iaitu Tasyriq) setiap kali selesai melaksanakan solat, di tempat tidurnya, di khemah, di dalam masjid dan ketika dia sedang berjalan pada hari-hari itu. – Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di bab Takbir Pada Hari-Hari Mina Dan Ketika Berangkat Menuju Arafah di dalam Sahihnya

ALLAH S.W.T dengan sifat-NYA yang Maha Pemurah (al-Rahmah) lagi Maha Penyayang (al-Rahman) telah menetapkan sesesetengah bulan itu memiliki keutamaan yang lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain agar Dia dapat memberi ganjaran yang lebih kepada hamba-hamba-NYA pada kadar-kadar masa yang tertentu itu. Di antara bulan yang dianggap istimewa itu adalah bulan Zulhijjah yang merupakan salah satu dari empat bulan-bulan haram yang penuh berkat. Sabda Nabi s.a.w. :

Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat ALLAH menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Zulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662


- Oleh Mohd Yaacub Bin Mohd Yunus

Monday, March 9, 2009

~* Jangan Bersedih.. Hanya Kerana Orang Mengingkari Kebaikan Anda, Sekiranya Benar Anda Ingin Mencari Pahala Dari Allah *~


JADIKANLAH amal perbuatan anda itu ikhlas hanya kerana Allah semata-mata dan jangan mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain! Dan jangan bersedih atau gelisah apabila kebaikan yang anda curahkan kepada orang lain justeru dibalas dengan celaan, atau tatkala “tangan putih” yang anda hulurkan dibalas dengan tamparan yang menyakitkan dan tidak menghargai kebaikan yang telah anda berikan. Kerana itu, apa yang seharusnya anda tuntut hanyalah balasan pahala dari Allah .


Allah berfirman tentang wali-waliNya, sebagaimana yang tersebut di dalam surah Al-Fath, ayat 29:


“…mereka mencari kurnia Allah dan keredhaanNya…”


Juga tentang nabi-nabiNya:


“…Aku tidak meminta upah sedikit pun kepadamu atas dakwahku…” (Surah Shad: Ayat 86)


"Katakanlah: ‘ Upah apa pun yang aku minta kepadamu, maka itu untuk kamu’ ….” (Surah Saba: Ayat 47)


“Padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya.” (Surah Al-Lail: Ayat 19)


“Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah , kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.” (Surah Al-Insan: Ayat 9)


Seorang penyair berkata:


Sesiapa saja yang berbuat baik pasti ada pahalanya..
Kerana hal itu adalah kebiasaan..
Antara Allah dan manusia..
Yang tidak pernah lenyap..

Maka berbuat baiklah hanya untuk Yang Maha Esa, kerana Dialah yang akan memberi pahala, memberi kurnia, menjatuhkan hukuman, menghisab setiap amalan, yang akan meredhai dan juga yang akan memurkai. Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi.


Ketika ramai di antara para sahabat yang terbunuh sebagai syuhada di kota Qandahar, maka Umar Radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada para sahabat yang masih hidup: “ Siapakah yang terbunuh?” maka mereka pun menyebut beberapa nama, kemudian berkata: “Dan masih banyak lagi nama mereka yang tidak kau ketahui,” jawab para sahabat itu. Maka menitislah air mata Umar Radhiyallahu ‘anhu, lalu berkata: “Tetapi Allah mengetahui mereka.


Ada seorang soleh telah memberi sepiring makanan yang sangat lazat kepada seorang yang buta. Keluarga soleh itu berkata: “Bukankah orang buta ini tidak tahu apa yang dimakannya.” Orang soleh itu menjawab: “Tetapi, bukankah Allah mengetahuinya.”


Selama anda menyakini bahawa Allah selalu melihat dan mengetahui kebaikan yang anda lakukan, serta mengetahui keutamaan yang anda hulurkan, maka mengapa anda mengharapkan sesuatu daripada manusia?

Wednesday, August 20, 2008

~* Solat tengah malam penghapus dosa & penghalang maksiat *~


MENURUT Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, ada beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam antaranya:


  • Ikhlas kepada Allah (SWT) dalam setiap tindakan dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.
  • Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah (SWT) menjemputnya untuk bangun di tengah malam.
  • Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.
  • Memerhati kepada kesungguhan individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamulail khususnya para solihin di kalangan sahabat dan ulama.
  • Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu bangun di tengah malam seperti ditunjukkan Rasulullah SAW.
  • Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan Rasulullah dalam sabda yang bermaksud: “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra’Bin ‘Azib)
  • Bersegera masuk tidur (tidur pada awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan dilakukan Rasulullah SAW.
  • Berzikir dengan wirid yang Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur (kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan syaitan dan membantu untuk mudah bangun) atau membawa ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur dan membaca tiga Qul.
  • Seboleh-bolehnya tidur sebentar pada siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zuhur atau selepasnya.
  • Elak daripada banyak makan dan minum kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.
  • Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa juga keadaan.
  • Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal pasti sebagai penghalang pertama mudah untuk bangun di tengah malam.
  • Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
  • Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah (SWT) selain ia adalah sunat muakkad yang sangat dianjurkan oleh Nabi SAW.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:


“Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang salih sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan, penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.”

[Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi]

Wednesday, August 13, 2008

~* Tiada hadis sahih bicarakan malam Nisfu Syaaban *~


SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.


Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah (SWT) banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.


Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan Rasulullah SAW terhadap semua nabi, manakala keutamaan bulan Ramadan berbanding dengan semua bulan adalah seperti keutamaan Allah (SWT) kepada hamba-Nya.


Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.


Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertakwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah (SWT) sediakan pada bulan itu.


Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah (SWT). Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah (SWT) pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah (SWT) nanti.


Di samping itu, terdapat juga himpunan hadis menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Namun, kebanyakan hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama. Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis daif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.


Pada Syaaban ini, umat Islam dianjurkan lebih mendekatkan diri kepada Allah (SWT) dengan meningkatkan amal soleh dan memperbanyakkan ibadat. Tidak ada hadis diriwayatkan berkaitan dengan amalan dan bacaan doa tertentu pada pertengahan Syaaban mencapai taraf hadis sahih. Menurut mereka, tidak ada satu pun hadis sahih yang membicarakan mengenai malam Nisfu Syaaban dan amalan dianjurkan pada malam itu.


Berdasarkan amalan biasa dilakukan umat Islam di Malaysia iaitu amalan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dan juga bacaan doa khusus (doa yang tidak ada asal usulnya dan tidak menepati dalil Syarak sama ada dalil manqul (bersumberkan al-Quran dan hadis) atau ma’qul (bersumberkan pendapat ulama mujtahidin yang muktabar).


Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya al-Fatawa, kandungan doa itu secara umumnya adalah permohonan supaya ditetapkan sebagai seorang yang bahagia dan murah rezeki bersesuaian dengan segala kebaikan.


Maksud doa itu berdasarkan firman Allah (SWT) yang bermaksud:


"Sesungguhnya Allah (SWT) menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan)."
[Surah al-Ra'd , Ayat 39]

Jelas di sini percanggahan nyata dalam isi kandungan doa ini. Pada permulaannya pemohon berkata, jika tertulis di sisi Allah (SWT) di dalam kitabnya sebagai seorang yang susah dalam urusan mencari rezeki, pendoa meminta supaya dihapuskan kesusahan itu dan ditetapkan di sisi Allah (SWT) di dalam kitabnya (yang sama) sebagai seorang bahagia dan murah rezeki untuk segala kebaikan, berdasarkan maksud ayat yang disebutkan.


Makna ummul kitab ialah tidak ada di dalamnya penghapusan dan tidak ada pengisbatan (penetapan), bagaimana dia (orang yang berdoa) pada masa yang sama memohon penghapusan dan pengisbatan di dalamnya.


Pada masa sama, ucapan doa itu bertentangan dengan adab berdoa seperti digariskan ajaran Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


Apabila kamu meminta kepada Allah (SWT) (berdoa kepada-Nya), janganlah kamu ucapkan: "Ya Allah (SWT) ampunilah jika Kamu kehendaki, rahmatilah daku jika Kamu kehendaki, berikanlah rezeki padaku jika Kamu kehendaki, sebaliknya hendaklah kamu menetapkan permasalahannya (apa yang diminta), Allah (SWT) Maha Berkuasa melakukan berdasarkan ketentuan-Nya dan tidak ada paksaan ke atas-Nya.”
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Seterusnya, umat Islam dianjurkan melaksanakan amal ibadat sebanyak mungkin menurut kemampuannya pada malam itu antaranya solat lima waktu secara berjemaah, bersolat sunat dan melakukan solat tahajud, berpuasa sunat, membaca al-Quran, beristighfar kepada Allah (SWT), bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca pelbagai doa dan zikir yang ma'thur.


- Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi ialah Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia.

Saturday, August 9, 2008

~* Syaaban persiapan tempuh Ramadan *~


Allah SWT berfirman yang bermaksud:


"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa."
[Surah at-Taubah : Ayat 36]

Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis.


