Saturday, May 24, 2008

~* Petua untuk khusyuk solat *~

  1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.
  2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.
  3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.
  4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.
  5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.
  6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.
  7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.
  8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.
  9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.
  10. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.
  11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.
  12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.
  13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.
  14. Memahami makna bacaan dalam solat.

~* Minta pertolongan Allah dengan sabar dan solat *~

IBN Jauzi di dalam tafsirnya Zad al-Masir berkata:


"Sebab turunnya ayat ini ialah orang musyrikin berkata; Muhammad akan pulang dan kembali kepada agama kita sebagaimana kembali kepada kiblat kita. Inilah juga pendapat Qatadah."

Allah berfirman,


Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (Surah Al-Baqarah: Ayat 153)


Firman Allah,


"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang."


Ibn `Abbas berkata:


"Minta tolonglah atas menuntut akhirat dengan kesabaran dalam menunaikan segala fardu dan dengan solat."


Kita akan memperincikan dua jenis permohonan yang disebut oleh Allah iaitu kesabaran dan solat. Justeru akan diperincikan kedua-duanya.


Pertama, kesabaran. Ia adalah ketetapan hati dalam menanggung kesukaran begitu juga dengan ujian dan tribulasi.


Sabar merupakan seberat-berat amalan batin atas jasad. Sedangkan solat seberat-berat amalan zahir atasnya. Justeru dengan digabungkan dua perkara sudah pasti membawa kelebihan yang besar, sebagaimana kata Syeikh al-Maghari. Sebagai melengkapkan lagi perbincangan ini, dinukilkan dari buku La Tahzan (Jangan Bersedih) di bawah tajuk Jadikan Buah Lemon Itu Minuman Yang Manis. Antara lain katanya: Orang cerdik akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan, sedangkan orang bodoh akan membuat sesuatu musibah menjadi bertompok dan berlipat ganda.


Semasa Rasulullah s.a.w diusir dari Mekah, baginda memutuskan untuk mendiami Madinah dan kemudian berhasil membangunkannya menjadi sebuah kota tamadun yang sangat akrab di telinga dan mata sejarah. Ahmad bin Hanbal pernah dipenjara dan dihukum dera tetapi kerananya pula beliau menjadi imam salah satu mazhab. Ibn Taimiyah pernah dipenjara tetapi disanalah beliau banyak melahirkan karya yang agung.


Al-Sarkhasi pernah dikurung di pelosok telaga bertahun-tahun tetapi tempat itulah beliau menggarap 20 jilid buku. Ketika Ibn al-Athir dipecat dari jawatannya, dia berjaya menghasilkan karya besarnya yang berjudul Jami’ al-Usul dan al-Nihayah, salah satu buku paling terkenal dalam ilmu hadis. Begitu juga dengan Ibn al-Jauzi yang pernah diasingkan di Baghdad dan kerana itu dia menguasai qiraah al-Sab`ah (bacaan al-Quran atas tujuh qiraat).


Malik bin al-Gharib menderita dengan penyakit yang boleh membunuhnya namun dia mampu menggubah syair-syair yang sangat indah sehingga menandingi penyair besar zaman Abasiyah.


Seterusnya begitulah ketika tertimpa sesuatu musibah anda seharusnya melihat sisi yang paling terang daripadanya ketika seseorang memberi anda segelas air lemon anda perlu menambah sesudu gula ke dalamnya. Ketika mendapat hadiah seekor ular dari seseorang ambil sahaja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain. Apabila disengat kala jengking ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya memberi kekebalan kepada tubuh anda dengan bisa ular.


Justeru kendalikan diri anda dalam pelbagai kesulitan yang dihadapi. Dengan itu anda dapat mempersembahkan bunga mawar dan melati yang harum kepada kami.


Kedua, solat. Ini kerana solat merupakan thiqah dengan Allah. Justeru pertolongan Allah pasti datang dengan sebab mengabdikan diri kepadanya dan inilah yang dilakukan oleh Rasulullah sehingga menjadikan solat cahaya mata dalam kehidupannya. Akhirnya dinaqalkan pendapat Sayid Qutub yang berkata:


"Kesabaran seringkali disebutkan di dalam al-Quran kerana Allah mengetahui betapa besarnya daya usaha yang gigih yang diperlukan oleh pendirian yang teguh dan jujur untuk mengikuti jalan Allah di tengah-tengah pelbagai godaan keinginan dan dorongan. Ia mememerlukan daya usaha yang gigih untuk perjuangan berdakwah kepada Allah di muka bumi ini."


