Saturday, January 12, 2008

~* Benci takdir boleh bawa kekufuran *~


SESEORANG meminta kepada Allah (SWT) supaya hidup berkat dan selamat, lalu Allah memilih untuknya takdir yang terbaik. Tetapi dia marah dan enggan menerima takdir Allah, dengan berkata: "Mengapa Tuhan memberiku harta yang sedikit sedangkan saudaraku yang lain kaya raya? Tuhan tidak adil! Na'uzubillah.


Sepasang suami isteri lama berkahwin, berbelas-belas tahun menanti kehadiran anak. Sedangkan jiran mereka mempunyai sembilan anak perempuan. Akhirnya mereka pun dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel. Ketentuan Allah tiba, bayi mereka meninggal kerana sakit kuat. Ayah memandang langit mencari jawapan atas takdir Tuhan, dia berkata: "Mengapa tidak Engkau ambil anak mereka yang ramai itu, malah anak kami yang seorang juga yang Engkau mahu, di mana keadilan-Mu ya Tuhan? Na'uzubillah.


Membenci takdir boleh membawa kepada kekufuran. Membenci maksudnya marah, tidak suka, menolak, menyatakan tidak puas hati dan yang paling ringan ialah mengeluh tanda tidak selesa.


Sebaik-baik orang yang mencinta ialah dia reda dengan perbuatan kekasihnya. Apakah perbuatan Allah (SWT) semuanya baik untuk makhluk-Nya? Ya! Sesungguhnya Allah (SWT) tidak pernah menzalimi hamba-Nya melainkan mereka memilih kezaliman itu sendiri. Ada hikmah di sebalik musibah dan mesti ada kebaikan yang masih tersembunyi bagi mereka yang reda dan sabar. Segala takdir manusia itu berada pada ketentuan ilmu Allah (SWT), tiada seorang hamba pun mengetahui rahsia takdir Allah (SWT).


Kisah di dalam surah al-Kahfi banyak memberi pengajaran kepada diri kita. Kisah ilmu Allah (SWT) dikurniakan kepada Khidr, beliau memiliki pengetahuan luas tentang qada dan qadar Allah (SWT) kepada makhluknya.


Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari yang mafhumnya:


"Ketika Nabi Musa berucap kepada kaumnya, seorang bertanya: Adakah sesiapa di muka bumi ini yang lebih ilmunya daripada tuan? Nabi Musa menjawab: "Tidak ada." Lalu ditegur oleh Allah: "Ada seorang hamba-Ku yang lebih ilmunya daripada kamu."


Kemudian Nabi Musa menghadap Khidr untuk berguru kepadanya. Dalam perjalanan mereka berdua berlaku beberapa perkara pelik yang dilakukan oleh Khidr. Yang pertama beliau membocorkan perahu milik orang miskin, kedua membunuh seorang pemuda dan ketiga membangun tembok yang hampir runtuh tanpa meminta upah pada hal di bandar itu penduduknya amat bengis terhadap mereka berdua.


Perbuatan Khidr jika dilihat dengan mata kasar amat menggusarkan hati Nabi Musa. Beliau sedih dan terkejut menyaksikan perbuatan Khidr itu. Musa menegur Khidr supaya dia menerangkan hikmah di sebalik peristiwa itu. Khidr rasa sampailah waktu perpisahannya dengan Musa.


Dia berkata melalui firman Allah (SWT) bermaksud:


"Adapun perahu itu, ia adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut. Oleh itu aku bocorkan dengan tujuan mencacatkannya. Kerana di belakang mereka ada seorang Raja yang mahu merampas setiap perahu yang tidak cacat. Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan zalim dan kufur.


“Kami berharap supaya Tuhan menggantikan bagi mereka anak yang lebih baik darinya, yang bersih jiwanya dan mesra kasih sayangnya. Adapun tembok itu, ia dimiliki oleh dua anak yatim di bandar itu yang di bawahnya ada harta terpendam dan bapa mereka pula orang yang salih. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai suatu rahmat dari Tuhan, dan aku tidak melakukannya menurut pemikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan mengenai maksud dan tujuan perkara yang engkau (Musa) tidak dapat bersabar mengenainya." Surah al-Kahfi: Ayat 79-82.