Abu Bakrah menceritakan bahawa Nabi SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:


"Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban."
[Rriwayat Imam Ahmad]

Bulan dalam bahasa Arab disebut Al-Syahru yang bermaksud zaman atau masa iaitu merujuk kepada peredaran bulan mengelilingi bumi. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan dirasmikan penggunaan oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah:


  • Muharram erti diharamkan, kerana ia adalah bulan pertama daripada empat bulan yang diharamkan berperang dalam Islam.
  • Safar pula ertinya kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas.
  • Rabiulawal dan Akhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau.
  • Jumada Ula dan Jumada Akhir, erti Jumada itu ialah membeku di mana waktu ini biasanya berlaku musim sejuk yang menyebabkan air membeku. Asal perkataan Jumada ialah ‘Jamada’ yakni membeku.
  • Rejab pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka mengadakan gencatan senjata di bulan ini sebagai memuliakannya.
  • Syaaban bererti pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar pada bulan setelah duduk lama di rumah pada bulan Rejab. Mereka juga keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.
  • Ramadan bererti panas, kerana kebiasaannya pada waktu dahulu pada bulan ini berlaku cuaca panas.
  • Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan.
  • Zulkaedah merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.
  • Zulhijjah pula dikaitkan dengan kebiasaan kaum Arab ke Kaabah menunaikan haji pada bulan ini.

Berdasarkan makna setiap bulan yang dinyatakan pastinya masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaannya. Termasuklah juga dengan bulan Syaaban.


Ketibaan bulan Syaaban seharusnya disambut dengan azam dan komitmen untuk meningkatkan keimanan kepada Allah dengan memperbanyakkan amalan dan kebajikan. Sebabnya hidup seorang muslim hendaklah sentiasa berubah kepada keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya.


Sebagai Muslim sewajarnya kita mengetahui apakah kelebihan bulan Syaaban agar ketibaannya dapat dihayati dengan sebaiknya.


Memanfaatkannya


Keistimewaan ini juga menunjukkan kepada kita bagaimana Islam sangat mementingkan soal masa. Di mana ada saat-saat tertentu yang mempunyai fadilat yang khusus dan jika tidak diambil kesempatan untuk memanfaatkannya akan berlalu begitu sahaja serta tiada peluang lagi untuk dikembalikan.


Menyentuh tentang kelebihan bulan Syaaban terdapat beberapa hadis sahih yang menjelaskan tentangnya. Antaranya:


"Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berpuasa hingga kami menganggap ia tidak berbuka, dan ia berbuka sehingga kami menganggap ia tidak berpuasa dan aku tidak pernah melihat baginda menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada bulan Ramadan dan aku juga tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan puasa melainkan pada bulan Syaaban."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Aisyah r.a. juga berkata: "Sesungguhnya ia (Nabi Muhammad) berpuasa pada bulan Syaaban keseluruhannya dan baginda bersabda: Laksanakanlah amalan sedaya yang kamu mampu, sesungguhnya Allah SWT tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Dan sebaik-baik solat (sunat) pada sisi Rasulullah SAW ialah yang berterusan meskipun sedikit, kerana baginda apabila solat (sunat) baginda akan sentiasa terus melakukannya."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Abu Salamah r.a. pula berkata: Aku pernah bertanya Aisyah r.a. tentang puasa Rasulullah s.a.w. lalu dijawab: "Bahawa Nabi berpuasa sehingga kami berkata memang ia berpuasa dan ia berbuka sehingga kami berkata memang ia berbuka, dan aku tidak pernah melihatnya berpuasa lebih banyak daripada bulan Syaaban, ia pernah berpuasa sebulan pada bulan Syaaban dan pernah juga ia berpuasa sedikit pada bulan Syaaban."
[Riwayat Muslim]

Di dalam riwayat yang lain Ummu Salamah r.a berkata: "Aku tidak pernah melihat baginda SAW berpuasa berturut-turut melainkan pada bulan Syaaban dan Ramadan."
[Riwayat Tirmidzi]

"Aisyah r.a. juga meriwayatkan bahawa bulan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW berpuasa ialah bulan Syaaban kemudian disambung ke bulan Ramadan."
[Riwayat Abu Daud dan Ahmad]

Bagi mereka yang ingin berpuasa di bulan Syaaban sebaiknya dimulakan dari awal bulan Syaaban. Ini kerana terdapat larangan berpuasa dihujung Syaaban bagi mereka yang tidak pernah berpuasa di awalnya.


Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila sudah tinggal separuh dari bulan Syaaban maka janganlah kamu berpuasa.


Berdasarkan hadis ini para ulama menyatakan adalah ditegah jika seseorang berpuasa di hujung Syaaban kerana ingin menyambungnya terus dengan puasa di bulan Ramadan.


