Oleh Nik Rusfa Syafiq
TENSION, frust, pilu, sedih, menangis dan pelbagai lagi kesan yang tidak dijangka akan berlaku apabila tiba-tiba terhentinya kasih dari seseorang. Apatah lagi kasih itu adalah kasih yang paling kita harapkan berkekalan, sehingga jika dilayan perasaan bagai naik gila dibuatnya apabila hilang kasih itu seketika. Sebenarnya itu adalah ujian untuk diri kita, dan cabarannya ialah bagaimana kita dapat menanganinya:
TENANGKAN DIRI
Kawal emosi Emosi yang tidak stabil akan mendorong tindakan yang negatif. Tambahan lagi bila fikiran yang berceramuk memudahkan syaitan membisikkan kata-kata pujangganya menyebabkan kita akan bertambah runsing dan akhirnya mengambil tindakan yang tidak sepatutnya. Banyakkan beristighfar kepada Allah Ta’ala. Mungkin terlalu banyak dosa kita kepada-Nya menyebabkan begitu hebat ujian yang diberikan kepada kita.
Sentiasa berwuduk Air wuduk akan memadamkan bisikan syaitan dalam hati kita. Secara tidak langsung boleh menenangkan hati dan jiwa kita.
LUAHKAN
Cari temanCuba cari seseorang yang boleh dipercayai untuk mendengar luahan hati kita. Orang yang menjadi pendengar yang setia, amanah dan jujur. Jangan salah pilih teman kerana ia akan lebih memburukkan keadaan. Bagi yang lelaki, jangan terlalu ego sehingga hanya memendamkan apa yang dirasa kerana ia akan memakan diri sendiri.
Berterus-terang Belajar untuk berkata hak atau benar. Cuba singkap kembali mengapa dan bagaimana kasih itu boleh terhenti. Jangan takut sekiranya kita di pihak yang benar. Sebaliknya jika ada salah silap kita, jangan takut untuk mengaku kesilapan itu kerana itulah yang sebaik-baiknya. Biar teman yang mendengar, faham situasi yang sebenar dan dapat membuat penilaian. Bukan untuk menentukan siapa yang salah dan siapa yang benar, tapi untuk memudahkan mereka memberi pandangan dan tidak lari dari masalah yang sebenar.
CARI PETUA
Pandang ke depan Atur strategi untuk membetulkan keadaan. Yang lepas, tidak perlu dikenangkan kembali, tapi perlu ambil peduli untuk tidak diulangi.
Cari yang berpengalaman Dapatkan pandangan dari mereka yang lebih dulu makan garam. Mungkin masalah yang sedang dihadapi, telah mereka hadapi terlebih dahulu. Kekadang cara mereka lebih romantik berbanding dengan gaya orang muda.
KUATKAN ROHANI
Kalau dulu jauh, dekatkan diri dengan Allah. Mungkin ini petanda yang Dia murka, dan masih sayangkan diri anda supaya kembali kepada jalan yang lurus. Bertaubatlah dari segala dosa, pertingkat diri dengan ilmu dan perbaiki segala kekurangan dengan sedaya mampu. Mari kita fikirkan, apa guna kebahagiaan yang sementara, tetapi bergelumang dengan maksiat atau melanggar perintah Allah. Kalau Allah sudah tutup hati, bagaimana? Petuanya mudah, kita lihat diri kita, cermin diri kita - kalau nikmat banyak atau semakin banyak, semuanya berjalan dengan lancar, tapi hakikatnya kita semakin jauh dari Allah, maka yakinilah nikmat itu adalah petanda kehinaan.
Amalkan baca Al-Fatihah Ummul Kitab al-Fatihah menyimpan pelbagai rahsia yang mujarab. Begitulah juga untuk menjadi pengikat kasih. Bukan sahaja mampu untuk mengubati hati kita yang sakit, bahkan mampu juga untuk mengembalikan kasih sayang antara makhluk. Cuba amalkan membaca al-Fatihah, 14 kali setiap kali selepas solat. Bayangkan wajah insan yang telah terhenti seketika kasihnya kepada kita setiap kali mengalunkan Fatihah. Minta pada Allah untuk dilembutkan hatinya dengan menghadiahkan pahala bacaan al-Fatihah itu kepadanya. Perkara yang baik akan Tuhan kabulkan.