Demikian rahsia ilmu Allah (SWT) yang maha luas dan maha dalam. Tiada seorang makhluk pun boleh memahami semuanya dengan tepat. Qada dan qadar Allah (SWT) itu semuanya baik belaka. Itulah pilihan Allah (SWT) untuk kita. Hasan al-Basri pernah berkata: Wahai anak Adam, Musa menegur Khidr sebanyak tiga kali, sehingga Khidr berkata: "Inilah saat perpisahanku denganmu." Itu yang dilakukan oleh Khidr kepada Musa, maka bagaimanakah dengan Tuhanmu yang kamu menentangnya berulang kali dalam sehari? Apakah kamu tidak takut Tuhan akan berkata: Inilah saat perpisahan-Ku denganmu.?"


Sikap yang terbaik adalah akur dan reda atas apa saja ketentuannya. Tetapi jangan bersikap menyerah kepada takdir tanpa berikhtiar kerana itu adalah penipuan yang berbahaya. Syarat reda mestilah dengan ikhtiar. Hal ini pernah terjadi pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.


Beliau dan tenteranya hendak memasuki suatu bandar di Syria. Tetapi tertahan oleh wabak menular yang menyerang bandar itu. Panglima tenteranya, Saidina Abu Ubaidah berkata: Apakah tuan lari daripada qada Allah (SWT)? Umar menjawab: "Ya, kita lari daripada qada Allah (SWT) kepada qadar Allah (SWT) juga."


Makna qada adalah ketentuan yang terjadi dan qadar adalah ketentuan belum terjadi. Untuk itu ikhtiar adalah wajib bagi mereka yang mengaku reda atas ketentuan Allah (SWT) Dan jangan sekali-kali memilih atas apa yang Allah (SWT) pilihkan untuk hidup kita.


Sabda baginda bermaksud:


"Apabila kamu ditimpa musibah janganlah kamu katakan: "Sungguh seandainya saya berbuat begini, nescaya akan jadi begini dan begini, tetapi katakanlah: Ia semua ketentuan Allah (SWT) dan apa-apa yang Dia kehendaki pasti terjadi, sesungguhnya ungkapan 'seandainya' itu membuka peluang bagi perbuatan syaitan." Hadis riwayat Imam Muslim.


- Oleh Dr Juanda Jaya

~* 5 Panduan Kebahagiaan Dunia Akhirat *~


1. Selalu mengucapkan kalimah tayyibah iaitu “La ilaha illallah muhammadar rasulullah”.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bemaksud:


“Banyakkanlah berzikir kepada Allah pada setiap perkara kerana tidak ada amal yang paling dicintai oleh Allah dan tidak ada yang menyelamatkan seorang hamba daripada keburukan di dunia dan akhirat melainkan berzikir kepada Allah.”


2. Apabila ditimpa sesuatu musibah, ucapkanlah “Innalillahi wa-inna-ilaihi-rojiun”.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


“Janganlah memperbanyakkan perkataan melainkan zikir kepada Allah. Sesungguhnya banyak ucapan yang bukan zikir kepada Allah menjadikan hati kesat. Orang yang paling jauh daripada Allah ialah orang yang mempunyai hati yang kesat.” Hadis riwayat at-Tarmizi.


Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:


“Apakah tiada aku tunjukkan kepadamu kunci untuk membuka pintu daripada pintu-pintu syurga?” Kata sahabat, “Apakah kunci untuk pintu syurga itu?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Dengan sentiasa menyebut “Lahaula-wala quwwata-illa billahil ‘aliyi-azim”. Zikir ini bermaksud, “Tiada daya, tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah.” Apabila zikir ini selalu disebut-sebut, insya-Allah seseorang itu akan diberi ketenangan dalam menerima ujian dan keredaan daripada Allah.


3. Apabila dikurniakan nikmat, maka ucapkanlah “Alhamdulillah” sebagai tanda bersyukur atas nikmat yang diberi oleh Allah.


Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud:


“Ucapan yang paling disukai oleh Allah ada empat iaitu Subhanallah, Alhamdulillah, Wa la ilahaillallah, Allahu akbar”. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Sekiranya dunia dan seluruh harta kekayaan yang berada di atasnya diserahkan ke tangan seorang daripada umatku, kemudian orang itu berkata Alhamdulillah, maka ucapan Alhamdulillah itu lebih berharga daripada seluruh harta itu. Ini kerana harta dunia akan habis, tetapi ucapan Alhamdulillah itu akan berkekalan selama-lamanya hingga akhirat.”


4. Ucapkanlah “Bismillahir-rohmanir-rahim” ketika hendak memulai sesuatu pekerjaan.


Rasulullah s.a.w. bersabda,


“Bahawa setiap pekerjaan baik yang tidak dimulai dengan menyebut nama Allah, maka pekerjaan itu tidak mendapat keberkatan daripada Allah”.


5. Ucaplah “Astaghfirullahal-a zim wa atubu ilaih” apabila terbuat dosa.


Rasulullah s.a.w. bersabda,


“Perlukah aku beritahu kepadamu tentang suatu penyakit dan ubatnya kepada kamu? Sesungguhnya penyakit manusia itu adalah dosa, dan ubatnya adalah istighfar.” Sebagai manusia kita tidak sunyi daripada melakukan salah dan dosa, maka cepat-cepatlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Dalam hadis lain Rasulullah bersabda, yang bermaksud, “Barang siapa yang membiasakan dirinya membaca istighfar, Allah akan melepaskannya daripada segala macam kesempitan dan terlepas daripada setiap kesusahan dan Allah memberi rezeki kepadanya dengan tidak disangka-sangka.” Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah.


Mudah-mudahan panduan ini dapat diamalkan untuk mendapatkan kehidupan yang diredai oleh Allah dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat

~* Are You Caretaking or Are You Being Loving? *~


"How do I know when I am caretaking and when I am being loving?"

We always get asked this question quite frequently. The answer lies in understanding our intent.
  • Caretaking

Caretaking comes from the wounded self and the intent behind caretaking is to control. When you are caretaking, you are giving yourself up to do what someone else wants you to do in the hopes of having control over getting approval or avoiding disapproval or anger. When you are caretaking, you are taking responsibility for another person's feelings while ignoring your own. You are taking care of the other person's inner child while putting your Child in the closet. Frequently, you are doing for others what they need to be doing for themselves - which means that you are enabling them.


While it might look loving to be caretaking others, it is anything but loving. It is not loving to abandon yourself. It is not loving to give to get - giving with an agenda to get approval or avoid disapproval. It is not loving to enable others in not taking responsibility for themselves.


  • Loving Behavior

Loving behavior toward others always comes from the loving Adult. When you are loving others, you are giving to them for the joy of giving to them. The intent behind the giving is to share your love. You don't need anything from the other person because you are already full of love from having taken loving care of yourself.


There is no agenda attached to loving behavior. How the other person responds is fine, because you don't need anything back, nor do you expect anything back. You are giving for the pure joy of giving and are further filled in the act of giving.


  • Care-Giving

Care-giving is a particular form of loving behavior. You are care-giving when you are giving to another what that person needs and cannot do for himself or herself. When you are care-giving, sometimes you do things even though you don't feel like doing them, because you love or care about the other person's well-being. An example of care-giving is taking care of children, even when you have to get up in the middle of the night and don't want to. You are care-giving when you take care of an old person or a sick person - doing for them what they cannot do for themselves.


Sometimes care-giving gives you joy, and other times it is difficult, but it never has an agenda attached. You are being kind because it makes you feel good to be kind - not because you are trying to get something back from the other person.


Often question, "Isn't there a fine line between caring and caretaking?"


No, it is not a fine line at all. There is not a fine line between the intent to control and the intent to be loving to yourself and others. The confusion comes in because the action may be exactly the same. For example, you might make dinner for your partner for the pure joy of giving, or you might make dinner to get approval or avoid disapproval. While the action of making dinner is the same, the energy of it is totally different because the intent is totally different. Food made with love even tastes different than food made out of fear, guilt, or obligation.