Berkenaan dengan hikmah atau rahsia menunaikan ibadah di bulan Syaaban, terdapat hadis-hadis sahih yang menceritakannya. Antaranya:


Usamah bin Zaid berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah aku tidak pernah melihat engkau berpuasa sebulan seperti mana kamu berpuasa pada bulan Syaaban. Jawab Nabi SAW: Itulah bulan di mana manusia mengabaikannya iaitu bulan antara Rejab dan Ramadan (Syaaban). Ia adalah bulan di mana segala amalan akan diangkat kepada Tuhan sekelian alam dan aku suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa."
[Riwayat Nasai dan Ahmad]

Abu Musa al-Asyaari pula menceritakan bahawa Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah melihat (amalan hamba-hamba-Nya) pada malam Nisfu Syaaban lalu diampunkan dosa semua makhluk-Nya (hamba-Nya) kecuali syirik dan orang yang memutuskan silaturahim (tidak bertegur dengan saudaranya)."
[Riwayat Ibnu Majah]

Abdullah bin Amru juga pernah meriwayat bahawa Rasulullah bersabda: "Allah melihat kepada makhluknya pada malam Nisfu Syaaban lalu diampunkan hambanya kecuali dua iaitu orang yang memutuskan silaturahim (tidak bertegur dengan saudaranya) dan pembunuh."
[Riwayat Imam Ahmad]

Demikianlah beberapa hadis yang menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dan pertengahan bulan Syaaban atau Nisfu Syaaban sebagai pintu masuk kepada ketibaan bulan yang lebih istimewa iaitu Ramadan.


Pelaksanaan ibadah bulan Syaaban adalah satu kebebasan kepada umat Islam tanpa dikhususkan kepada amalan-amalan tertentu atau dengan cara yang tertentu kecuali nas yang menggalakkan berpuasa sunat.


Oleh itu, di samping ibadah puasa, bolehlah juga dilakukan amalan-amalan lain seperti bersedekah, berzikir, qiamullail dan sebagainya.


Di samping itu, elok juga di bulan Syaaban ini kita membuat persiapan menyambut ketibaan bulan yang penuh barakah iaitu Ramadan. Pada kebiasaannya umat Islam menghias rumah dan membuat persiapan awal bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri sebaliknya persiapan Ramadan tidak diambil berat. Sedangkan hari raya cuma sehari, puasa Ramadan pula sebulan lamanya.


Sebaiknya bulan Syaaban dibuat persediaan bagi menempuh Ramadan. Persiapan sama ada dari sudut ruhiah yakni dengan membiasakan diri dengan puasa dan ibadah lain di samping persiapan fizikal seperti menghias rumah, menyediakan pakaian baru dan mengadakan ruang khusus untuk beribadat di rumah.


Bulan Syaaban juga elok dijadikan saat untuk bertaubat dan memohon keampunan Allah dan berdoa agar dikurniakan sifat istiqamah serta kesihatan supaya dapat menghayati sepenuhnya bulan Ramadan yang bakal tiba.


- Oleh Zuridan Mohd. Daud

Friday, August 8, 2008

~* Puasa amalan terbaik hidupkan Syaaban *~


" Umat digalak perbanyak ibadah sunat sebagai persediaan hadapi Ramadan "

KEDATANGAN Syaaban memberi petanda kita semakin hampir untuk bertemu Ramadan al-Mubarak, bulan Allah melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-Nya.


Sebagai persiapan untuk menghadapi Ramadan apakah amalan yang disunatkan Rasulullah pada Syaaban? Sebenarnya pada bulan ini Rasulullah SAW memperbanyakkan puasa hingga diriwayatkan Baginda berpuasa sebahagian besar pada bulan itu.


Aisyah berkata:


“Rasulullah SAW berpuasa hingga kami menyangkakan Baginda tidak akan berbuka dan Baginda berbuka hingga kami menyangkakan Baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada Syaaban.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Selain amalan berpuasa, tiada hadis sahih menunjukkan Baginda SAW mengkhususkan amalan tertentu sempena Syaaban. Namun, amalan sunah lazimnya dilakukan tanpa mengkhususkan waktu tertentu seperti membaca al-Quran, mengerjakan solat sunat, berzikir dan berdoa.


Mengenai hikmah Rasulullah SAW meningkatkan amalan puasa pada Syaaban, Al-Hafiz Ibn Hajar mengulas dalam Fath al-Bari: “Hikmah lebih tepat untuk dikatakan berhubung persoalan ini, iaitu meningkatkan amalan puasa pada Syaaban adalah seperti yang disebutkan hadis dengan darjat lebih sahih daripada hadis terdahulu.


Hadis diriwayatkan oleh al-Nasaai dan Abu Daud, disahihkan Khuzaimah daripada Usamah bin Zaid katanya:


“Aku bertanya Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah , Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.”
(Hadis riwayat al-Nasaai)

Oleh itu, sewajarnya kita menyambut kedatangan Syaaban dengan menggandakan ibadat puasa. Namun, ada beberapa perkara sering diperdebatkan mengenai puasa pada Syaaban iaitu adakah dibolehkan berpuasa pada keseluruhan Syaaban dan larangan berpuasa selepas pertengahan bulan ini.


