Friday, June 27, 2008

~* Hati & Perasaan *~


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul,
Supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,
Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian & hikmat di sebalik pemberian tersebut...

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama sehinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita...

Kawan yang paling baik adalah insan yang boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun,
Dan kemudiannya berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah di alami...

Memang benar kita tidak akan tahu apa yang telah kita miliki sehinggalah kita kehilangannya,
Dan juga benar kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ia datang...

Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kita menarik,
Percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat,
Kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia...

Selalu bayangkan diri kita berada di dalam situasi seseorang,
Jika kita terasa ianya menyakitkan kita,
Fikirkanlah yang ianya mungkin menyakitkan orang lain juga...

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya,
Dalam memiliki segala yang terbaik,
Kita hanya membuat yang terbaik di dalam hampir apa sahaja,
Yang datang di dalam perjalanan hidup kita...

Kebahagiaan terletak pada mereka yang menangis & terluka,
Dan mereka yang telah mencari dan mencuba,
Hanya mereka sahaja yang boleh menghargai,
Kepentingan manusia yang telah menyentuh kehidupan mereka...

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan,
Kehidupan lalu yang telah dilupakan,
Kita boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna,
Sehinggalah kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam...

Semasa kita dilahirkan, kita menangi dan orang di sekeliling kita tersenyum,
Teruskanlah hidup ini supaya apabila kita mati nanti,
Kita yang akan tersenyum dan orang di sekeliling kita pula yang akan menangis...

Wednesday, June 25, 2008

JiKa iNgIn BERtEmAn..

Apabila kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya...

Andai kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya...

Andai kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya...

Andai kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya...

Andai kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang TEMAN,
Yang hanya manusia biasa...

Kelemahan... Kekurangan... Keburukan...
Kalau itu yang kau boleh terima dari seorang TEMAN,

Tidak mustahil kau akan memperolehi keseimbangan dalam berteman,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...

Monday, June 23, 2008

~* Hadapi kawan atau lawan dengan wajah tenang *~


Seorang ahli bijaksana berkata, jika anda ingin bergaul secara baik dan sopan, ikutilah petunjuk ini:

1. Hadapi kawan atau lawan dengan wajah yang tenang, gembira, sopan dan rela hati. Elak daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri.

2. Jangan terlalu banyak menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang orang lain.

3. Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak meludah atau berhingus di tempat awam, banyak menguap atau menggeliatkan badan.

4. Usahakan agar dudukmu itu kelihatan tenang, kata-kata selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik jika kamu diam saja.

5. Jangan bersikap pura-pura.

6. Elak daripada memberitahu sesiapa mengenai harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit, orang akan memandangmu dengan kehinaan.

7. Jika berdebat, berpegang teguhlah kepada kesopanan dan jangan merendah-rendah kemampuan orang lain.

8. Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada kehormatan diri.

9. Jika masuk ke majlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri.

10. Jauhi daripada duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa sentiasalah menundukkan pandanganmu.

11. Jangan suka bergurau dengan cendekiawan dan orang yang kurang cerdik.

12. Jika banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis, kerana terlupa atau lain-lain, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.

Wednesday, June 11, 2008

~* Petua Khusyuk Solat *~


Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah:-



Yang bermaksud, “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]

Firman-Nya lagi:-



"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : Ayat 238]

Dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah , berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.


Firman Allah lagi:-



Yang bermaksud, "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : Ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,


"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."

Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud,


"Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."

Hadis lain dari Rasulullah s.a.w.


"Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan".

Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:


  1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
  2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
  3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
  4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
  5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
  6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah, rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
  7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
  8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
  9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
  10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
  11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
  12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
  13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
  14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
  15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.


Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati".


Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:





"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : Ayat 45-46].

~* Syidatina Fatimah, Penghulu Wanita Syurga *~


Sayidatina Fatimah membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.

Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.

Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah saw. Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah , suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah saw yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Syidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.

Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.

Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah saw datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah saw. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah saw dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.

Lalu dipujuknya Sayidatina Fatimah sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.

Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang sepadan sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.

Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu,"


Rasulullah saw memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain keranah yang menyusahkan Sayidina Ali. Pun Rasulullah saw berkata begitu terhadapnya.

Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah saw semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah saw telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Sayidatina Fatimah yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi saw membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.

Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi saw, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.

Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.

~* Bertaubat Sesali Dosa *~


SETIAP manusia, melainkan nabi dan rasul mempunyai kesilapan dan tidak terhindar daripada melakukan dosa. Justeru, bagi menebus kesilapan itu, sekali gus meletakkan diri pada jalan yang diredai, Islam mengajar umatnya supaya segera memohon keampunan dan bertaubat.

Allah mengajarkan kita cara bertaubat, sebagaimana terangkum dalam al-Quran, bermaksud:


“Wahai Tuhan kami, kami menganiayai diri kami sendiri dan sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, pasti kami akan termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Al-A'raf: Ayat - 23)


Satu syarat bertaubat ialah menyesal atas perbuatannya yang salah. Tetapi orang tidak akan menyesal sekiranya dia sendiri tidak menyedari apa yang dilakukannya itu salah. Oleh itu, orang yang berasa dirinya banyak dosa jauh lebih baik jika dibandingkan dengan orang yang merasai dirinya sudah banyak pahala.


Ini kerana apabila merasakan diri banyak dosa, dia akan segera bertaubat, tidak henti-henti memohon keampunan, malah tekun mentaati Allah, manakala yang sudah merasakan banyak pahala selalunya berasa diri berada dalam keselamatan, lalu tidak mahu memohon keampunan.


Seseorang yang berdukacita dan menangis kerana menginsafi banyak keburukan pada diri sendiri lebih utama dibandingkan dengan orang yang bangga dengan amal ibadat dan kebaikan yang sudah dikerjakan.


A'a Gym, iaitu seorang pendakwah terkenal di Indonesia, dalam bukunya “Ingat Tuhan Sampai Mati” ada menyatakan:


“Rezeki terbesar daripada Allah adalah pada masa kita mulai berani jujur melihat kekurangan diri sendiri. Oleh itu, cemburulah apabila melihat orang yang berdosa kemudiannya insaf dan bertaubat, kerana itu lebih baik daripada ahli masjid, tetapi mulai megah dengan amalannya.”


Menurutnya, sering kali individu yang bertaubat tidak membawa sebarang perubahan, malah pada zahirnya bertaubat, namun maksiat tetap dilakukan.


“Kita mengerjakan solat, namun kita tidak dapat menahan diri daripada perbuatan keji dan mungkar. Masakan tidak, taubat yang kita lakukan tidak berada pada landasan yang benar dan kuat,” katanya.


Justeru, beliau menekankan, bagi melakukan taubat yang berkesan, sepatutnya diawalkan dengan dua landasan utama, iaitu menyedari Allah maha melihat baik yang zahir mahupun yang tersembunyi dan menyedari dosa membawa bencana.


Orang yang bertaubat mempunyai beberapa tingkatan, iaitu taubat orang awam, taubat orang khusus dan taubat orang khusus bil khusus.


  • Taubat orang awam - Hanya untuk dosa besar, tetapi individu terbabit masih tidak terlepas daripada dosa kecil. Dalam erti kata lain, dia hanya menyedari terhadap dosa besar, manakala dosa kecil dipandang ringan dan tidak berusaha meninggalkannya.
  • Taubat orang khusus - Orang ini turut bertaubat daripada dosa kecil.
  • Taubat orang khusus bil khusus - Individu ini bukan bertaubat kerana maksiat, tetapi kerana kelalaiannya daripada mengingati Allah. Misalnya dia bertaubat kerana gagal melaksanakan solat pada awal waktu. Dia juga bersedih kerana tidak melakukan yang terbaik kepada Allah.

“Hai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya bagi kami dan ampunlah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah At-Tahrrim: Ayat - 8)


Taubat diambil daripada perkataan Arab, yang bererti kembali ke jalan asal selepas jauh menyimpang. Bertaubat juga membawa maksud memperbaiki dan memperelokkan diri. Wajar sekali bagi orang Islam memperbaiki diri sendiri terlebih dulu, daripada memperbaiki diri orang lain.


