Saturday, April 26, 2008

~* Zikrullah Amat Mudah & Berat Dibuat *~


.. Air mata termahal daripada dunia disebabkan cemas, takut atas keagungan-Nya ..

.. AIR mata yang menitis pada pagi hari raya mudah-mudahan menjadi tanda kesyukuran kepada Allah ..

Namun pada kebiasaannya, kita menangis kerana sedih teringat diri merantau jauh daripada keluarga atau ingat kepada orang dikasihi yang sudah kembali ke rahmatullah.


Tidak mengapa, itu adalah fitrah manusia. Bagaimanapun juga, air mata yang termahal nilainya daripada dunia dan segala isinya adalah air mata yang jatuh demi mengingati Allah sama ada kerana tunduk dan syukur kepada-Nya atau disebabkan cemas dan takut atas keagungan-Nya.


Selepas berjuang pada Ramadan dengan amal ibadat puasa, tarawih, tahajud, tilawatul Quran dan sedekah jariah, kiranya sudah sampailah kita kepada kedudukan iman yang tinggi berkat amalan itu.


Persoalannya, bolehkah iman itu tetap tinggi seiring berjalannya waktu? Bukankah Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidina Umar yang bermaksud:


"Amalan yang dicintai Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit."


Agaknya tiada alasan untuk kita meninggalkan ibadat yang biasa dilakukan ketika Ramadan kerana kesibukan pada hari mendatang. Bukankah sedikit itu lebih baik daripada tiada sama sekali?


Jika mahu mencari alasan, tentu ramai yang petah lidahnya mencari-cari alasan tidak dapat melakukan ibadat. Tetapi dalam Islam, ibadat itu sungguh mudah dan tak mungkin seseorang itu boleh mencari alasan mengapa dia tak mahu melakukannya?


Suatu hari Abdullah bin Bushr yang sudah tua datang kepada Baginda SAW mengadukan kesusahannya melakukan ibadat kerana lemah tubuh badannya. Dia berkata:


"Wahai Rasulullah, sesungguhnya syariat Islam amat banyak dan aku berasa sukar untuk melakukan semuanya. Maka tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang dapat aku amalkan secara berterusan."


Rasulullah SAW yang berhati lembut memandang dengan rasa kasihan kepada orang tua itu, Baginda tidak memarahinya atau mencelanya sebagai pemalas atau lemah iman. Bahkan Rasulullah SAW menghibur lelaki tua itu dengan sabdanya yang bermaksud:


"Basahilah lidahmu selalu dengan menyebut nama Allah." (Riwayat al-Nasaie)


Jika hati dan lisan sentiasa ingatkan Allah, tentu rasa cinta akan lahir seterusnya menjadi perangsang untuk melakukan ibadat lain. Dengan menyebut kebesaran Allah, kita tidak akan mampu melakukan kejahatan selama nama-Nya bersemayam di hati kita.


Sesungguhnya zikrullah menjadi kekuatan seorang hamba supaya tetap istiqamah di atas jalan ibadat. Walaupun di negara kita pada kebiasaannya sebulan kita berhari raya, ia tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.


Kita sedar kelemahan diri yang sentiasa terbelenggu oleh tipu helah kesenangan duniawi tetapi bukan bermakna kita menyerah kalah. Jika terlalai, maka cepat-cepatlah beringat, jika tersesat mulakan langkah baru.


Bukankah pintu syurga itu ada lapan pintu kesemuanya? Takkan sebuah pintu pun tidak dapat dibuka pada hari ini? Kita tidak akan mampu melakukan semua kebaikan sekali gus setiap hari. Hanya orang yang sedarjat dengan Abu Bakar al-Siddiq saja yang boleh melakukannya.