Amalkan ayat Seribu Dinar Ramai antara kita yang menjadikan Ayat Seribu Dinar itu (surah at-Talaq, ayat 2-3) sebagai hiasan dinding tanpa membacanya. Cuba hafal dan amalkan. Terutama sebagai ayat pendiding dari anasir jahat. Begitu juga apabila keluar untuk mencari rezeki. Tidak kurang juga untuk menjadi ayat tautan ikatan kasih antara dua hati. Pernah dikhabarkan oleh mereka yang mengamalkannya di dalam sebuah keluarga, di mana mereka mengamalkan ayat seribu dinar dengan membaca tiga kali setiap kali selepas solat. Hati mereka seperti diikat antara satu sama lain. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada salah seorang ahli keluarga yang lain akan dapat merasakannya. Begitulah juga apabila mereka berjauhan, hati mereka seolah berinteraksi antara satu sama lain. Itulah rahsia mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Cuma kita yang masih tidak menyedari, rahsia di sebalik mukjizat itu.
Harus diinsafi, seseorang yang hendak mengamalkan ayat-ayat al-Quran wajiblah juga mentaati ajaran dan petunjuk yang terkandung di dalamnya.
MEMBERI PELUANG
Diri sendiri Buka semua tingkap yang ada pada diri sendiri. Jangan tutup mahupun separa terbuka. Jika tidak, kita tidak dapat menerima hakikat, pandangan mahupun nasihat daripada orang lain. Ibarat sebuah rumah yang ditutup semua tingkap ataupun tiada tingkap. Bukan sekadar angin tidak dapat masuk, cahaya, pemandangan alam sekitar dan pelbagai lagi tidak akan kelihatan. Tinggal mereka dalam sebuah rumah yang kelam dan lemas dalam dunia sendiri. Buka, dan cuba terima apa yang diberikan oleh orang lain. Tukarkan apa yang mereka katakan kepada suatu tindakan yang positif dan memberikan impak yang berkesan pada diri sendiri.
Orang lain Dengar dulu pandangan orang lain untuk membetulkan kesilapan kita. Jangan cepat menghukum dengan ilmu kita yang sedikit. Apa yang sering berlaku adalah, kita tidak memberi peluang mahupun ruang kepada orang lain untuk membantu diri kita sedangkan kita memerlukan bantuan. Pendek kata, ego.
Maaf dan memaafkan Inilah perkara yang sukar untuk dilakukan. Masing-masing akur dengan kesilapan yang berlaku. Tidak salah untuk merendah diri meminta maaf dan memaafkan orang lain. Bahkan bertambah mulia di sisi Tuhan. Janganlah menunggu Aidilfitri, baru kemaafan di pohon. Kemudian berilah ruang dan peluang untuk diri sendiri dan mereka yang terlibat membetulkan diri bagi mengukuhkan semula talian kasih yang terhenti itu.
Kasih sayang yang suci lahir dari hati yang ikhlas dan murni. Bila tertitik noktah hitam maka tercemarlah kesucian itu dan terlerailah ikatan kukuh sebuah kasih sayang. Justeru, perbetulkan kembali keadaan dan cantikkan percaturan. Jangan nafsu dijadikan sandaran kerana ia hanyalah khayalan yang lebih membawa ke arah kesesatan.
~~~~~~~~~~
~~~~~******~~~~~
~~~~~~~~~~
Cinta yang sejati adalah cinta yang setia, menjangkau masa, keadaan dan tempat.
Walaupun tidak pernah berjumpa, atau terpisah beribu batu, Hati akan berpegang teguh pd amanah & janji. Amalan akan jujur dan telus. Airmata pasti mengalir apabila mengingati kasih sayang & pengorbanan teman itu. Yg paling ideal adalah kasih sayang yg tumbuh kerana cinta kepada yg Maha Hak - Allah.
Adakah kita pernah melihat Allah? Adakah kita pernah melihat Rasulullah saw? Jadi mengapa airmata mengalir setiap kali mendengar ayat-ayat Allah. Mengapa korbankan masa, tenaga, harta untuk menegakkan agama Allah? Mengapa airmata mengalir apabila membaca kisah-kisah Nabi dan pengorbanan Muhammad saw kepada kita? Kerana itulah puncak tertinggi dari cinta. Keimanan kpd yg ghaib - keyakinan & kesetiaan yg teguh. Itulah juga landasan kpd cinta yg hakiki.
Kalaulah HANYA kerana jarak, begitu mudah memutuskan hubungan, apakah harga hubungan itu? Bagaimana bila, berjumpa seorang yg lebih baik? Bagaimana bila, diuji salah seorang jatuh sakit?
