Sunday, October 21, 2007

~* TAZKIRAH : Menangislah... *~

Tangisan...


Tangisan menurut perspektif Islam, boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu tangisan yang berbentuk negatif dan tangisan yang berbentuk positif. Tangisan yang dilarang ialah seperti meraung dan melolong dengan sekuat hati apabila menerima atau meratapi kematian.


Tangisan seperti ini bukan sahaja dipandang negatif kepada orang yang melakukannya tetapi juga mayat yang diratapinya itu turut terseksa kerana perbuatannya. Ini berbeza dengan tangisan positif iaitu tangisan yang terjadi kerana cinta dan takut kepada Allah.

Malah Nabi Muhammad pun menangis bila mengenangkan kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi oleh umatnya serta tatkala baginda memohon ampun dari Allah. Antara jenis-jenis tangisan yang dibenarkan malah digalakkan dalam Islam ialah:Antara jenis-jenis tangisan yang dibenarkan malah digalakkan dalam Islam ialah:


1. Ketika melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah


Orang-orang yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Golongan ini sama sekali tidak pernah mengeluh malah sentiasa reda dengan apa yang mereka terima. Maka dengan sebab itu, orang-orang sebegini adakalanya menitiskan air mata apabila menerima rahmat dan nikmat-nikmat tersebut.


Sebagai contoh, dalam satu riwayat oleh Anas bahawa Rasulullah berkata kepada Ubay bin Ka’ab: “Allah menyuruh membacakan kepadamu Surah al-Bayyinah ayat 1, “Orang-orang kafir iaitu ahli kitab dan orang-orang musyrik (mengatakan bahawa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata,” Ubay bertanya : “Apakah Allah menyebut namaku?” “Nabi menjawab ya, lalu menangislah Ubay (kerana mendengar berita gembira itu).


Ayat tersebut menyatakan tentang pendirian kaum Yahudi dan Nasrani terhadap seruan Nabi Muhammad sebagai Rasul yang telah menerangkan kepada mereka agama yang telah dibawa olehnya iaitu agama Islam. Mereka (Yahudi dan Nasrani) kenal Nabi Muhammad yang diutus sebagai rasul kepada umat akhir zaman, tetapi setelah baginda dibangkitkan mereka tidak percaya malah tidak mahu beriman kepada apa yang dibawa oleh baginda.


2. Kerana menyesali perbuatan dan dosa yang dilakukan


Tangisan penyesalan biasanya terjadi apabila seseorang yang telah melakukan dosa, menyedari dan menyesali perbuatannya dengan bersungguh-sungguh. Ekoran daripada penyesalan itu maka timbul rasa sedih yang mendalam yang akhirnya akan menitiskan air mata. Tangisan yang sedemikian itu timbul akibat wujudnya rasa kesedaran yang mendalam dan rasa takut yang amat sangat kepada Allah. Keadaan sebegini akhirnya akan mendorong seseorang itu bertaubat dan seterusnya kembali ke jalan yang benar. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam ayat 82 Surah al-Taubah, “Maka hendaklah mereka sedikit tertawa dan banyak menangis sebagai pembalasan dari apa yang mereka telah kerjakan.”


3. Apabila bertambah keimanan kepada Allah


Iman yang tertanam dalam hati akan terus subur dan mekar apabila disirami dengan ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca dengan penuh penghayatan sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menitiskan air mata.


Tangisan sebegini merupakan tangisan yang tinggi nilainya kerana ia merupakan campuran antara rasa kesedaran dan keimanan yang tidak berbelah bagi. Justeru tanpa disedari akan bercucuran tangisan akibat rasa keimanan yang begitu mendalam sebagaimana firman Allah dalam ayat 58, Surah Maryam; “Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Tuhan Yang Pemurah, mereka segera sujud serta dan menangis.”


4. Timbul dari rasa khusyuk dan tawaduk


Tangisan seperti ini boleh terjadi apabila seseorang itu khusyuk dalam beribadat. Air mata yang menitis itu bukan kerana perasaan sedih tetapi kerana menyedari betapa diri yang begitu kerdil ketika berhadapan dengan pencipta-Nya. Bahkan, orang yang mencapai tahap kekhusyukan itu termasuk salah satu dari tujuh golongan yang memperoleh keistimewaan pada hari kiamat seperti sabda Rasulullah: “Tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naunganNya (iaitu) : Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang dibesarkan dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya selalu rindu pada masjid, dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah iaitu bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita bangsawan dan rupawan lalu ditolaknya dengan berkata, “Aku takut kepada Allah”, seorang yang bersedekah dalam keadaan rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan seseorang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan menyendiri lalu menitis air matanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


5. Bimbang terputusnya rahmat Allah


Suatu hal yang menyedihkan hati dan amat dibimbangi oleh orang-orang yang beriman ialah terputusnya kebajikan dan rahmat Allah. Apabila keadaan ini berlaku, ia boleh mengubah suasana hati dan perasaan sehingga menjadi sedih dan terharu. Sebagai contoh, pada suatu hari sesudah Rasulullah wafat, Saidina Abu Bakar mengajak Saidina Umar ke rumah Ummu Aiman seperti mana Rasulullah semasa hayatnya sering menziarahinya.