Mereka iaitu pendakwah dan penjuang memerlukan hati yang tenang, tenteram serta sentiasa bersiap siaga dan berwaspada menghadapi sebarang rintangan sama ada dalaman atau luaran.


Kesabaran dan kegigihan itu diperlukan dalam semua bidang ini. Kesabaran untuk melaksanakan ketaatan-ketaatan dan menjauhi maksiat, kesabaran menentang penderhaka-penderhaka kepada Allah, kesabaran menghadapi aneka ragam tipu daya, kesabaran menunggu pertolongan yang lambat tiba.


Kesabaran berjalan di jalan yang jauh, kesabaran menghadapi perkembangan kebatilan, kesabaran menghadapi kekurangan pembantu, kesabaran menjalani jalan berduri yang panjang, kesabaran menghadapi penyelewengan-penyelewengan manusia dan kesesatan mereka dan kesabaran menghadapi kedegilan yang berat dan penolakan yang pedih.


Apabila mengambil masa yang terlalu lama dan berhadapan dengan usaha yang sukar, kadang-kadang kesabaran menjadi lemah atau terus hilang andainya di sana tidak ada bekalan yang baru. Oleh kerana itulah Allah gandingkan kesabaran dengan ibadat solat. Ini kerana ibadat solat merupakan sumber bekalan jiwa yang tidak pernah kering dan habis.


Ia adalah sumber yang memulihkan tenaga dan memperbaharui bekalan kepada hati kerana itu ia dapat memanjangkan tali kesabaran dan menjadikannya tidak putus. Kemudian ia menokok kepada kesabaran itu kerelaan, kepuasan ketenteraman, kepercayaan dan keyakinan.


Manusia yang fana’ lemah dan terbatas pasti mempunyai hubungan dengan kekuatan Ilahi yang agung di mana ia dapat mencari pertolongan apabila daya tenaga dan kemampuannya melewati batasnya. Apabila jalan perjuangan dirasa begitu lama dan jauh berbanding usianya yang terbatas kemudian ia melihat perjuangannya masih belum sampai ke mana-mana sedangkan hari sudah senja. Dia masih belum mencapai sesuatu kejayaan sedangkan matahari usianya hampir jatuh, juga apabila dia mendapat kejahatan berkembang subur dan kebaikan merosot dan terperosok di mana tiada cahaya kelihatan di ufuk dan tiada tanda di jalan.


Di sini ketaralah dengan jelas nilai ibadat solat, ia merupakan hubungan secara langsung di antara manusia yang fana’ dengan kekuatan yang kekal abadi.


- Oleh: DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

~* Ikhlas berpuasa *~

SABDA Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


Siapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan mengamalkan pendustaan maka Allah s.w.t. tidak ingin kepada puasanya dengan meninggalkan makan dan minumnya.

(Riwayat Bukhari)

PENGERTIAN


Dalam hadis ini baginda menegaskan bahawa ibadat puasa seseorang itu tidak akan diterima atau diberi pahala sekiranya puasanya tidak diamalkan dengan baik iaitu menyempurnakan prasyaratnya dengan meninggalkan segala larangan-Nya seperti bercakap bohong dan sebagainya. Sekiranya ibadat tersebut dilakukan dengan tidak sempurna maka dia akan mendapat hanya kepenatan semata-mata.


KESIMPULAN


Ibadat puasa hendaklah dilakukan sepenuh hati dan ikhlas kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah dan menjauhkan segala larangan-Nya.

~* Seni Menata Hati dalam Bergaul *~

PERGAULAN yang asli adalah pergaulan dari hati ke hati yang penuh keikhlasan, yang insya'Allah akan terasa sangat indah dan menyenangkan. Pergaulan yang penuh rekayasa dan tipu daya demi kepentingan yang bernilai rendah tidak akan pernah kekal dan cenderung menjadi masalah.