When you give from the wounded self with the intent to control, you will eventually end up feeling resentful and used. When you give from the loving Adult with the intent to share your love, you will feel filled in the giving, regardless of how the other person responds.


- By Dr. Margaret Paul

~* Discerning The Loving Heart *~


How often have you had the experience of connecting with someone - a friend or a potential partner - who turns out to be an uncaring person? At first you think this is a really good person, and then down the line you discover that the person is self-centered, narcissistic, angry and uncaring. You wonder how you could be so wrong, and what can you do differently next time?

People have different levels of the willingness to feel others' feelings. Some of us deeply feel others' pain and joy, while other people don't. Some people can recall caring about others' pain and joy from a very young age, while other people remember being concerned mostly with their own feelings and needs.

The people who have chosen the deeper level of compassion are often the ones that become the caretakers, while the less compassionate people become the takers. Caretakers are people who have learned to take responsibility for others' feelings and well-being, while takers are people who expect others to take responsibility for their feelings and well-being and often blame others when they don't take on this responsibility.

If you are a compassionate person who easily feels others' feelings, you might find yourself drawn to people who are in pain. Your compassionate heart naturally wants to help those people who are in pain, not only out of caring, but also because their pain is painful to you. The problem is that this person might not care about your feelings as much as you care about his or hers.

So, how do you become discerning of who has a loving, caring and compassionate heart? The first step is to focus on developing as much compassion for your own feelings as you have for others. Often, very caring people leave themselves out, caring about others far more than they care about themselves. This leaves them vulnerable to becoming the caretaker for someone who just wants someone else to take care of them, and then gets angry when you don't do it "right." If you develop compassion for yourself, you will start to feel much more quickly when someone is not really caring about you. If you are just focused on another's feelings, you won't notice what you feel, and it is your own feelings that allow you to discern caring from a lack of caring.

The next step is to understand and accept that, no matter how caring you are to others, you have no control over how caring others are with you. You can't make someone be caring, and the more you take care of another's feelings and well-being while ignoring your own, the less caring the other will be. The other person becomes a mirror for your lack of caring about yourself.

The more you learn to take full, 100% responsibility for your own feelings, the more another's lack of caring will be intolerable to you. The more you are able to stay tuned into yourself and trust your own perceptions, the quicker you will discern a lack of caring in others. The more you accept your lack of control over getting others to be caring, the quicker you will let go of people who are intent on getting caring but not much concerned with giving it.

It really doesn't take long to discern the loving heart once you have compassion for yourself, trust your perceptions, and accept your lack of control over others. People betray their intention to either give love or to get it, or to give to get, with everything they say and do. With practice, you can learn to discern the loving heart very early in a relationship. If you want to stop recreating the same relationships over and over, then develop your power of discernment.

- By Dr. Margaret Paul

Wednesday, January 9, 2008

~* Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah*~


Doa Akhir Tahun dibaca tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


Berikut ialah doa akhir tahun:


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekelian alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Ya Allah, wahai Tuhanku, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya dan Engkau berlembut tidak mengazabkan aku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas menceburkan diri melakukan maksiat itu.


Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhainya dan Engkau janjikan ganjaran pahalanya.


Maka aku memohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.


Doa Awal Tahun dibaca tiga kali selepas maghrib pada malam satu Muharam


Berikut adalah Doa Awal Tahun:


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekelian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.


Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, sedia ada, tiada permulaan.


Kelebihan-Mu Maha Besar dan kemurahan-Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, aku mohon kepada-Mu agar terpelihara di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada konco-konco syaitan dan bala tenteranya.


Aku juga bermohon kepada-Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Aku mohon juga kepada-Mu akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diriku kepada Mu.


Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia, Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat.

~* Jadikan semangat hijrah cipta banyak kebaikan *~


PERISTIWA hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah menjadi peristiwa penting dalam kalendar Islam. Bagaimanapun, tarikh 1 Muharam yang dijadikan awal Hijrah bukan tarikh sebenar berlaku hijrah atau pergerakan Rasulullah dari Makkah ke Madinah.