Sebaik sampai di rumah Ummu Aiman, tiba-tiba Ummu Aiman menangis. Kedua-dua tetamunya itu lantas bertanya, “Apakah yang menyebabkan kamu menangis? Tidakkah engkau tahu bahawa yang tersedia di sisi Allah untuk Rasulullah jauh lebih baik?” Ummu Aiman menjawab, “Aku tidak menangis kerana itu melainkan kerana wahyu dari langit telah terputus (terhenti).” Kata-kata Ummu Aiman itu ternyata mengharukan Abu Bakar dan Umar, lalu kedua-duanya turut menangis.


6. Apabila terselamat dari kesesatan dan menemui kebenaran


Adakalanya air mata seseorang itu akan menitis apabila ditunjukkan oleh Allah jalan yang benar setelah sekian lama hanyut dalam kelalaian atau kesesatan. Bagi yang berada dalam situasi sedemikian, akan terus menangis dan tangisannya bukan kerana merasa sedih tetapi kerana terlalu gembira dengan hidayah yang diterima itu.


Hal ini pernah terjadi kepada segolongan pendeta apabila mengetahui al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah merupakan kebenaran dari Allah seperti firman-Nya: “Dan apabila mereka itu (segolongan pendeta) mendengar apa-apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau akan melihat mereka akan menitiskan air matanya, lantaran mengetahui kebenaran (seraya) mereka berkata; “Hai Tuhan kami! Kami telah beriman. Oleh kerana itu, catatlah kami dalam golongan orang-orang yang menyaksikan.


Dan tidak patut kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, pada hal kami ingin supaya Tuhan memasukkan kami bersama kaum yang soleh.” (Surah al-Maidah:83-84) Daripada maksud firman Allah tersebut, jelaslah bahawa tangisan yang positif mempunyai keutamaan di sisi Islam sehingga tangisan seumpama itu boleh mendatangkan manfaat yang besar.


Ini kerana, orang yang menitiskan air mata kerana Allah sebenarnya merupakan orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam satu riwayat dari Abu Daud dan Tirmizi bermaksud: “Kami datang kepada Rasulullah sedang baginda menunaikan solat. Maka terdengar nafas tangisnya bagaikan suara air mendidih dalam bejana.

~* Adap Mendengar Azan *~


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:


"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."


Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?


Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allahakan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.


Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.


"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.


Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:


  1. Jujur dalam berkata-kata.
  2. Menjauhi segala yg haram.
  3. Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:


  1. Merahsiakan ibadahnya.
  2. Merahsiakan sedekahnya.
  3. Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:


  1. Takut berlaku dusta dan keji.
  2. Menjauhi kejahatan.
  3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:


  1. Mengawasi dirinya.
  2. Menghisab dirinya.
  3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untukberzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

jIka KaMu.....bagus utk dihayati...


Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu... Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja... Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya... Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja... Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh... Cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak... Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa... Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya... Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... Yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan... Berkhasiat... Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain... Terlalu ingin mengejar kelazatan... Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya... Kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu... Menyayangimu... Mengasihimu... Mengapa kamu berlengah, membandingkannya dengan yang lain... Terlalu mengejar kesempurnaan... Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah...

DIA tahu....

{Ketahuilah Olehmu{



Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia…

Allah SWT
tahu betapa keras engkau sudah berusaha

{{{


Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih…

Allah SWT
sudah menghitung airmatamu

{{{


Jika kau berfikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...

Allah SWT
sedang menunggu bersama denganmu

{{{


Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...

Allah SWT
selalu berada disampingmu

{{{


Ketika kau pikir bahwa kau telah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...

Allah SWT
punya jawapannya

{{{


Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...

Allah SWT
dapat menenangkanmu

{{{


Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...

Allah SWT
sedang berbisik kepadamu

{{{


Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..

Allah SWT
telah memberkatimu

{{{


Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...

Allah SWT
telah tersenyum padamu

{{{


Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk dikecapi...

Allah SWT
sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu

{{{


Ingat bahawa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...

Allah SWT
TAHU...

{{{


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

Z

Cinta Sejati...Hayatilah....

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,


"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."


Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua", keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam."Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?""Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.


Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut" kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.


"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.


Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.


"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.


Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi...Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

~* Tips Mencari Sahabat *~


Di dalam satu hadis Rasulullah, daripada Umar bin Khattab r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda;

"Sesungguhnya sebahagian dari hamba Allah terdapat sekelompok manusia. Mereka itu bukan dari golongan Nabi dan tidak pula dari golongan syuhada, akan tetapi para Nabi dan syuhada merasa iri atas kedudukan mereka di sisi Allah Ta'ala. Mereka berkata: 'Hai Rasulullah, tolong beritahu siapakah mereka itu?', kemudian jawab Baginda (s.a.w): 'Mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai kerana Allah Taala bukan atas dasar hubungan keturunan di antara mereka, dan juga bukan kerana wang yang mereka berikan. Maka demi Allah Ta'ala, sesungguhnya wajah mereka memancarkan cahaya, cahaya yang sangat terang. Mereka tidak merasakan takut ketika orang lain merasa takut, dan mereka tidak merasa khuatir ketika orang lain dilanda kekhuatiran".


Sahabat merupakan satu anasir yang setiap insan pasti tidak boleh hidup tanpa mereka. Lihatlah betapa Allah Taala memuliakan sebuah persahabatan sehingga menjadi suatu yang diirikan oleh golongan para Nabi a.s. dan para syuhada. Syaratnya apa? Syaratnya, persahabatan yang terjalin hendaklah di atas landasan iman. Kasih sayang antara mereka adalah untuk masing-masing melihat pembentukan diri yang dihalatujukan untuk memperoleh keredhaan Yang Maha Esa.


Isu mencari sahabat terutamanya bagi golongan remaja sangatlah relevan dan perlu diberikan perhatian. Pada zaman serba moden ini, bejana minda kita banyak dipenuhi oleh pengaruh-pengaruh barat yang melalaikan. Kita dihidangkan dengan visual-visual dan fahaman-fahaman yang tiada lain selain berobjektifkan kepuasan hawa nafsu dan materialistik.


Renungilah kembali apa yang dikhuatiri oleh malaikat ketika mana Allah s.w.t. memerintahkan beliau menjenguk api neraka dan syurga. Beliau sangat khuatir banyak manusia akan terperangkap dengan kenikmatan dunia yang mengalpakan yang diletakkan di sekeliling api neraka. Dalam pada itu, kesengsaraan dan penderitaan dalam perjuangan menaikkan Islam yang memagari syurga membuatkan hanya sedikit sahaja antara kita yang mampu dan sanggup menempuhnya.


Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat,


"Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w. menjawab (dengan maksud), "Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya".


Sahabat bertanya lagi,


"Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?" Baginda s.a.w. membalas (dengan maksud), "Dia adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah s.w.t. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat."


Di dalam hadis lain yang biasa kita dengar (dengan maksud),


"Dekatilah orang yang menjual minyak wangi. Sesungguhnya bau wangiannya itu akan turut mewangikan kita. Jangan dekati tukang buat besi kerana bau busuk yang ada padanya akan melekat kepada diri kita."


Renungilah dan hayatilah bagaimana Rasulullah s.a.w. mengajar kita mencari seorang sahabat yang sejati. Teman yang baik adalah teman yang sering mengajak kita untuk melakukan amal kebajikan. Teman yang baik juga saling tegur-menegur bukan kerana untuk menunjuk kepandaiannya tetapi bimbang akan sahabatnya daripada terjerumus kepada dosa dan kemurkaan Allah Ta'ala. Perkara ini turut diajar oleh Allah Taala di dalam kitabNya. Allah Taala berfirman dalam Surah Al-Kahfi ayat ke-28 yang bermaksud,


"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran."


Sekarang cuba kita cerminkan kembali kepada diri kita. Adakah insan yang rapat dan hampir dengan kita memiliki ciri-ciri sepertimana yang diajar oleh Allah Ta'ala dan rasul-Nya? Atau adakah diri kita sendiri yang merupakan sahabat kepada orang lain turut memiliki ciri-ciri ini?


Renungi diri kita, adakah selama kita berkawan dengan mereka, pembinaan diri kita dari segi ilmu, akhlak dan segenap aspek kehidupan kita hanya ditujukan untuk mendapat keredhaan-Nya atau adakah sebaliknya?

Wednesday, October 10, 2007

~* Sikap Istiqamah Seorang Pecinta *~

Oleh Prof Syeikh Mutawally Sya’rawi


SETIAP kali seorang pencinta mendalami rahsia hikmah Allah di balik hal-hal berikut iaitu hukum-hukum Allah berupa halal haram, tanda-tanda Allah di dalam dirinya serta alam semesta, mukjizat yang ditampilkan Allah melalui nabi-nabi-Nya serta hukuman-Nya bagi orang-orang yang zalim, kisah dua malaikat Harut dan Marut, cerita Iblis, kemandirian Allah dalam menetapkan hukum dan mencipta bahawasanya apa yang Dia kehendaki terjadi dan apa yang tidak Dia kehendaki tidak akan terjadi, semua ini membuat hatinya semakin bergantung kepada keEsaan Allah.