1. AKU BUKAN ANCAMAN BAGIMU


Kita tidak boleh menjadi seorang yang merugikan orang lain, Rasulullah saw bersabda,


"Muslim yang terbaik adalah muslim yang muslim lainnya selamat dan merasa aman dari gangguan lisan dan tangannya." (Hadis Riwayat Bukhari)


a. Hindari penghinaan


Apapun yang bersifat merendahkan, ejekan, penghinaan dalam bentuk apapun terhadap seseorang, baik tentang keperibadian, bentuk tubuh, dan sebagainya, jangan pernah dilakukan, kerana tak ada masalah yang selesai dengan penghinaan, mencela, merendahkan, yang ada adalah perasaan sakit hati serta rasa dendam.


b. Hindari ikut campur urusan pribadi


Hindari pula ikut campur urusan pribadi seseorang yang tidak ada manfaatnya jika kita terlibat. Seperti yang kita maklumi setiap orang punya urusan peribadi yang sangat sensitif, yang bila terusik nescaya akan menimbulkan kemarahan.


c. Hindari memotong pembicaraan


Kita akan berasa marah apabila ketika kita sedang berbual dan kemudian tiba-tiba dipotong dan disangkal, berbeza halnya bila habis berbual dan kemudian dibidas dengan cara yag arif, nescaya kita pun berkecenderungan menghargainya bahkan mungkin menerimanya. Maka latihlah diri kita untuk bersabar dalam mendengar dan membidas dengan cara yang terbaik pada waktu yang tepat.


d. Hindari membandingkan


Jangan pernah dengan sengaja membandingkan jasa, kebaikan, penampilan, harta, kedudukan seseorang sehingga yang mendengarnya merasa dirinya tidak berharga, rendah atau merasa terhina.


e. Jangan membela musuhnya, mencaci kawannya


Membela musuh maka dianggap bergabung dengan musuhnya, begitu pula mencaci kawannya bererti memusuhi dirinya. Bersikaplah yang netural, sepanjang diri kita menginginkan kebaikan bagi semua pihak, dan sedar bahawa untuk berubah harus mengambil masa & ada cara-caranya.


f. Hindari merosak kebahagiannya


Bila seseorang sedang berbahagia, janganlah melakukan tindakan yang akan merosak kebahagiaanya. Misalkan ada seseorang yang merasa beruntung mendapatkan hadiah dari luar negeri, padahal kita mengetahui bahawa barang tersebut buatan dalam negeri, maka kita tak perlu menyampaikannya, biarlah dia berbahagia mendapatkan hadiah tersebut.


g. Jangan mengungkit masa lalu


Apalagi jika yang diungkit adalah kesalahan, aib atau kekurangan yang sedang berusaha ditutupi. Ingatlah bahwa setiap orang memiliki kesalahan yang sangat ingin disembunyikannya, termasuk diri kita, maka jangan pernah mengusik untuk mengungkit dan membukakannya, hal seperti ini sama dengan mengajak bermusuhan.


h. Jangan mengambil haknya


Jangan pernah terfikir untuk menikmati hak orang lain, setiap gangguan terhadap hak seseorang akan menimbulkan rasa tidak suka dan perlawanan yang tentu akan merosak hubungan. Sepatutnya kita harus belajar menikmati hak kita, agar bermanfaat dan menjadi bahan kebahagiaan orang lain.


i. Hati-hati dengan kemarahan


Bila anda marah, maka berwaspadalah kerana kemarahan yang tak dikawal biasanya menghasilkan kata-kata dan peri laku yang keji, yang sangat melukai, dan tentu perbuatan ini akan menghancurkan hubungan baik di lingkungan manapun. Kita harus mulai berlatih mengawal kemarahan sekuat hati dan selalu memohon maaf andai terlanjur berkata-kata.


j. Jangan menertawakannya


Sebagian besar dari sikap menertawakan seseorang adalah kerana kekurangannnya, baik sikap, penampilan, bentuk rupa, ucapan dan lain sebagainya, dan ingatlah bahawa tertawa yang tidak pada tempatnya serta berlebihan akan mengundang rasa sakit dihati.


k. Hati-hati dengan penampilan, bau badan dan bau mulut


Tidak ada salahnya kita selalu mengontrol penampilan, bau badan atau mulut kita, kerana penampilan atau bau badan yang tidak segar akan membuat orang lain merasa terusik kenyamanannya, dan cenderung ingin menghindari kita.