Jawapan bagi kekasih2 diluar sana:
- Segera bernikah untuk mematuhi syariat Allah (setelah cukup syarat2, yakin dgn ciri-ciri pasangan dan solat istikharah) atau
- Berpisahlah kerana Allah jika hubungan berterusan tanpa ikatan. Berpisah jika si dia jelas tidak taat pd Allah. (bukan berpisah kerana jarak!)
Bertafakurlah kembali, apakah landasan hubungan itu. Dewasa ini, yg sering terjadi ialah hubungan cinta teruna dan dara di luar lingkungan perkahwinan. Dlm menuju kedewasaan, minat-meminati dikalangan berlawanan jenis adalah sesuatu yg fitrah. Namun perasaan ini harus dikawal dengan syariat Allah. Malangnya ramai yg terbawa-bawa dengan perasaan cinta ini hingga sanggup berkorban segala-galanya untuk org yg dicintai pada hal si dia belum lagi menjadi suami yg sah. Bak kata org tua-tua: “Nasi lemak buah bidara, sayang selasih kulurutkan, buang emak buang saudara, kerana kekasih kuturutkan…”
Imam Ghazali berkata:
“Apabila seseorang itu mencintai seseorang kerana Allah, maka hendaklah apabila membencinya kerana Allah juga. Sebab punca yg menyebabkan anda mencintai seseorang manusia itu mestilah kerana ia amat taat kepada Allah, ataupun kerana ia dicintai di sisi Allah disebabkan amalan-amalannya yg baik. Tetapi bila orang itu bermaksiat kpd Allah, tentulah anda membencinya kerana ia menderhaka kepada Allah dan terkutuk di sisi Allah.”
Memang benar, hati manusia bila diamuk rasa cinta dan sayang pd makhluk yg tidak kekal, mata kita akan dikelabui tentang hakikat cinta yg sebenar.
Sedarkah kita, siapa yg memberi perasaan-perasaan halus di hati kita? Siapa yg meletakkan rasa cinta yg kononnya maha agung itu di hati-hati kita? Siapa yg memberi rahmat untuk kita menjadi orang yg disayangi? Bukankah DIA yg mengurniakannya itu boleh menarik balik nikmat itu bila-bila sahaja yg DIA kehendaki?
Kenapa lupakan DIA bila tenggelam dlm cinta sesama manusia? Bila keluar ber’dating’ di shopping mall atau menonton ‘movie’ di TGV, GSC, tinggalkan solat segala? Al-Quran makin jarang dibaca atau langsung ditinggal terus kerana sibuk berjiwang? Berdua-duaan tanpa mahram? Berpegang-pegangan?
Adakah ini caranya kita menunjukkan rasa berterima kasih pd Allah yg memberi nikmat kasih sayang kpd kita? Bukankah kita patut bersyukur dgn mematuhi syariat-Nya? Jadi bila nikmat ditarik, kenapa tidak kita fikirkan, apakah kederhakaan yg telah kita lakukan pada Allah, Tuhan Pemilik Segala-galanya?
Fenomena ini bukan shj untuk pasangan yg belum berkahwin, tapi juga bagi yg sudah. Ingatlah, jgn lalai dibuai nikmat, dikurniakan rezeki, anak dan harta, sehingga kita lupa pada Yang Memberi. Solat tinggal, akhlak tidak dijaga, syariat dibuat main. Jgn suatu hari nanti, bila nikmat ditarik, bala dan kemurkaan Allah ditimpakan, hanya sesalan menjadi teman kerana buta dan tertipu oleh dunia. Ingatlah diri saya sendiri & pembaca sekelian.
CINTA KPD ALLAH SBG SUMBER KEKUATAN
Makanan roh itu ialah mengenal dan cinta kepada Allah. Jika cinta itu ditumpukan sepenuhnya kpd ‘ghair Allah’ (selain Allah), maka binasalah roh itu. Badan itu hanya ibarat binatang tunggangan bagi roh. Badan itu akan hancur tetapi roh tetap hidup.
Muhasabahlah diri, adakah hubungan itu di selang seli dgn perbuatan yg syubhat, mendekati maksiat atau yg haram. Maksiat adalah perkara yg paling dekat mendatangkan bencana dan kemurkaan Allah.
Few words of wisdom
- Janganlan menggantungkan hatimu kepada dunia, kerana sesungguhnya Allah tidak menjadikan dunia ini untukmu.
- Jadikanlah cintamu kepada Allah sebab tempat kembalimu adalah kepada-Nya.
- Bersungguh-sungguhlah engkau mencari Syurga.
- Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikit pun tidak ada kuasa di tangan mereka.
- Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiyamullail.
Waallahu’alam.