Kaum arif billah (orang yang mengenal Allah) sepakat dalam mendefinisikan taufiq Allah iaitu seorang pecinta mengerjakan sesuatu amal dengan cinta yang mengandungi maslahat bagi pencinta tersebut, Allah menjadikannya mampu untuk berbuat apa yang diredhai Allah di samping itu ia juga menyukai dan mencintai perbuatan tersebut, Allah berfirman :


Namun Allah membuat kamu mencintai keimanan dan menghiasi iman tersebut di hati-hati kamu dan membuatmu benci terhadap kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan mereka itulah orang-orang yang memperolehi petunjuk. Hal tersebut adalah keutamaan dan nikmat dari Allah dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.” (Al-Hujurat : 7 & 8.)


Allah mengabaikanmu jika ia membiarkan engkau mengikuti nafsumu. Seorang hamba terkadang diberi taufiq dan terkadang diabaikan bahkan dalam satu saat dia mengalami kedua hal tadi. Dia pun kadang mentaati Allah, mengingat-Nya, mensyukuri-Nya dengan taufiq Allah.


Kemudian kadang-kadang ia melakukan kemaksiatan, menentang Allah, membuat Allah murka, lalai dari mengingati Allah, hal ini terjadi kerana Allah mengabaikannya. Allah memberi taufiq dengan keutamaan-Nya dan rahmat-Nya. Allah mengabaikannya kerana keadilan-Nya dan kebijaksanaan-Nya.


Allah terpuji atas segala perbuatan-Nya bagi-Nya pujian yang sempurna, seorang tidak mampu mencegah apa yang terjadi pada dirinya dan semuanya adalah keutamaan Allah dan pemberian-Nya. Dia lebih mengetahui segala yang Dia lakukan kepada hamba-hamba-Nya.


Barang siapa yang baik taubatnya maka ia akan sampai pada keadaan berserah diri kepada Allah, Allah telah memuji sikap ini dan mencintainya sebagaimana yang Dia firmankan dalam al-Quran :


Berserah diri dan berpulanglah kamu kepada Tuhanmu.” (Az-Zumar : 45)


Allah berfirman :


Sesungguhnya Ibrahim benar-benar hamba yang penyabar, penghiba dan berserah diri.” (Hud : 75)


Kepasrahan wali-wali Allah dan pencinta-Nya mengandungi empat kriteria :


  1. Kecintaan kepada Allah
  2. Tunduk kepada-Nya
  3. Sentiasa menghadap-Nya
  4. Berpaling dari selain-Nya

Seorang tidak dinyatakan hamba yang berserah diri terkecuali ia melengkapi syarat ini. Penafsiran dari lafaz ‘Munib’ adalah seorang yang bersegera dalam mencari keredhaan Allah, berpulang kepada-Nya dalam segala waktu, yang bersegera mencintai-Nya. Dari segi bahasa ia bererti kembali kepada Allah.


Menurut Al-Hawari kembali kepada Allah di sini ada tiga macam :


  1. Kembali kepada Allah dalam keadaan kesolehan ataupun dalam keadaan meminta ampun dari dosa.
  2. Kembali kepada Allah sebagai perlaksanaan janji penghambaan ataupun berjanji untuk menghamba.
  3. Kembali kepada Allah dalam pelbagai perihal ataupun kembali kepada Allah untuk menyahut seruan-Nya.

Allah berfirman :


Terkecuali siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh.” (Al-Furqan : 70)


Taubat tidak bermanfaat tanpa amal soleh. Taubat harus disertai amal soleh. Kembali kepada-Nya untuk menepati janji. Allah berfirman :


Barang siapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya ganjaran yang besar.” (Al-Fath : 10)


Kembali kepada Allah setelah bertaubat dengan hati yang hancur dan menderita merupakan bukti dari kembalinya ia kepada Allah sebaliknya tidak dikatakan kembali kepada Allah jika hatinya tidak hancur dan mengeluh kerana telah berbuat dosa. Hal ini suatu bukti akan kerosakan hatinya.


Ia juga harus merasa hiba akan kelalaian saudaranya seiman yang berbuat kekhilafan seolah-olah dialah yang telah berbuat salah dan ia tidak mencelanya kerana kehalusan hatinya dan kepasrahannya. Kesempurnaannya adalah ia mengejar segala keterbelakangannya dalam mentaati Allah degnan perbuatan kebaikan dan berhenti dari kenikmatan dosa kerana cinta kepada Allah.


Jiwa memiliki tiga keadaan iaitu :


  1. Keinginan melakukan dosa.
  2. Mencela perbuatan dosa.
  3. Menyesali dosa - merasa tenang bersama Tuhannya, menjawab seruan Tuhan inilah perihal yang paling tinggi dan penghambaan yang paling baik. Berjuang melawan nafsu meninggalkan kenikmatan dosa dan syahwat yang terkadang begitu berat.