Mengikut catatan sejarah, Rasulullah SAW keluar dari Makkah pada Khamis akhir Safar dan bersembunyi di Gua Thur, satu tempat terpencil di luar kota Makkah, untuk mengelak dikesan kafir Quraisy yang berusaha membunuh Baginda.


Baginda keluar dari Gua Thur, seterusnya menuju ke Madinah ialah pada awal Rabiulawal, mengikut perkiraan Masihi, peristiwa itu berlaku pada 622 Masihi, bermakna sudah 1385 tahun berlalu. Namun, mengikut kiraan Hijrah sudah mencecah 1,429 tahun.


Bilangan hari dalam setahun tahun Masihi ialah 365 atau 366 hari (Februari ada 29 hari), manakala Hijrah bilangan harinya ialah 354 hari. Justeru, kita menyambut tahun baru Hijrah awal 10 atau 11 hari setiap tahun (berdasarkan tarikh Masihi).


Contohnya, umat Islam akan menyambut sesuatu perayaan pada musim sama ialah selepas 33 tahun berlalu (satu pusingan lengkap).


Rasulullah SAW berdepan halangan besar melaksanakan hijrah, tetapi hasil perancangan teliti, ia dapat dilakukan dengan jayanya. Kafir Quraisy terpedaya dengan kebijaksanaan Rasulullah SAW merancang perjalanan supaya tidak dapat dikesan, ia termasuk melakukan transit di Gua Thur.


Baginda SAW tidak menggunakan kekuatan mukjizat atau dipermudahkan dengan pertolongan di luar kekuasaan manusia. Jelas sekali cara itu memberi pengajaran besar yang wajar dicontohi kerana jika menggunakan mukjizat, sudah tentu usaha itu tidak mampu dicontohi atau diikuti orang kebanyakan kerana mukjizat hanya dikhaskan untuk Rasul.


Peristiwa hijrah dijadikan detik permulaan perkiraan Hijrah yang menjadi kalendar umat Islam. Masyarakat Arab ketika itu belum ada pengiraan tahun, walaupun sudah ada nama bulan berdasarkan kepada musim atau peristiwa.


Detik hijrah diingati sebagai garisan permulaan kepada kejayaan gemilang penyebaran dakwah Islamiah dan kerana itu kita dituntut mengulangi kegemilangannya dengan cara menghayati dan melaksanakan hijrah yang banyak tersirat pengertian di sebaliknya.


Selepas hijrah Rasulullah SAW, Islam dapat disebarkan dengan lebih mudah di Madinah berbanding di Makkah, dan bermulalah tamadun Islam yang berjaya menguasai tanah Arab dan tersebar ke seluruh pelusuk dunia.


Untuk mencapai kejayaan dan mendapat sesuatu yang lebih baik memerlukan kita berhijrah ke arah itu. Perkara ini disebut Rasulullah SAW sebagai menjelaskan perihal hijrah yang dituntut dilakukan setiap umat Islam, selepas peristiwa hijrah Makkah ke Madinah.


Sahabat yang tidak sempat bersama Rasulullah SAW berhijrah berasakan satu kerugian kerana tidak mendapat pahala hijrah. Hakikat sebenar, hijrah tidak hanya perpindahan dari Makkah ke Madinah, tetapi masih banyak konsep hijrah yang perlu dilakukan.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud:


“Orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan apa-apa dilarang Allah (SWT) ke atasnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Ajaran Islam sentiasa mementingkan usaha menuju kebaikan dan kejayaan. Apa yang dilarang Allah (SWT) bermakna ia perbuatan mendatangkan keburukan dan membawa kepada kegagalan hidup. Kita perlu berhijrah meninggalkan semua dilarang dan melakukan apa disuruh.


Justeru, berhijrah adalah sebahagian daripada melaksanakan misi ketakwaan. Berhijrah adalah satu perintah yang perlu dilakukan sepanjang masa. Sesiapa yang mengharapkan kehidupan lebih baik di dunia dan akhirat, tidak dapat tidak mesti berhijrah setiap masa.