Ciri taubat nasuha ialah menyesal dengan penuh kesungguhan atas kesilapan lalu, kemudian meminta keampunan daripada Allah dengan hati yang ikhlas dan berazam tidak akan mengulangi lagi kesilapan lalu, malah tidak juga berfikir ke arah maksiat.


Menurut Imam Ghazali dalam kitabnya 'Mukasyafatul Qulub', dinyatakan beberapa ciri yang menunjukkan taubat seseorang itu diterima, antaranya:


  • Orang itu kelihatan lebih bersih dan suci daripada perbuatan maksiat dan lebih berupaya menahan diri, seolah-olah dia mempunyai tenaga bagi menghalangi dirinya daripada perbuatan dosa.
  • Hatinya selalu lapang dan tenang, sama ada ketika bersendirian atau bersama yang lain.
  • Dia selalu bergaul dengan orang yang baik. Dia mencari rakan juga di kalangan yang baik-baik. Berada dalam lingkungan manusia yang baik ibarat kita berada dalam benteng yang terpelihara.
  • Kualiti amal ibadatnya meningkat. Selain dapat menahan diri daripada perbuatan dosa, kualiti ibadatnya semakin gemilang. Solatnya semakin baik, puasanya cemerlang, malamnya dihidupkan dengan solat tahajud, sedekahnya diperbanyakkan.
  • Dia sentiasa menjaga lidahnya. Dia begitu teliti mengikuti perkembangan amalannya. Dia semakin teliti mengendalikan lidahnya, fikiran dan ingatannya supaya dijuruskan kepada Allah semaksimum yang mungkin.

Monday, June 9, 2008

~* The strength of a Man *~


The strength of a man isn’t seen in the width of his shoulders.
It is seen in the width of his arms that encircle you.


The strength of a man isn’t in the deep tone of his voice.
It is in the gentle words he whispers.


The strength of a man isn’t how many buddies he has.
It is how good a buddy he is with others.


The strength of a man isn’t in how respected he is at work.
It is in how respected he is at home.


The strength of a man isn’t in the hair on his chest.
It is in his Heart that lies within his chest.


The strength of a man isn’t how many women he’s loved.
It is in can he be true to only one woman.


The strength of a man isn’t in the weight he can lift.
It is in the burdens he can understand and overcome.

~* Perihal Cinta *~


Kepada yang masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN...
Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI...
Sakit...luka...hancur...patah hati...bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan...

Sunday, June 8, 2008

~* Nancy Ajram - Ehsas Jdeed (A new feeling) *~

I jus watch de video at channel 111 dis morning...
Antara lagu dlm list favorite Abah...dah 2 tahun dengar lagu ni tp sekarang baru paham...really luv the meaning of the lyrics...

It's so true...luv has nothing to do with words...It's pure flow of a divine feeling in the heart that melts us from within and transforms us into somebody else...

This song proves that no matter wer u came from wat ever language u speak or u don’t speak...If u truly luv the person, ur luv will cross all the boundaries...

Friday, June 6, 2008

~* Hakikat Pernikahan *~


~ Renungan untuk si SUAMI ~

Pernikahan atau perkahwinan,
Membuka tabir rahsia..
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,

Justeru..
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah..

Pernikahan atau perkahwinan,
mengajar kita kewajiban bersama..

Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya..
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya..
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya..
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya..
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya..

Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah SWT,
Kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana..

Justeru..
Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah saw,
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah..

Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... Amin...


~ Renungan untuk si ISTERI ~

Pernikahan atau perkahwinan,
Membuka tabir rahsia..
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Ayyub,
Atau pun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf..

Justeru..
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama..

Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya..
Suami adalah nahkoda kapal, kamu pengemudinya..
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya..

Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya..
Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya..
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah SWT,
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana..

Justeru..
Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga,
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara..

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... Amin...


Wahai para suami dan isteri..

Jangan menuntut terlalu tinggi,
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya..

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah,
Andai diri tidak semulia Rasulullah..

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof,
Seandainya kasih tak setulus Zulaikha..

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis,
Andai diri tidak sehebat Sulaiman..

DAN

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah...

~* Why Do Muslims Fast In Ramadan? *~

What is Fasting (Sawm)? Sawm (Arabic: صوم) is an Arabic word for fasting regulated by Islamic jurisprudence. In the terminology of Islamic l...