Selayaknya seorang hamba memperhatikan kemurahan Allah serta mengharap-Nya sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda:


Amal tidak akan menyelamatkan seorangpun di antara kamu,” Mereka berkata: “Bagaimana pula denganmu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Tidak terkecuali aku, namun Allah meliputiku dengan rahmat-Nya dan keutamaan-Nya.” (Sahih - Muttafaq alaihi. Diriwayatkan oleh al-Bukhari (8/122) dan Muslim di dalam “Sifatul Munafiqin” bab 17/1 dan Ahmad di dalam “al-Musnad”, 2/482, 488, 503)


Seorang pencinta selayaknya membuat hatinya sentiasa mengingat dan waspada hal ini sangat dekat dengan keadaan berserah diri sesuai dengan firman Allah.


Sesungguhnya yang mengingat adalah orang yang berserah diri.” (Ghafir : 13)


Mengingat dan berfikir harus sentiasa dilakukan oleh seorang pencinta, mengingat kepada kebaikan dari melupakan. Mengingat kedudukannya dengan berfikir seperti memperolehi suatu yang dicari setelah menelitinya.


Lebih jelasnya mengingat adalah mengambil manfaat dari nasihat, mengambil pelajaran dari segala kejadian, mengambil manfaat dari buah fikiran, mengetahui dekatnya kematian, serta saat berakhirnya kehidupan inilah yang paling bermanfaat, yakin akan hari akhir kekekalannya kemudian menganalogikan antara kehidupan dunia dan akhirat.


Memahami al-Quran merupakan salah satu syarat dari orang yang berserah diri. Tidak ada yang lebih bermanfaat bagi seorang pencinta daripada memahami dan mempelajari al-Quran serta sering memikirkannya. hal ini akan menyampaikan seorang pencinta kepada pemahaman akan kebaikan dan keburukan serta segala hal yang berkenaan dengannya, jalan-jalannya, sebab-sebabnya, tujuan-tujuannya, buahnya serta akibat orang yang melakukannya.


Hal ini menetapkan keteguhan keimanan di dalam hati, memperlihatkan kepada mereka kebesaran-kebesaran Allah, melihatkan pelajaran-pelajaran yang penting, mempersaksikan kepada mereka keadilan Allah, keutamaan-Nya, memperkenalkan kepadanya akan Zat Allah, nama-nama-Nya, sifat-sifat-Nya, af’al-Nya serta segala hal yang membuat Allah murka dan cinta, jalan-Nya yang menyampaikan kepada-Nya, keharusan para pejalan setelah sampai kepada-Nya dan menghadap-Nya, hal-hal yang mengejar dalam perjalanan serta bencana-bencana yang akan di hadapi.


Di samping itu pula al-Quran menjelaskan kepadanya mengenai nafsu, sifat-sifatnya, hal-hal yang merosak amal serta memperbaikinya, mengenalkan kepadanya jalan ahli syurga dan ahli neraka, perbuatan-perbuatan mereka, perihal mereka, ciri-ciri mereka, tingkatan-tingkatan orang yang beroleh kebahagiaan serta tingkatan orang-orang yang beroleh kesengsaraan, kesepakatan mereka dan perbezaan mereka. Ringkasnya mengenalkan kepada mereka Tuhan yang diseru, jalan yang menyampaikan kepada-Nya, serta kemuliaan yang diperolehi tatkala sampai kepada-Nya.


Kebalikannya al-Quran juga mengenalkan kepadanya ajakan-ajakan syaitan serta jalan kepadanya, hal yang disukainya berupa kehinaan dan azab setelah sampai kepadanya. Dalam memahami al-Quran dan memikirkannya akan diperoleh manfaat yang berlipat-lipat dari hal ini. Tiap kali engkau memperhatikan dan memikirkannya maka faedah terus bertambah dan tersingkap bagimu. Barang siapa yang merasakannya akan mengetahuinya.


Hal-hal yang merosak hati seorang pencinta di antara lain adalah banyak berbaur dengan manusia yang mengakibatkan lemahnya hati, berangan-angan mendapat kekuasaan bergantung kepada selain Allah inilah hal paling besar penyebab dari kerosakan hati seorang pencinta, begitu pula kecenderungan yang berlebihan kepada makanan baik itu sedikit makanan yang haram mahupun berlebihan dalam memakan makanan yang halal. Begitu pula banyak tidur menyebabkan matinya hati.


Seorang pencinta hendaknya merasakan bahawa Allah mengawasi lahir dan batinnya. Rasulullah s.a.w. bersabda ketika Jibril bertanya kepadanya mengenai Ihsan, maka baginda bersabda:


Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Allah melihatmu.” (Sahih).


Awal hadith ini adalah:


“Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w. datang seorang lelaki kepada kami dengan rambut yang sangat rapi dan pakaiannya sangat putih. Tidak seorangpun dari kami yang mengenalnya.”