Sebagaimana sabda Baginda SAW yang maksudnya:


"Syurga mempunyai lapan pintu. Orang yang mendirikan sembahyang akan dipanggil daripada pintu sembahyang. Yang berpuasa akan dipanggil dari pintu puasa, yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad dan yang bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah." Abu Bakar bertanya: "Adakah wujud orang yang dipanggil daripada semua pintu itu?" Baginda SAW bersabda: "Ya, aku harap engkau termasuk golongan berkenaan." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Insan mana yang tidak pernah tenggelam dan karam oleh hawa nafsunya. Keinginan beribadah dan memuaskan hawa nafsu sentiasa berperang dalam diri manusia, hanya Allah yang mampu menyelamatkan kita daripada kesesatan.


Doa setiap hujung sembahyang yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Muaz bin Jabal eloklah diamalkan:


"Ya Allah tolonglah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan memperbaiki ibadatku."


Siapakah yang menggerakkan hati ini untuk bersegera ke masjid ketika azan dilaungkan? Siapakah yang membangunkan kita pada tengah malam dan menggembirakan hati kita bermunajat kepada-Nya? Siapakah yang menitiskan rasa kasih kepada al-Quran dan rindu memperhatikan ayat-Nya yang agung? Siapakah yang menghiris perasaan kita melihat kesusahan orang lain sehingga tangan ini menghulurkan pertolongan?


Siapakah yang menitiskan air mata kita pada hari raya kerana bersyukur dan berjaya membuktikan selama sebulan di medan perjuangan bahawa kita mencintai-Nya? Dialah Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia Yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar, memerhatikan setiap gerak geri dan lintasan di hati kita.


Sesungguhnya pintu syurga sentiasa terbuka untuk kita, bukan hanya pada Ramadan. Ia akan sentiasa terbuka untuk orang yang beribadah. Tidak mahukah kita mengikuti jejak Muaz bin Jabal yang sangat obses kepada syurga Allah?


Suatu hari beliau berkata kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan yang dapat mendekatkan aku kepada syurga dan menjauhkan aku daripada neraka." Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai Muaz, engkau sudah meminta sesuatu yang terlalu istimewa tetapi ia mudah dilakukan oleh orang yang diberi kemudahan oleh Allah. Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukannya, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan menunaikan haji ke Baitullah." Kemudian Rasulullah SAW menyambung sabdanya: "Mahukah engkau, aku tunjukkan pokok, batang dan ranting ibadat?" Aku menjawab: "Tentu wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Pokok ibadat adalah Islam, tiangnya sembahyang sedang rantingnya adalah jihad di jalan Allah."


Lalu Baginda SAW bersabda lagi: "Mahukah engkau, aku tunjukkan pintu kebaikan?" Jawab Muaz " Tentu wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Puasa, sedekah dan sembahyang malam. Puasa adalah perisai, sedekah adalah penghapus dosa sebagaimana air memadamkan api, (dan bagi sembahyang malam)." Baginda membaca ayat yang bermaksud: "Mereka merenggangkan lambung mereka daripada tempat tidur seraya berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut dan harap dan mereka mendermakan sebahagian yang Kami anugerahkan."


Akhir sekali Baginda SAW bersabda kepada Muaz: "Mahukah engkau aku tunjukkan satu amalan kepadamu yang dapat meliputi semua itu?" Jawab Muaz " Tentu wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Jagalah lidahmu kerana sesungguhnya tiadalah manusia dicampakkan ke dalam neraka melainkan kerana kejahatan lidah mereka." (Hadis sahih riwayat al-Tirmizi)


Hanya Allah saja yang mampu menolong dan menyelamatkan kita daripada kealpaan diri sendiri. Hanya Allah yang menunjukkan jalan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki. Adakah kita termasuk di dalamnya?

~* Solat, zikir & Al-Quran terapi tekanan perasaan *~

DUNIA pekerjaan memang memberi pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja. Tekanan kerja jika bijak dikawal akan meningkatkan produktiviti kerja dan motivasi, tetapi jika sebaliknya akan memberi impak negatif kepada diri sendiri.

Tekanan disebabkan pekerjaan adalah interaksi kompleks antara persekitaran tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan serta mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan serta tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal.


Tugas terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik, ketua suka marah dan suasana kerja tidak selesa adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan itu seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu jika tidak ditadbir atau tidak dikawal dengan metodologi tepat.


Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.


Kadang kala ada di kalangan kita yang mencari jalan singkat dan salah dalam mengatasi tekanan seperti ponteng kerja, melakukan masalah disiplin di tempat kerja, merokok atau perkara dilarang. Berlaku juga kes di mana individu yang tertekan di tempat kerja melepaskan tekanan di rumah dengan mendera anak atau ke tahap melampau sehingga mahu membunuh diri.


Sebagai seorang Muslim, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan syariat Islam. Islam menganjurkan mereka yang menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah.


Allah memberikan panduan terbaik dalam menangani tekanan melalui firman-Nya yang bermaksud:


“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali.” (Surah al-Baqarah, Ayat 155-156)


Seperti ketentuan Allah, setiap apa yang ada di dunia ini berpasangan, seperti mana siang dan malam atau lelaki dan perempuan, begitu jugalah kesenangan dan kesukaran atau rahmat dan dugaan.


Kita harus menerima hakikat kehidupan manusia akan selalu diuji oleh Allah. Kita perlu meletakkan keyakinan bahawa ujian seperti tekanan kerja sebegini adalah bertujuan untuk memantapkan keimanan, ketakwaan, kesyukuran dan rasa cinta kita kepada-Nya.


Banyak kaedah menghadapi tekanan kerja berlandaskan ajaran Islam yang cukup berkesan untuk diamalkan. Pertamanya, menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat. Banyak kajian pakar psikologi Barat sendiri yang memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang.


Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat adalah suatu tempoh masa ‘aman dan damai’ di mana seluruh tubuh dan minda seseorang tertumpu kepada sesuatu (kepada Allah).


Gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan. Solat turut membantu memberi kesan positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung dan gelombang otak.


Daripada konteks Islam, mendirikan solat fardu lima waktu, dilengkapkan dengan amalan solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah dalam sebarang kesukaran.


Allah berfirman yang bermaksud:


“Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, Ayat 153)


Keduanya, dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid dan bertasbih adalah amalan yang mampu menenangkan jiwa seperti jaminan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:


“(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.” (Surah ar-Ra’d, Ayat 28)


Ketiga, mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda.” (Hadis riwayat Bukhari)


Membaca al-Quran sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar bacaannya apatah lagi jika ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan kerana al-Quran dan hadis adalah sumber teragung merungkaikan segala permasalahan.


Keempatnya, meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jugalah tempat yang kekal selamanya. Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa saja yang berlaku di dunia ini baik yang positif ataupun negatif sekadar warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama dan akan mendapat balasan setimpal di akhirat kelak.


Tekanan yang dihadapi di tempat kerja akan menjadi sesuatu yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha mencari keredaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga.


Kelima, dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang sudah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah berfirman yang bermaksud:


“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah al-Ghaafir, Ayat 60)


Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan di tempat kerja, kita perlu sedar ia boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam.


- Oleh Khairunneezam Mohd Noor

Friday, April 25, 2008

~* Mendidik jiwa supaya sentiasa reda *~

"Mensyukuri nikmat dan sabar ketika ditimpa musibah pengukur darjat keimanan"

FIRMAN Allah yang bermaksud:


"Allah maha berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya." (Surah al-Mulk, Ayat 1-2)


Menyingkap maksud firman Allah itu, manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah. Bagi Allah segala-galanya adalah kebaikan untuk hambanya.


Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar." (Maksud al-Hadis)


Setiap detik kehidupan kita perlu meyakini bahawa kita berada dalam ujian Allah sehingga roh bercerai daripada badan.


Firman Allah yang bermaksud:


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya Allah maha mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta," (Surah al-Ankabut, Ayat 2-3)


Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai sesuatu perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan. Manusia juga dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau peristiwa yang dilihat.