Kita mesti sentiasa berusaha melakukan yang lebih baik dan mengharap rahmat Allah (SWT). Konsep hubungan hijrah dan kejayaan mendapat rahmat Allah (SWT) disebut dalam al-Quran melalui firman-Nya bermaksud:


“Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah (SWT) (fisabilillah), mereka itulah yang boleh mengharap (mendapat) rahmat dari-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 218)


Mencapai apa juga kejayaan memerlukan pengorbanan dan sesuatu pengorbanan tidak semestinya membuahkan kejayaan dalam tempoh masa singkat. Adakalanya pengorbanan itu perlu dilakukan berulang selepas menempuh kegagalan sebelum mencapai apa diimpikan.


Bahkan, ada usaha dan pengorbanan tidak berhasil mendapat seperti apa diharapkan di dunia ini, tetapi ia bukan sesuatu yang sia-sia selagi seseorang itu reda apa yang berlaku dan menerima ketentuan Allah (SWT).


Sesungguhnya apa juga perkara baik yang dilakukan akan mendapat pembalasan pahala. Mungkin kejayaan yang diharapkan tidak dapat dikecapi di dunia ini, balasan pahala tetap diterima di akhirat. Kegagalan ditanggung itu adalah sebahagian daripada ujian Allah (SWT).


Berusaha berubah kepada lebih baik perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa. Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam, bermakna sudah mensia-siakan peluang hidup semalam. Peluang itu tidak akan datang lagi, kerana sudah berlalu menjadi sejarah.


Ketika masih ada peluang meneruskan kehidupan ini hendaklah direbut peluang untuk mengangkat darjat di sisi Allah (SWT). Peluang kelebihan dinikmati hendaklah digunakan sebaiknya sebelum ia berlalu atau hilang. Masa hidup di dunia ini terlalu singkat berbanding kehidupan yang kekal di akhirat.


Rasulullah SAW memberi peringatan supaya merebut kesempatan yang masih ada sebelum datang masa atau keadaan sebaliknya. Sikap bertangguh menyebabkan peluang yang ada sebelumnya akan tertutup, dan kematian adalah pengakhiran kepada semua peluang di dunia ini.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:


“Rebutlah lima kesempatan sebelum datang lima yang lain; masa muda mu sebelum datang masa tuamu, masa sihat mu sebelum datang masa sakit mu, masa kaya mu sebelum datang masa fakir mu, masa lapang mu sebelum datang masa sibuk mu dan masa hidup mu sebelum datang kematian mu.” (Hadis riwayat Tarmizi)


Hijrah membolehkan seseorang melakukan lebih banyak kebaikan untuk diri sendiri, keluarga, agama dan bangsa. Allah (SWT) melipatgandakan kejayaan dan keberkatan kepada mereka yang sanggup bersusah payah melakukan usaha hijrah. Semakin sukar laluan yang perlu ditempuh, lebih tinggi darjatnya di sisi Allah (SWT).


Firman Allah (SWT) bermaksud:


“Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (SWT) dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (SWT) dan mereka itulah orang yang berjaya.” (Surah at-Taubah, ayat 20)


Sesiapa yang berusaha mencapai sesuatu lebih baik dalam kehidupannya sudah melakukan sebahagian daripada maksud hijrah dan mendapat pahala hijrah jika ia diniatkan untuk memperoleh keredaan Allah (SWT). Setiap usaha perlu dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah (SWT).


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:


“Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niatnya. Maka sesiapa yang berhijrah semata-mata kepada Allah (SWT) dan Rasul-Nya, maka hijrahnya diterima Allah (SWT) dan Rasul-Nya, dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan duniawi, ia mendapat apa dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya terhenti pada apa yang diniatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Jadikan semangat sempena tahun baru hijrah ini untuk mencipta lebih banyak kebaikan dalam hidup. Dalam Islam tidak ada istilah pencen atau berhenti melakukan kebaikan selagi keupayaan dan peluang masih ada.


- Oleh Lokman Ismail

~* Sabar senjata mulia hadapi ujian *~


Tabah terhadap segala dugaan, syukuri nikmat lambang ketinggian iman umat islam.