Diriwayatkan bahawa barang siapa yang merasakan kehadiran Allah dalam hatinya maka Allah akan memelihara gerak-geri lahirnya. Imam Junaid berkata: “Barang siapa benar-benar merasakan kehadiran Allah maka ia akan takut hilangnya sesaat bersama Tuhannya.” Zunnun berkata: “Tanda seorang yang merasakan kehadiran Allah adalah mengutamakan apa yang diberitakan Allah, mengagungkan apa yang diagungkan Allah, meremehkan apa yang diremehkan Allah.” Ibrahim al-Khawas berkata: “Merasakan kehadiran Allah adalah murninya lahir dan batin untuk Allah s.w.t.”. Diriwayatkan bahawa hal yang paling utama bagi setiap diri manusia dalam jalan ini ialah muhasabah diri, merasakan kehadiran Allah, menyiasat perbuatannya dengan ilmu.


Abu Hafas berkata kepada Abu Usman an-Naisaburi: “Jika engkau duduk bersama manusia maka jadilah engkau penasihat bagi hatimu dan dirimu, janganlah kamu tertipu dengan berbaur dengan mereka, mereka memperhatikan zahirmu sementara Allah memperhatikan batinmu.” Para penunjuk jalan sepakat bahawa merasakan kehadiran Allah dalam bisikan-bisikan hati adalah suatu sebab terjaganya gerak-geri zahir.


Barangsiapa yang mengawasi Allah dalam ‘sirr‘nya (rahsianya) maka Allah akan memelihara gerak-gerinya baik lahir mahupun batin. Kehadiran hati adalah menyembah dengan nama-nama Allah berikut: Maha Mengawasi, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dan Maha Melihat. Barangsiapa yang memahami nama-nama ini serta beribadat dengan tuntunan-tuntunannya tercapailah dalam dirinya keadaan kehadiran hati bersama Allah.


Jika engkau merasakan kehadiran Allah maka kamu telah ikhlas kepada-Nya. Fudhail bin ‘Iyadh berkata:


Sesungguhnya suatu amal jika ia ikhlas namun tidak benar tidak diterima oleh Allah, jika ia benar namun tidak ikhlas tidak diterima oleh Allah. Amal itu diterima jika benar dan ikhlas untuk Allah, benar jika ia sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w.”


Mencintai Allah mengharuskan mencintai Rasulullah s.a.w. , seorang yang tidak berpegang teguh terhadap sunnah Rasulullah s.a.w. maka ia tersesat sedangkan orang yang berpegang teguh kepadanya akan sampai kepada darjat yang tinggi.


Keikhlasan dan kejujuran memiliki tujuan yang satu iaitu, menjadikan Allah sebagai satu-satunya tujuan dalam ketaatan. Di lain riwayat disebutkan: “Kemurnian perbuatan dari memperhatikan makhluk. Diriwayatkan pula maksudnya ialah memelihara diri dari memperhatikan makhluk bahkan diri sendiri dan kejujuran adalah kemurnian dari memperhatikan diri.”


Orang yang tidak ikhlas tidak memiliki kegembiraan dan orang yang jujur tidak memiliki rasa kebanggaan atas diri sendiri. Keikhlasan tidak sempurna terkecuali dengan kejujuran, kejujuran tidak sempurna kecuali dengan keikhlasan dan keduanya tidak sempurna terkecuali dengan kesabaran. Diriwayatkan pula bahawa ikhlas adalah kesamaan perbuatan seorang pencinta baik di dalam zahir dan batinnya.


Gembira jika zahirnya lebih baik daripada batinnya. Kejujuran dalam ikhlas ialah batinnya lebih baik dari zahirnya. Diriwayatkan pula bahawa ikhlas melupakan penglihatan kepada makhluk dengan sentiasa melihat Allah. Barangsiapa yang menghiasi perbuatannya untuk orang lain sementara ia tidak layak untuk itu merupakan cela di hadapan manusia. Menurut Fudahil:


Meninggalkan amal kerana manusia gembira dan beramal kerana manusia adalah syirik, ikhlas adalah Allah menyembuhkanmu dari kedua hal tersebut.”


Imam Junaid (adalah salah seorang ahli tasawwuf. Lihat biografinya di dalam ‘Thabaqat ash-Shufiyah’, karangan asy-Sya’rani 1/27) berkata:


Ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hamba tidak diketahui oleh malaikat hingga ia boleh menulisnya tidak juga diketahui oleh syaitan hingga ia boleh merosaknya, juga tidak diketahui oleh hawa nafsu hingga ia boleh memutarbalikkannya.”


Ditanya kepada Sahal: “Apakah yang paling sukar bagi nafsu? Ia menjawab: Ikhlas kerana tidak ada bahagian bagi nafsu dalam keikhlasan.” Sebahagian mereka berkata mengenai ikhlas: “Hendaklah engkau tidak menuntut dari amalmu saksi selain Allah juga tidak ada yang membalas selain Allah.” Makhul berkata: “Jika seorang hamba mengikhlaskan dirinya selama 40 hari maka akan muncullah dari hatinya mata air-mata air hikmah terpancar pada lidahnya.” Abu Sulaiman ad-Darani berkata: “Jika seorang hamba ikhlas putuslah dari dirinya banyak bisikan was-was dan sifat riak.”