Manusia yang lebih tinggi martabatnya ialah apabila dapat melihat melalui mata hati. Ini adalah penglihatan atau gambaran cahaya iman. Allah berfirman yang bermaksud:


"Maka ambillah pelajaran wahai orang yang memiliki mata hati." (Surah al-Haysr, Ayat 2)


Sering kali kita terdengar rungutan apabila hari hujan kerana hujan yang turun menyusahkan untuk ke pejabat atau ke mana saja sedangkan bagi tukang kebun atau petani, hujan adalah rahmat Allah yang akan menyuburkan pokok serta tanaman mereka.


Begitulah kepelbagaian ragam dan persepsi dalam kehidupan. Segala penentuan Allah diterima dengan persepsi berbeza antara satu sama lain. Perbezaan sudut pandang ini bergantung kepada beberapa perkara seperti ilmu, keimanan, amalan dan ketakwaan seseorang.


Orang beriman sentiasa reda dan menerima segala ketentuan dengan hati tenang kerana mereka berfikir secara positif, mencari hikmah di sebalik setiap peristiwa.


Setiap insan sentiasa mengharapkan kedamaian dan ketenangan hidup, bahkan manusia menginginkan kesenangan itu berpanjangan. Realiti kehidupan tidak selalu begitu kerana langit tidak selalunya cerah.


Panduan berikut boleh dijadikan pedoman untuk mendidik diri menerima sesuatu peristiwa baik atau buruk dengan penuh keredaan. Dengannya kita akan berasa tenang dalam menerima sesuatu dengan rela hati.


Bersyukur kepada Allah dan membilang nikmatnya


Kita beriman bahawa Allah tetap memberi nikmat di dunia kepada semua hamba-Nya. Apabila kita mendapat nikmatnya kita bersyukur dan mengiktiraf nikmat itu supaya tidak lupa jasa Allah.


Firman Allah yang bermaksud:


"Allah sudah menyempurnakan nikmat-Nya kepada kalian baik yang zahir mahupun yang batin." (Surah Luqman, Ayat 20)


Allah berfirman yang bermaksud:


"Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya." (Surah Ibrahim, Ayat 34)


Nabi Sulaiman yang dikurniakan kerajaan dan kekayaan berkata:


"Ini termasuk dalam kurnia Tuhanmu untuk menguji aku adakah aku bersyukur atau kufur nikmat." (Surah an-Namlu, Ayat 20)


Syukur bukan setakat mengucapkannya tetapi kita perlu zahirkan kelakuan orang yang bersyukur dalam bentuk perbuatan. Contohnya, apabila seseorang itu mendapat keuntungan daripada perniagaan diusahakannya, dia akan dibelanjakan ke jalan halal dengan ikhlas.


Musibah menghapuskan dosa


Kita menerima musibah dengan positif untuk menyedarkan kita supaya menilai kembali tingkah laku. Sebagai manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan dosa. Musibah dapat melenyapkan dosa yang dilakukan.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya." (Maksud al-Hadis)


Bersabar tanda kemenangan


Allah mendidik kita supaya menerima sesuatu dengan reda dan sabar kerana Allah bersama dengan orang yang sabar. Orang yang bersabar akan mendapat kemenangan di dunia dan syurga di akhirat.


Firman Allah yang bermaksud:


"Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat." (Surah al-Hadid, Ayat 23)


Berdoa dan memohon pertolongan hanya kepada Allah


Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, yakin dan kenalilah Allah ketika senang nescaya Allah akan mengenali kita ketika susah. Berdoa dengan khusyuk dan jadikan berdoa para nabi sebagai panduan.


Bayangkan bagaimana pasrah dan khusyuk nabi berdoa dalam keadaan genting. Kita juga tahu Allah memakbulkan doa mereka. Nabi Ibrahim berdoa memohon pertolongan Allah ketika dibakar dalam unggun api yang marak menyala, Nabi Muhammad ketika perang Badar dan Nabi Musa yang cemas ketika di kepung Firaun di Laut Merah dan saat kegelapan Nabi Yunus dalam perut ikan.


Membaca al-Quran


Al-Quran adalah kitab rujukan utama kepada setiap mukmin yang cemerlang. Kitab ini perlu dibaca dan fahami maksudnya setiap hari dengan tujuan melembutkan hati serta mendidik jiwa supaya istiqamah dalam amalan yang baik.