2. AKU MENYENANGKAN BAGIMU


a. Wajah yang selalu cerah ceria


Rasulullah sentiasa berwajah ceria, beliau pernah bersabda,


"Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesedihan di hati. Hiburlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu, sebab bila hati terus dipaksakan memikul beban-beban yang berat, ia akan menjadi buta". (Sunan Abu Dawud).


b. Senyum tulus


Rasulullah sentiasa tersenyum manis sekali dan ini sangat menyenangkan bagi siapapun yang menatapnya. Senyum adalah sedekah, senyuman yang tulus memiliki daya sentuh yang dalam ke dalam lubuk hati siapapun, senyum adalah nikmat Allah yang besar bagi manusia yang mencintai kebaikan. Senyum tidak dimiliki oleh orang-orang yang keji, sombong, angkuh, dan orang yang busuk hati.


c. Kata-kata yang sopan dan lemah lembut


Sentiasalah mengungkap kata-kata yang sopan dan sampaikan dengan cara yang lembut, kerana sikap seperti itulah yang dilakukan Rasulullah, ketika berbincang dengan para sahabatnya, sehingga terbangun suasana yang menyenangkan. Hindari mengungkap kata-kata yang kasar, menyakitkan, merendahkan, memalukan, serta hindari pula nada suara yang keras dan berlebihan.


d. Selalu menyapa dan mengucapkan salam


Cubalah kita selalu menjadi orang yang paling dahulu dalam menyapa dan mengucapkan salam. Berjabatlah tangan kawan kita penuh dengan kehangatan dan lepaslah tangan sesudah dilepaskan oleh orang lain, kerana demikianlah yang dicontohkan Rasulullah. Jangan lupa untuk menjawab salam dengan sempurna dan penuh perhatian.


e. Bersikap sangat sopan dan penuh penghormatan


Rasulullah jikalau berbincara dengan para sahabatnya selalu berusaha menghormati dengan cara duduk yang penuh perhatian, ikut tersenyum jika sahabatnya melucu, dan ikut merasa takjub ketika sahabatnya mengisahkan hal yang mempesona, sehingga setiap orang merasa dirinya sangat diutamakan oleh Rasulullah.


f. Senangkan perasaannya


Pujilah dengan tulus dan tepat terhadap sesuatu yang layak dipuji sambil kita kaitkan dengan kebesaran Allah sehingga yang dipuji pun teringat akan asal muasal nikmat yang diraihnya, nyatakan terima kasih dan do’akan. Hal ini akan membuatnya merasa bahagia. Dan ingat jangan pernah kikir dan lupa untuk berterima kasih.


g. Penampilan yang menyenangkan


Gunakanlah pakaian yang rapi, serasi dan harum. Menggunakan pakaian yang baik bukanlah tanda kesombongan, Allah Maha Indah dan menyukai keindahan, tentu saja dalam batas yang sesuai syariat yang disukai Allah.


h. Maafkan kesalahannya


Jadilah pemaaf yang lapang dan tulus terhadap kekurangan dan kesalahan orang lain kepada kita, karena hal ini akan membuat bahagia dan senang siapapun yang pernah melakukan kekhilafan terhadap kita, dan tentu hal ini pun akan mengangkat citra kita dihatinya.


3. AKU BERMANFAAT BAGIMU


Keberuntungan kita bukanlah diukur dari apa yang kita dapatkan tapi dari nilai manfaat yang ada dari kehadiran kita, bukankah sebaik-baik diantara manusia adalah orang yang paling banyak mamfaatnya bagi hamba-hamba Allah lainnya.


a. Rajin bersilaturahmi


Silaturahmi secara berkala, penuh perhatian, kasih sayang dan ketulusan walaupun hanya beberapa saat, benar-benar akan memiliki kesan yang mendalam, apalagi jikalau membawa hadiah, insya'Allah akan menumbuhkan kasih sayang.


b. Saling berkirim hadiah


Seperti yang telah diungkap sebelumnya bahwa saling memberi dan berkirim hadiah akan menumbuhkan kasih sayang. Jangan pernah takut miskin dengan memberikan sesuatu, kerana Allah yang Maha Kaya telah menjanjikan ganjaran dan jaminan tak akan miskin bagi ahli sedekah yang tulus.


c. Tolong dengan apapun


Bersegeralah menolong dengan segala kemampuan, harta, tenaga, waktu atau setidaknya perhatian yang tulus, walau perhatian untuk mendengar keluh kesahnya. Apabila tidak mampu, maka do’akanlah, dan percayalah bahawa kebaikan sekecil apapun akan diperhatikan dan dibalas dengan sempurna oleh Allah.


d. Sumbangan ilmu dan pengalaman


Jangan pernah kedekut untuk mengajarkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki, kita harus berkongsi agar ilmu dan pengalaman yang ada pada diri kita menjadi jalan bagi kejayaan orang lain.


Insya'Allah jikalau hidup kita penuh manfaat dengan tulus ikhlas maka, kebahagiaan dalam bergaul dengan siapapun akan terasa nikmat, kerana tidak mengharapkan sesuatu dari orang melainkan kenikmatan kita adalah melakukan sesuatu untuk orang lain. Semata kerana Allah.