IMAN terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dinamakan kesabaran dan satu bahagian lagi dinamakan kesyukuran. Kedua-duanya adalah sifat Allah (SWT) dan di antara dua nama-Nya yang mulia kerana Allah (SWT) sendiri menamakan diriNya dengan Sabbur dan Syakur.


Jika seseorang itu jahil daripada memahami erti kesabaran dan kesyukuran, samalah dengan tidak memahami erti kedua bahagian iman itu sendiri. Dengan demikian, samalah ia lupa kepada sifat Allah (SWT) sedangkan untuk mendekatkan diri kepada Allah (SWT) tidak tercapai melainkan dengan iman.


Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:


“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)


Firman-Nya lagi yang bermaksud:


“Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahala mereka tanpa batas.” (Surah al-Zumar, ayat 10)


Dalam konteks ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na’im daripada Ibn Mas’ud)


Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud:


“Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)


Perkataan sabar disebut enam belas bentuk dalam al-Quran, iaitu perintah supaya bersabar (merujuk ayat 35 surah al-Baqarah, surah al-Imran (ayat 200), sementara larangan daripada bersikap sebaliknya pada ayat 35, surah al-Ahqaf dan surah al-Anfal, ayat 15.


Allah (SWT) memuji orang yang sabar (surah Ali-Imran, ayat 17 dan al-Baqarah, ayat 177) sementara Allah (SWT) kasih kepada orang yang sabar melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 146.


Kesabaran lain yang dijelaskan dalam al-Quran ialah Allah (SWT) bersama orang yang sabar, kebaikan bagi mereka yang sabar, balasan amal yang paling baik, berita gembira kepada orang sabar, jaminan kemenangan bagi orang yang sabar dan balasan Allah (SWT) tanpa batas kepada orang yang sabar.


Selain itu, orang yang sabar adalah mereka yang kuat semangat dan azam, amalan salih yang besar balasannya adalah sabar, orang yang sabar mereka yang mengambil manfaat daripada ayat Allah (SWT), Ibrahim, kejayaan yang diingini dicapai oleh orang yang sabar, orang sabar boleh menjadi pemimpin dan mempunyai kedudukan tinggi dalam tingkatan iman dan Islam, seterusnya takwa dan tawakal.


Sabar terbahagi kepada tiga bentuk iaitu sabar dalam mentaati Allah (SWT), sabar daripada melakukan maksiat kepada Allah (SWT) dan sabar menghadapi ujian Allah (SWT). Patut diingat bahawa mengadu dan merayu kepada Allah (SWT) tidak menafikan sifat sabar.


Ini seperti mana berlaku kepada Nabi Ya’kub ketika baginda berkata:


“Sesungguhnya hanyalah kepada Allah (SWT) aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku,” (Surah Yusuf, ayat 86).


Adapun yang menafikan sifat sabar adalah merungut terhadap Allah (SWT), manakala bersabar terhadap ujian Allah (SWT) seperti menghadapi bencana alam seumpama banjir besar, gempa bumi, sakit dan lain sebagainya, mangsa perlu menghadapinya dengan mengharapkan balasan sebaiknya daripada Allah (SWT).


Mangsa juga perlu mengharapkan penyelesaiannya daripada Allah (SWT) dan ketiga menganggap ringan ujian itu dengan cara mengingati segala nikmat yang dikurniakan Allah (SWT) selama ini. Dengan demikian akan terasa bahawa ujian itu bagaikan setitik air daripada luasnya laut.


Tanpa senjata sabar dalam perjalanan hidup ini, kehidupan seseorang tidak akan tenang dan damai kerana jalan hidup tidak selalunya mendatar, ada kalanya mendaki dan kadang-kadang jatuh.


- Oleh Prof Madya Dr Abdul Rashid Ahmad (Penulis ialah pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)


~* Why Do Muslims Fast In Ramadan? *~

What is Fasting (Sawm)? Sawm (Arabic: صوم) is an Arabic word for fasting regulated by Islamic jurisprudence. In the terminology of Islamic l...