Allah sentiasa mengingatkan supaya mengambil pendekatan sederhana kerana keluh kesah akan menambah lagi musibah. Apabila menerima sesuatu musibah, kita zahirkan rasa syukur dengan membandingkan musibah lebih besar atau membandingkan musibah dihadapi orang lain.


Mengambil pelajaran dan melihat sesuatu hikmah dalam setiap perkara akan melahirkan insan yang celik perasaan serta mampu mengharungi hidup yang penuh pancaroba.


- Oleh Siti Aishah Mahamad (Penulis ialah Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Isap Kuantan Pahang dan Ketua Wanita JIM Pahang)

~* Berjuang Pertahan Agama *~


DARIPADA Abi Rafie maula Rasulullah s.a.w katanya: Abdullah bin Masud menceritakan kepadanya bahawa Nabi s.a.w ada bersabda,


"Tiada diutuskan seorang Nabi sebelumku melainkan ada penyokong-penyokong dari umatnya dan ada sahabat-sahabat yang menerima ajaran dan melaksanakan perintahnya. Kemudian mereka diganti oleh generasi baru yang bercakap perkara yang tidak mereka lakukan dan bertindak tanpa arahan. Siapa yang memerangi mereka dengan tangannya, dia adalah mukmin. Siapa yang menentang mereka dengan lidahnya, dia seorang mukmin. Siapa yang menentang mereka dengan hatinya, dia juga mukmin dan tidak ada selepas itu iman sedikit pun."

PENGERTIAN


Dalam hadis ini, Nabi kita s.a.w memerintah umatnya supaya sentiasa berpegang teguh dengan ajaran petunjuknya dan selalu mengawasi terhadap orang yang bercakap bohong dan tidak melaksanakan kata-katanya. Baginda memerintah supaya mereka ditentang mengikut kesanggupan masing-masing.


KESIMPULAN


Tanggungjawab orang mukmin itu ialah mempertahankan ajaran agamanya di samping itu mestilah menentang golongan yang bermuka-muka dan selalu memperalatkan agama.

~* The Beauty of a Woman *~


.. The beauty of a woman is not in the clothes she wears, The figure that she carries, or the way she combs her hair ..

.. The beauty of a woman must be seen from in her eyes, Because that is the doorway to her heart, the place where love resides ..

.. The beauty of a woman is not in a facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul ..

.. It is the caring that she lovingly gives, the passion that she shows, And the beauty of a woman with passing years -- only grows! ..

~* Talking About Love *~

We have to listen for love in those around us. If we listen intently we will discover that we are a lot more loved than we realize. Listen for love and we will find that the world is a very loving place after all.


LOVE is a happy thing

It makes us laugh

It makes us sing

It makes us sad

It makes us cry

It makes us seek the reason why

It makes us take

It makes us give

Above all else it makes us LIVE

It is not the presence or absence of people that makes the difference because a person need not be lonely even if he is alone. Sometimes it is good to be alone. But that does not make us lonely. It is not a matter of being present with someone. It is a matter of being present to someone.


So remember...If you love someone, tell them. Remember always to say what you mean. Never be afraid to express yourself. Take this opportunity to tell someone what they mean to you. Seize the day and have no regrets.


Most importantly, stay close to your friends and family, for they have helped make you the person that you are today and are what it's all about anyway.


The difference between expressing love and having regrets is that regrets will stay around with us. Love is meant to be sent away. But when the love we sent out is received and especially when it is reciprocated, our lives and feelings will be full.