Ulama berbeza pendapat sama ada dibenarkan berpuasa sepanjang Syaaban. Sebahagian pendapat mengatakan kadangkala Nabi SAW berpuasa pada keseluruhan bulan Syaaban dan ada kalanya baginda berpuasa pada sebahagian besar Syaaban saja.


Sebahagian lain berpendapat Baginda tidak pernah berpuasa sebulan penuh pada bulan lain menurut kalendar hijrah kecuali Ramadan al-Mubarak. Manakala Baginda hanya berpuasa sebahagian besar hari pada Syaaban. Perbezaan pendapat ini disebabkan wujudnya hadis Nabi SAW yang menunjukkan Baginda pernah berpuasa sepanjang Syaaban dan ada pula yang menidakkannya.


Daripada Abu Salamah, Aisyah berkata:


“Nabi SAW tidak berpuasa pada satu bulan yang lebih banyak berbanding Syaaban. Sesungguhnya Baginda berpuasa sebulan penuh.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Bagaimanapun, hadis di atas seakan-akan bercanggah dengan hadis daripada Aisyah yang menurutnya Nabi SAW hanya berpuasa sepanjang bulan pada Ramadan.


Bagi menghilangkan percanggahan yang timbul, Al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan bahawa hadis menunjukkan Rasulullah SAW berpuasa sebulan penuh Syaaban sebenarnya hanya menunjukkan baginda biasa berpuasa sebahagian besar pada bulan itu.


Tambahnya lagi:


“Imam al-Tirmizi menukilkan daripada Ibn al-Mubarak katanya: Menurut bahasa Arab, apabila seseorang berpuasa pada sebahagian besar daripada sesuatu bulan, maka boleh dikatakan dia berpuasa sebulan penuh. Dikatakan seseorang itu solat sepanjang malam padahal ada kemungkinan dia masih makan malam serta sibuk dengan urusan lain.”

Selanjutnya berkaitan perbezaan pendapat ini, Al-Hafiz Ibn Hajar menegaskan:


“Tetapi, jelas sekali pendapat ini (boleh berpuasa sebulan penuh ketika Syaaban) seakan-akan terpaksa. Namun, pendapat paling sahih adalah pendapat pertama, iaitu Baginda hanya berpuasa sebahagian besar daripada Syaaban.
Ia dikuatkan lagi melalui riwayat Abdullah bin Syaqiq yang dinukilkan daripada Aisyah serta dikeluarkan oleh al-Nasaai yang berbunyi: “Baginda SAW tidak pernah berpuasa sebulan penuh sejak datang ke Madinah selain Ramadan.”

Hal ini dikuatkan lagi dengan hadis yang melarang berpuasa sehari atau dua hari sebelum puasa Ramadan bermula. Menurut Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:


“Jangan sekali-kali salah seorang antara kamu semua mendahului puasa Ramadan dengan puasa sehari atau dua hari kecuali orang yang sudah biasa berpuasa pada hari itu. Justeru, dia bolehlah berpuasa pada hari itu.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Tanggapan dilarang berpuasa pada Syaaban selepas memasuki hari ke 15 bersandarkan kepada hadis Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Jika memasuki pertengahan Syaaban, janganlah kamu semua berpuasa.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Sebenarnya tidak wujud percanggahan antara hadis melarang berpuasa selepas pertengahan bulan Syaaban dan hadis yang membenarkannya. Jumhur ulama membolehkan berpuasa pada Syaaban diteruskan walaupun selepas pertengahan bulan.


Jelas di sini Nabi SAW berpuasa pada sebahagian besar Syaaban. Justeru, marilah kita hidupkan Syaaban dengan memperbanyakkan ibadah puasa.


* Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

Wednesday, August 6, 2008

~* 25 Steps to Being Closer To Allah *~


  1. Start off each day with 'adhkaar al-istiyqaadh' (waking up Supplications), thanking Allah for waking up in good shape.
  2. Put Allah first in your life.
  3. Broaden your horizons - learn 5 new verses from the Quran every day, travel to pray far in the mosque to brighten your day, take up a booklet having supplications (do'a) and read them.
  4. Pray Salaat Al-dhuhaa (after sunrise).
  5. If someone says something mean; to you, just shrug it off and dismiss it in a friendly, laidback manner, and pray that Allah shall forgive them.
  6. When you get angry, remember Allah, and how short and worthless life is to waste in being Angry.
  7. Remember that you can never have too many friends, but you can have few quality friends that help you fulfill the purpose of your creation (i.e. live for Allah).
  8. When you're happy, try to share your happiness with others. Thank Allah for that, and pray its continuation.
  9. When something bad or embarrassing happens to you, just think that it could always be worse, remember the reward of patience,and thank Allah that it's not worse than it is.
  10. Do something extra of goodness once in a while, like feeding a poor person, or caressing an orphan's head.
  11. Never stop believing that you can win Allah's love and thus work For it. Then you can win the love of Allah's slaves.
  12. Spend some time thinking of Allah's amazing creation.
  13. Always love those who love Allah unconditionally. This way you will ensure that you live for Him, love for Him, and hate for Him(those who are enemies of Him).
  14. Find the righteous ways to express yourself, and if you think that what you are about to say shall cause no benefit, maintain silence (this is tough!!).
  15. Every now and then, give yourself a break. Play sports, give time to your family, friends, but always remember Allah and watch that He is watching you.
  16. Pray for blessing to come to those being lost, and pray to Allah to guide them to the right path.
  17. Hug your parents, kiss their hands and heads and always obey but stop at Allah's orders.
  18. Smile to everyone, for your smile makes a big difference to him or her and you are rewarded.
  19. Forgive, forget and smile.
  20. Tears are not for women only... tears are for all human beings with feelings remaining in them. Don't restrain your tears when remembering Allah.
  21. When people criticize your actions and effort, revise your actions and see if they please Allah or no. If they do; then ignore and remember how the Prophet (SAW) and the Sahabat were criticized, made fun of and even physically harmed, so have patience.
  22. Read the Quran daily and try to have a schedule for completing it as much as you could. As you open the Quran daily, read with observing not just passing your eyes through the words.
  23. Don't let popularity go to your head, for it never lasts and you may lose from it more than gain.
  24. Never look down on anybody, for, to Allah, they may be better than you.
  25. Share this with all our brothers and sisters with the intention of having a healthy society living for Allah and pray.

Saturday, August 2, 2008

~* ADHAN *~


THE ADHAN (in arabic and english):


Allahu Akbar! _ Allah is Great


Allahu Akbar! _ Allah is Great


Allahu Akbar! _ Allah is Great


Allahu Akbar! _ Allah is Great


Ashhadu an la ilaha illa Allah _ I bear witness that there is no god except the One God (Allah)


Ashhadu an la ilaha illa Allah _ I bear witness that there is no god except the One God (Allah)


Ashadu anna Muhammadan Rasool Allah _ I bear witness that Muhammad is the messenger of Allah.


Ashadu anna Muhammadan Rasool Allah _ I bear witness that Muhammad is the messenger of Allah.


Hayya 'ala-s-Salah _ Rise up for prayer


Hayya 'ala-s-Salah _ Rise up for prayer


Hayya 'ala-l-Falah _ Rise up for Salvation


Hayya 'ala-l-Falah _ Rise up for Salvation


[ONLY For the FAJR prayer is this part inserted:


As-salatu Khayrun Minan-nawm _ Prayer is better than sleep


As-salatu Khayrun Minan-nawm _ Prayer is better than sleep]


Allahu Akbar! _ Allah is Great


Allahu Akbar! _ Allah is Great


La ilaha illa Allah _ There is no god except the One God (Allah)

Friday, August 1, 2008

~* Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW *~

Erti Israk ialah perjalanan Nabi Muhammad SAW pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam waktu yang singkat.


Erti Mikraj ialah perjalanan Nabi Muhammad SAW naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan selanjutnya sampai ke Sidratul Muntaha, yakni dari Masjidil Aqsa di Palestin naik ke atas melalui beberapa lapisan yang bertingkat, terus menuju Baitul Makmur dan ke Sidratul Muntaha, ke Arasy untuk menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah solat lima waktu sehari semalam.


Peristiwa itu berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun ketiga sebelum nabi hijrah. Ketika itu nabi sedang tidur di makam Nabi Ismail AS dekat Kaabah yang diapit oleh dua orang saudaranya bernama Jaafar bin Abi Talib dan Hamzah bin Abu Talib. Dengan tiba-tiba, datanglah malaikat Jibril membawanya dan membelah dadanya dan dibasuh dengan air zam-zam, lalu diisinya dengan iman dan hikmah, kemudian ditutup kembali.


  1. Pada Langit Pertama, Nabi SAW bertemu dengan Nabi Adam AS.
  2. Pada Langit Kedua, Nabi SAW bertemu dengan Nabi Isa AS.
  3. Pada Langit Ketiga, Nabi SAW bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
  4. Pada Langit Keempat, Nabi SAW bertemu dengan Nabi Idris AS.
  5. Pada Langit Kelima, Nabi SAW bertemu dengan Nabi Harun AS.
  6. Pada Langit Keenam, Nabi SAW bertemu dengan Nabi Musa AS.
  7. Pada Langit Ketujuh, Nabi SAW bertemu dengan Nabi Ibrahim AS.

Di langit ketujuh ini Nabi SAW juga diperlihatkan alam ghaib malaikat yang setiap harinya tidak kurang daripada 70,000 malaikat keluar masuk. Ada keterangan lain menerangkan, Baitul Makmur itu adalah sebuah masjid di langit, yang letaknya setentang searah dengan Kaabah.