Al-Harawi berkata bahawa ikhlas adalah kemurnian amal dari segala noda atau amalnya tidak bercampur dengan noda keinginan-keinginan nafsu. Sebahagian kaum arif billah berkata:


Barangsiapa yang tidak sentiasa mencela dirinya maka ia tertipu. Amal harus disertai dengan rasa malu dengan sungguh-sungguh berusaha diiiringi dengan malu kepada Allah.”


Amal juga harus dibenarkan dengan ilmu serta mengikuti jejak Rasulullah s.a.w.. Ilmu yang benar serta amal yang lurus adalah timbangan makrifat yang benar. Meluruskan tujuan dengan mensucikannya dari rasa keterpaksaan atau dengan tidak memaksakan diri untuk taat kepada Allah seperti buruh yang dipaksa dan dibebani.


Kenikmatan jiwa seorang pencinta serta kelazatan ruhnya adalah dalam mentaati yang dicintainya. Sebaliknya orang yang taat kerana keterpaksaan yang terbebani dalam berkhidmat kepada Allah seolah memikul beban berat hingga kemahuannya semakin menurun serta api semangat pencariannya semakin lama semakin padam.


Tekad merupakan jiwa dari tujuan yang berkesan pada semangat serta kesungguhan dan kebenaran dalam beribadah. Hendaklah engkau menghadap Allah dengan seluruh hatimu dan menjauhkannya dari perbezaan-perbezaan pendapat dalam masalah ilmu yang kadang mengejar kemajuan hati serta mengacau kewaspadaan hati terhadap tiang-tiang ilmu syarak yang merupakan sebab hidupnya hati serta lurusnya jalanmu. Umar bin Khattab membincangkan mengenai istiqamah bahawa istiqamah iaitu keteguhanmu dalam menjalankan perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah dan tidak mundar-mandir seperti serigala.


Diriwayatkan dari Syeikh Islam Ibnu Taimiyah (lihat biografinya di dalam kitab tersendiri dari karangan yang telah ditahqiq terbitan Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut), bahawasanya ia berkata:


Teguhlah kamu dalam mencintai Allah dan menyembah-Nya dan janganlah berpaling ke kiri mahupun ke kanan.”


Istiqamah mencakupi dalam hal perkataan, perbuatan, perihal dan niat.


Istiqamah dalam hal tersebut ditujukan untuk Allah, dengan inayah Allah dan untuk menjalankan perintah Allah. Kaum salaf menganjurkan untuk berpegang teguh kepada sunnah kerana syaitan mencium hati hamba dan mengujinya jika ia melihat di sana ada celah keinginan untuk berbuat bid’ah serta keinginan untuk berpaling dari kepatuhan kepada sunnah maka ia akan mengeluarkan hati dari berpegang teguh kepada sunnah.


Jika syaitan melihat pada hati kecenderungan yang dalam kepada sunnah serta sangat menginginkannya, maka ia tidak akan berjaya menggodanya namun ia menyuruhnya dengan bersungguh-sungguh untuk menuruti nafsu melampaui batas yang normal iaitu keluar dari sunnah kepada bid’ah.


Sebahagian kaum salaf menyebutkan bahawa setiap perintah Allah akan dihalangi dengan dua godaan syaitan iaitu pertama godaan untuk meremehkan dan godaan untuk berlebihan melampauai batas.


Syaitan tidak peduli dengan apa ia berjaya menggoda anak Adam baik dengan menambah-nambahi mahupun mengurangi. Oleh sebab itu setiap kebajikan disertai dengan kesungguhan dalam kadar yang seimbang dan setiap keikhlasan disertai dengan mengikuti sunnah Nabi s.a.w.


Sebahagian sahabat berkata:


Keseimbangan dalam menjalankan perintah dan mengikuti sunnah lebih baik dari upaya yang sungguh dalam melencong dari jalan Allah dan menentang sunnah. Berusahalah semaksimum mungkin agar perbuatanmu sesuai dengan sunnah dan ajaran para nabi. Perbaikan ibadah seorang pencinta adalah dengan jalan bertawakkal kepada Allah.”


Kalau seandainya kembali kepada Allah adalah setengah dari agama maka tawakkal adalah setengah yang dari bahagian yang kedua dari agama. Sebaik-baik tawakkal serta tawakkal yang paling bermanfaat adalah dalam menjalankan kewajipan Allah, kewajipan sesama makhluk dan kewajipan bagi diri sendiri begitu pula bertawakkal dalam memenuhi maslahat agama atau mencegah mudarat yang merosak agama, inilah yang merupakan tawakkalnya para nabi iaitu tawakkal dalam menegakkan agama dan mencegah kerosakan orang-orang yang melakukan kerosakan di permukaan bumi ini.