Thursday, April 24, 2008

~* Nilai kasih sayang *~


DARIPADA Anas r.a, bahawa seseorang ada bertanya kepada Rasulullah s.a.w,


“Bilakah akan berlaku kiamat wahai Rasulullah?” Sabda Baginda: “Apa yang kamu sediakan untuk menghadapinya? Jawabnya: “Aku tidak sediakan untuknya sembahyang, puasa, dan sedekah yang banyak tetapi aku cintakan Allah dan Rasul-Nya.” Sabdanya: “Kamu akan berada (dihimpun) bersama-samaku orang yang kamu kasihi.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

PENGERTIAN


Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w bila ditanya mengenai kiamat, Baginda mengalih tumpuan kepada perkara yang lebih utama iaitu persediaan untuk menghadapinya. Bila dikemukakan persoalan itu kepada lelaki tersebut jawabnya, “Aku tidak sediakan banyak sembahyang, puasa atau sedekah dan derma. Tetapi yang pasti aku cintakan Allah dan Rasul-Nya,’’ lalu Baginda bersabda: “Kamu akan dibangkitkan di akhirat nanti dan akan dihimpunkan bersama orang yang kamu kasihi itu. Kalau kamu benar-benar cintakan aku, kamu akan dihimpunkan bersama-samaku di syurga nanti.


KESIMPULAN


Orang yang benar-benar kasihkan Allah dan Rasul-Nya dan mencintai ajaran agamanya pasti akan berjaya dan dikasihi Allah dan Rasul-Nya kerana dia akan mengikut jejak langkah baginda sebagai contoh dalam kehidupannya.

~* Jagalah dua perkara antara dua *~


DARIPADA Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,


"Siapa yang dipelihara oleh Allah kejahatan antara dua dagunya dan kejahatan antara dua kakinya pasti dia akan memasuki syurga."

PENGERTIAN


Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. menghimpunkan punca kejahatan seseorang manusia iaitu apa yang di antara dua dagunya iaitu lidah dan apa yang di antara dua kakinya iaitu faraj dan kemaluannya. Siapa yang dapat mengawal akan tempat itu pastilah dia akan berjaya dan dapat mengawal tempat-tempat kejahatan yang lain. Kerana kebiasaan dua tempat itulah, iaitu lidah dan kemaluan yang menyebabkan ramai orang terperangkap di antara kedua-duanya. Lidahnya tidak terkawal dan kehormatannya juga tidak dipelihara, maka sudah tentulah ia akan mengalami kesengsaraan berterusan.


KESIMPULAN


Dua tempat inilah punca yang menyebabkan manusia terjerumus ke lembah kebinasaan iaitu lidah dan faraj. Sesiapa yang dapat mengawal dua perkara tersebut pasti akan selamat dan beroleh kejayaan.

Monday, April 21, 2008

~* Nabi Muhammad utusan Allah swt *~


KATAKANLAH (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahikan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaan-Nya) serta pohonlah kepada-Nya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu). Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu yang lain).”

(Surah Fussilat: Ayat 6).

HURAIAN


Nabi Muhammad merupakan rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini bertujuan menyebarkan ajaran Islam dengan menyeru mereka mengesakan Allah, tiada tuhan yang layak disembah melainkan-Nya. Manusia diseru supaya mematuhi segala suruhan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang oleh-Nya.


Sebagaimana nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutuskan sebelum ini, baginda juga adalah dalam kalangan manusia. Walaupun baginda seorang yang ummi (tidak tahu membaca) tetapi baginda dapat mempelajari dan mendalami al-Quran dengan sebaiknya dengan dibantu oleh malaikat Jibril a.s.


Baginda juga terkenal dengan akhlak terpuji dan budi pekerti yang tinggi sehingga menjadi idola dan contoh tauladan kepada manusia sejagat di sepanjang zaman.


Setelah melalui pelbagai rintangan ketika mengembangkan agama Allah, baginda dapat melembutkan hati-hati yang keras agar memeluk Islam dengan menggesa mereka agar bertaubat terhadap kesalahan dan dosa yang lampau. Mereka juga diberi peringatan bahawa sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain akan mendapat balasan azab di akhirat kelak. Akhirnya, jadilah mereka orang yang sanggup berkorban dan mempertahankan Islam hingga ke titisan darah yang terakhir.