Sampai di langit ketujuh ini Nabi SAW terus dibawa ke langit yang lebih atas lagi dengan nama Sidratul Muntaha dan terus ke Mustawa. Di sini Nabi SAW diperlihatkan Sidrah dan gerak geri qalam dalam menulis. Juga Nabi SAW diperlihatkan bentuk ma laikat Jibril dalam bentuk yang sebenarnya.


Selepas Nabi SAW melalui pengalaman mengelilingi planet di ruang angkasa dibukalah hijab atau tabir yang menutupi penglihatan baginda untuk memperkukuhkan iman. Baginda kemudian berhadapan dan menerima wahyu solat lima waktu yang sebelumnya melalui proses perjuangan pergi balik atas usul Nabi Musa AS.


Selepas berjaya Rasulullah SAW kembali lagi ke Masjidil Haram Makkah dengan selamat dan bersyukur kepada Al lah. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Nabi SAW diperlihatkan dengan bermacam-macam gambaran sebagai ibadat yang mungkin bermanfaat bagi umat atau generasi berikutnya.

~* Perjalanan Agung *~


“MAHA Suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

[Surah Al-Isra’: Ayat 1]

Peristiwa Israk dan Mikraj biarpun di luar pencapaian pancaindera manusia biasa, tetap diabadikan dalam al-Quran, dengan hikmah yang amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan kerasulan Nabi Muhammad SAW.


Justeru, umat Islam berkewajipan mempercayai, malah mengimani peristiwa itu. Ulama mencapai kata sepakat orang Islam yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa itu dihukum kafir.


Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah SAW, tidak kurang dengan kejadian aneh yang bermula dari awal.


Nabi SAW mengalami pembedahan dada, hati baginda dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (‘alaqah), kemudian dadanya dijahit kembali dan dimeterikan dengan ‘khatimin nubuwwah’.


Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan ‘israk’ dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.


Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat.


Menurut sarjana, kecepatan kilat itu sama dengan kecepatan ruang cahaya, iaitu perdetik dapat menempuh jarak kira-kira 300,000 kilometer. Oleh itu, kecepatan buraq sekejap mata di antara Makkah sampai ke Palestin.


Tiba di tempat tertentu Rasulullah SAW diarah Jibril berhenti dan bersolat dua rakaat seperti di Thaibah (Ma dinah), tempat baginda akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa AS menerima wahyu) dan Baitul Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan).


Dalam perjalanan itu juga baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Ifrit dan menyaksikan golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman.


Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anaknya yang dibunuh Firaun, se golongan sedang memecahkan kepala, golongan yang


menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan makan daging mentah berbau busuk.


Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) ba ginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi beberapa kaumnya.


Nabi SAW juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam yang kemudian dipendekkan kepada lima waktu saja.


Kini selepas kewafatan Rasulullah SAW peristiwa Israk dan Mikraj dikenang umat Islam, malah pada penghujung Rejab sempena tarikh peristiwa terbabit diadakan acara mem peringati melalui ceramah berkaitan peristiwa itu.


Di sesetengah negeri diadakan cuti umum Israk dan Mikraj sebagai penghormatan kepada peristiwa bersejarah yang berlaku ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Usaha itu memberi kebaikan kerana mengingatkan umat Islam, terutama generasi muda sejarah Islam seperti Israk dan Mikraj.


Sekurang-kurangnya ia membangkitkan roh dan syiar ke islaman, apatah lagi manusia mudah alpa mutakhir ini.


Tetapi bagaimana, jika ada pihak yang tampil mendakwa meraikan peristiwa bersejarah seperti Israk dan Mikraj adalah suatu bentuk baru yang diada-adakan (bidaah) yang ber tentangan seperti juga sambutan Maulid Nabi?


Timbalan Rektor Unit Antarabangsa dan Inovasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Sano Kou toub Moustapha dipetik berkata: “Saya percaya menyambut peristiwa bersejarah seperti Maulid Nabi dan Israk Mikraj sepatutnya tidak dihukum secara keseluruhan bidaah yang dilarang. Betul sambutan ini adalah benda baru, tetapi bukan semua benda baru dilarang. Banyak benda baru berlaku selepas kewafatan Nabi s.a.w, seperti pengumpulan al-Quran dan azan kedua solat Jumaat,” katanya, yang juga ahli tetap Majlis Akademi Feqah Antarabangsa, Pertubuhan Persidangan Is lam (OIC).


Pengumpulan al-Quran adalah satu benda baru, berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah, iaitu ketika ramai huffaz mati dalam peperangan Yamamah, lalu Saidina Umar mencadangkan kepada beliau menghimpunkan al-Quran kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra’.


Tetapi Saidina Abu Bakar pada mulanya ragu-ragu kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran.


Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari ia adalah satu wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, Saidina Abu


Bakar bersetuju dengan usaha pengumpulan ayat al-Quran itu.


Dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi SAW yang masih hidup antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran.


Al-Quran kemudian ditulis Zaid hasil pengumpulan da ripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas, ter susun turutan ayatnya sebagaimana ditetapkan Rasulullah SAW.


Mashaf ini kemudian diserahkan kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab.


Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan al-Quran pada zaman Khalifah Uthman.


Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat al-Quran, ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan al-Quran. Jadi dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya, sehingga akhirnya terhasil apa yang dinamakan Mashaf Uth mani dan mashaf itu bertebaran ke seluruh dunia menjadi panduan umat Islam hingga hari ini.


Dr Sano menegaskan, Nabi SAW dilaporkan bersabda, maksudnya:


“Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baik, dia akan diberikan ganjaran kerananya dan ganjarannya berdasarkan apa yang diadakannya. Demikian juga kepada sesiapa yang mengadakan sesuatu yang buruk dia akan dibalas dengan dosa dan dosanya bergantung pada perkara ter babit.”

Oleh itu, katanya, seseorang tidak sepatutnya menghukumkan kenyataan umum dalam hadis lain yang mengatakan semua perkara baru (bidaah) adalah sesat.


Jika sambutan ini membawa kebaikan kepada umat Islam, ia sepatutnya dianggap benda baru yang baik,” katanya.


- Oleh Idris Musa

Thursday, July 31, 2008

~* Tangisan Keinsafan Pembersih Dosa *~


Bangun dan sujud pada tengah malam adalah amalan Rasulullah serta para sahabat.


Saidina Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh.


Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan. Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak. Ketika dalam keadaan sakit tenat yang membawa kepada kematiannya, beliau berkata, kepada anaknya Abdullah bin Umar: “Letakkan pipiku di atas tanah.” Abdullah melarang dengan lembut sambil berkata: “Wahai ayah, bukankah itu akan membuatmu semakin sakit?” Umar berkata lagi: “Aku tidak peduli, letakkan aku di atas tanah, celakalah aku jika Tuhanku tidak merahmati aku!


Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya. Rasulullah SAW suatu ketika bertemu sahabat yang tertawa sambil bergurau. Baginda SAW bersabda maksudnya:


“Jika kamu semua mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa."


Ada beberapa alasan mengapa orang beriman perlu menangisi dirinya, antaranya:

  • Dia tidak tahu qada dan qadar atas dirinya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:


"Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibu 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak di antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu dia pun mengerjakan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalamnya."

[Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Siapakah yang boleh menjamin nama kita termasuk dalam senarai ahli syurga? Tidakkah hal itu petanda bahawa kita tidak berkuasa menolong diri sendiri? Letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan harap kepada Allah. Caranya dengan banyak menangis dan memohon pertolongan-Nya.


  • Menangislah kerana ingat terhadap malam pertama di alam kubur.

Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan? Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit. Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Malaikat yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.


Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik? Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan, di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini. Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal salih di dunia. Mayat itu menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika bersimpuh di atas bumi?


  • Menangis kerana ingatkan hari perhitungan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Orang yang muflis di kalangan umatku ialah: Seseorang yang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, menumpah darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi sehingga apabila habis pahalanya, sedangkan belum semua terbayar, maka akan diambil ganti dari dosa orang itu dan dibebankan kepadanya dan dia dicampakkan ke dalam neraka kerananya."

[Riwayat Muslim dari Abu Hurairah]

Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan.


Bilakah saat dan ketika paling tepat untuk kita menangis supaya lembut hati yang keras oleh hawa nafsu yang dituruti? Pada tengah malam yang dingin, bangun dan berdiri tanpa diketahui oleh manusia yang asyik bermimpi, sujud dan doa yang panjang, bacaan al-Quran dan zikrullah juga istighfar. Amalan ini menjadi kebiasaan Rasulullah SAW dan sahabatnya serta menjadi ikutan orang salih yang mahukan ketenangan jiwa pada akhir zaman ini. Ubati kegelisahan, tekanan dan kesakitan jiwa dengan menangis, solat dan zikrullah.

Wednesday, July 30, 2008

~* Israk dan Mikraj *~


PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.


Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda SAW. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):


Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah SAW diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:


  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :


  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.


Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah )

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


  1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
  2. Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.
  3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
  4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris AS.
  5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
  6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
  8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
  9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
  10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

    Allah SWT : Ya Muhammad.

    Rasulullah : Labbaika.

    Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

    Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

    Allah SWT : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


Selepas Mikraj

Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).


Wallahu'alam.


(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)


Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.


Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.


Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah SWT:


"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
[Surah Al-Israa': Ayat 1]

~* Why Do Muslims Fast In Ramadan? *~

What is Fasting (Sawm)? Sawm (Arabic: صوم) is an Arabic word for fasting regulated by Islamic jurisprudence. In the terminology of Islamic l...