Inilah contoh-contoh tawakkal para nabi, pewaris nabi dan manusia kebanyakan disesuaikan kadar keinginan mereka serta tujuan mereka. Di antara manusia ada yang bertawakkal untuk memperolehi harta milik ada juga yang bertawakkal untuk memperolehi sepotong roti. Barangsiapa benar tawakkalnya kepada Allah dalam mencari sesuatu, maka ia akan memperolehinya.


Jika yang ia peroleh tersebut dicintai dan diredhai Allah, maka dia akan memperolehi akibat yang baik dan jika yang diperolehinya dibenci oleh Allah maka apa yang diperolehnya dengan bertawakkal akan mendatangkan mudarat baginya.


Jika yang diperolehnya adalah hal yang mubah, maka ia telah mendapat manfaat dari tawakkal namun ia tidak mendapat tujuan dari tawakkal jika ia tidak menjadikan apa yang ia peroleh sebagai sarana untuk mentaati Allah.


Imam Ahmad berkata:


Tawakkal adalah perbuatan hati ertinya tawakkal itu dilakukan oleh hati bukan dengan perkataan lidah atau perbuatan anggota badan dan bukan pula salah satu pintu dari pintu ilmu mahupun pengetahuan.”


Kebergantungan hati kepada Allah dan bersandarnya ia kepada Allah, tenangnya ia bersama Allah termanifestasi dalam ketenangan hingga tidak tersisa goncangan kebimbangan yang menggoda untuk bergantung kepada sebab serta tidak merasa yakin terhadap sebab tersebut bahkan menanggalkan kebergantungan kepada sebab dari hatinya menggantikannya dengan ketenangan bersama Pencipta segala sebab.


Tanda dari hal ini jelasnya seorang tidak peduli dan hatinya tidak gundah akan hilangnya kenikmatan dunia yang ia cintai darinya atau tidak goyah ketika suatu yang dibenci menimpanya. Hal ini disebabkan kebergantungannya kepada Allah serta tenangnya ia berserta Allah telah memeliharanya dari rasa takut dan berharap kepada sebab-sebab.


Perihalnya seperti seorang yang berjumpa dengan musuh yang besar yang tidak ada daya upaya baginya untuk melawan musuh tersebut lantas iapun melihat benteng yang terbuka, Tuannya mengizinkannya masuk ke dalam benteng tersebut. Benteng tadi pun ditutup hingga ia dapat menyaksikan musuhnya yang berada di luar dari dalam benteng hingga ia tidak lagi merasa takut.


Seseorang arif billah berkata:


Orang yang bertawakkal kepada Allah seperti anak bayi yang tidak mengetahui tempat apapun juga untuk berlindung selain payu dara ibunya.”


Begitu pula halnya dengan seorang yang bertawakkal tidak mengetahui tempat berlindung selain kepada Allah dengan berbaik sangka kepada-Nya, menyerahkan hatinya kepada Allah, menyerahkan segala urusan kepada-Nya, inilah yang merupakan roh daripada tawakkal.


Dia menemukan dalam keadaan ini kebergantungan yang murni, ketenangan yang sangat kepada Tuhan melebihi keadaannya sebelum berserah diri kepada Allah inilah hakikat dari tawakkal serta buah yang paling besar darinya. Jika seorang bertawakkal dia akan rela dengan segala apa yang dilakukan oleh Allah sebagai wakilnya.


Basyar al-Hafi berkata:


Ada seorang yang berkata bahawa ia bertawakkal kepada Allah namun ia berdusta kerana jika seorang benar bertawakkal kepada Allah, maka ia akan rela atas segala apa yang dilakukan Allah kepadanya.”


Seorang yang bertawakkal bergantung dengan nama-nama Allah, perbuatan-Nya, sifat-sifat-Nya kerana ia menjadi orang yang arif billah hingga tawakkalnya semakin kuat. Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal sebagaimana Ia mencintai orang-orang yang bersyukur, berbuat baik,b ersabar dan bertaubat. Seorang pencinta yakin kepada Allah perhatikanlah firman Allah ketika berfirman kepada ibu Musa a.s. dengan firman-Nya:


Jika engkau khuatir akannya maka hanyutkanlah ia disungai dan janganlah kamu takut serta bersedih.” (Al-Qasas : 7)


Ibu Musa a.s. pun berbuat demikian inilah ia keyakinan kepada Allah. Kalaulah tidak sempurna keyakinannya kepada Allah, maka ia tidak akan menghanyutkan bayinya dan buah hatinya kesungai. Keyakinan seorang pencinta adalah tidak menuntut bukti akan keesaan Allah, kuasa-Nya, af’al-Nya dan kehendak-Nya. Berserah diri adalah kemurnian kejujuran yang mendekati kedudukan kenabian. Manusia yang paling sempurna berserah dirinya adalah manusia yang paling sempurna keyakinannya dan pembenarannya.

~* Why Do Muslims Fast In Ramadan? *~

What is Fasting (Sawm)? Sawm (Arabic: صوم) is an Arabic word for fasting regulated by Islamic jurisprudence. In the terminology of Islamic l...