~* Doa yang sangat wajar diamalkan di zaman ini (Ayat Pengerak) *~

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;



Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;


  1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
  2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
  3. Berbahaya
  4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


  1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
  2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
  3. Selamat dari bahaya.
  4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini


  • Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;


- Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.


- Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.


Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


  • Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


  • Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.


Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.


Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.


Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


  • Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.


Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.


Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.


Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.


- Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Friday, May 16, 2008

~* Three Little Words *~

Three little words can make a difference in one's life. There are many things that we can do to perk up and strengthen our interpersonal relationships. Yet the most effective involves the saying of just three words.


When spoken or conveyed, these statements have the power to forge new friendships, deepen old ones and restore relationships that have cooled. The following three-word phrases can enrich every relationship.


  • I'll Be There

If you have ever had to call a friend in the middle of the night, to take a sick child to hospital, or when your car has broken down some miles from home, you will know how good it feels to hear the phrase "I'll be there". Being there for another person is the greatest gift we can give. When we are truly present for other people, important things happen to them and us. We are renewed in love and friendship. We are restored emotionally and spiritually. Being there is at the very core of civility.


  • I Miss You

Perhaps more marriages could be saved and strengthened if couples simply and sincerely said to each other "I miss you". This powerful affirmation tells partners they are wanted, needed, desired and loved. Consider how ecstatic you would feel, if you received an unexpected phone call from your spouse in the middle of your workday, just to say "I miss you".


  • I Respect You

Respect is another way of showing love. Respect conveys the feeling that another person is a true equal. If you talk to your children as if they were adults you will strengthen the bonds and become close friends. This applies to all inter-personal relationships.


  • Maybe You're Right

This phrase is highly effective in diffusing an argument and restoring frayed emotions. The flip side to "maybe your right" is the humility of admitting, "maybe I'm wrong". Let's face it. When you have a heated argument with someone, all you do is cement the other person's point of view. They, or you, will not change their stance and you run the risk of seriously damaging the relationship between you. Saying "maybe you're right" can open the door to further explore the subject, in which you may then have the opportunity to get your view across in a more rational manner.


  • Please Forgive Me

Many broken relationships could be restored and healed if people would admit their mistakes and ask for forgiveness. All of us are vulnerable to faults, follies and failures. A man should never be ashamed to own up that he has been in the wrong, which is saying, in other words, that he is wiser today than he was yesterday.


  • I Thank You

Gratitude is an exquisite form of courtesy. People who enjoy the companionship of good, close friends are those who don't take daily courtesies for granted. They are quick to thank their friends for their many expressions of kindness. On the other hand, people whose circle of friends is severely constricted often do not have the attitude of gratitude.


  • Count On Me

A friend is one who walks in when others walk out. Loyalty is an essential ingredient for true friendship; it is the emotional glue that bonds people. Those that are rich in their relationships tend to be steady and true friends. When troubles come, a good friend is there indicating you can "count on me".


  • Let Me Help

The best of friends see a need and try to fill it. When they spot a hurt they do what they can to heal it. Without being asked, they pitch in and help.


  • I Understand You

People become closer and enjoy each other more if they feel the other person accepts and understands them. Letting your spouse know in so many little ways that you understand them, is one of the most powerful tools for healing your relationship. This applies to any relationship.


  • I Love You

Perhaps the most important three words that you can say. Telling someone that you truly love them satisfies a person's deepest emotional needs; the need to belong, to feel appreciated and to be wanted. Your family, your friends and you, all need to hear those three little words. "I love you"

Thursday, May 1, 2008

~* ALLAH Knows Best *~


ALLAH knows what is best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain.

We always want laughter
and the merriment of cheer

but our heart will lose
their tenderness
If we never shed a tear.

ALLAH tests us often
with suffering and sorrow
He tests us not to punish us
but to help us meet tomorrow.

For growing trees are strenghtened
if they can withstand the storm
and the sharpness of the chisel
gave the marble its grace and form.

ALLAH tests us often
and for every pain
He gives us

provided we are patient
Is followed by rich gain

So whenever we feel that
everything is going wrong

It is just
ALLAH's way to make our spirit strong.

~* Why Do Muslims Fast In Ramadan? *~

What is Fasting (Sawm)? Sawm (Arabic: صوم) is an Arabic word for fasting regulated by Islamic jurisprudence. In the terminology of Islamic l...