KESIMPULAN


Kejayaan Rasulullah s.a.w. menyebarkan agama Allah sungguh mengkagumkan. Sehingga kini kita masih mampu merasai kemanisan iman yang dibawa oleh baginda. Sebagai generasi Islam masa kini, kita hendaklah meneruskan dakwah Islamiah bagi memperjuang dan menyambung usaha baginda dalam menegak dan mengembangkan syiar Islam di serata dunia.


* Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Sunday, April 20, 2008

~* Doa Pengasih dari Al-Quran *~

  • Surah Ali Imran: Ayat 31
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُور ٌ رَحِيم

Bacaan Rumi:


Qul 'In Kuntum Tuĥibbūna Allāha Fa Attabi`ūnī Yuĥbibkumu Allāhu Wa Yaghfir Lakum Dhunūbakum Wa Allāhu Ghafūrun Raĥīmun.

Ertinya:


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


**************************************************
  • Surah Yusuf : Ayat 4
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيه ِِ يَاأَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبا ً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

Bacaan Rumi:


'Idh Qāla Yūsufu Li'abīhi Yā 'Abati 'Innī Ra'aytu 'Aĥada `Ashara Kawkabāan Wa Ash-Shamsa Wa Al-Qamara Ra'aytuhum Lī Sājidīn.

Ertinya:


(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".


**************************************************
  • Surah Thaha: Ayat 39
وَعَدُوّ ٌ لَه ُُ وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّة ً مِنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِ

Bacaan Rumi:


Wa`adūwun Lahu Wa 'Alqaytu `Alayka Maĥabbatan Minnī Wa Lituşna`a `Alá `Ayni

Ertinya:


"Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu."


**************************************************
  • Surah At-Talaq : Ayat 2-3 (Ayat seribu Dinar)
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَه ُُ مَخْرَجا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ~ُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِه ِِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْء ٍ قَدْرا

Bacaan Rumi:


Wa Man Yattaqi Allāha Yaj`al Lahu Makhrajā , Wa Yarzuqhu Min Ĥaythu Lā Yaĥtasibu Wa Man Yatawakkal `Alá Allāhi Fahuwa Ĥasbuhu 'Inna Allāha Bālighu 'Amrihi Qad Ja`ala Allāhu Likulli Shay'in Qadrā.

Ertinya:


"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Saturday, April 19, 2008

~* Blessings and Salutations on You.... *~

Blessings and Salutations on You,
O Messenger of ALLAH...
Blessings and Salutations on You,
O Prophet of ALLAH...
Blessings and Salutations on You,
O Sincere Friend of ALLAH...


Blessings and Salutations on You,
O Intimate Friend of ALLAH...
Blessings and Salutations on You,
O Beloved of ALLAH...
Blessings and Salutations on You,
O whom ALLAHhas honored...


Blessings and Salutations on You,
O whom ALLAH has made noble...
Blessings and Salutations on You,
O to whom ALLAH has imparted knowledge...
Blessings and Salutations on You,
O whom ALLAH has exalted...


Blessings and Salutations on You,
O whom ALLAH has well-endowed ...
Blessings and Salutations on You,
O Master of Messengers...
Blessings and Salutations on You,
O last in the line of the Prophets...


Blessings and Salutations on You,
O Leader of those who are pious...
Blessings and Salutations on You,
O Intercessor for sinners...
Blessings and Salutations on You,
O Mercy for all domains of existence...


Blessings and Salutations on You,
O best of the Creations of ALLAH...
Blessings and Salutations on You,
O light of the Throne of ALLAH...


May Blessings of ALLAH, and HIS Angels, HIS
Prophets and HIS Messengers, and the bearers of HIS Throne, and all whom HE Created,
rest on our Master Muhammad, on His Family
and all His Companions till the Day of Judgement.

Friday, April 18, 2008

~* Divine L♥ve *~


... The person who receives the gift that come from
Divine Love and the love that ALLAH Ta`ala
has for HIS servants can NOT really encompass
the love that ALLAH has for him
and the gifts that are showered upon him due to this love ...


... If ALLAH loves a servant,
HE even loves things that come from this servant. For the sake of that love,
ALLAH gives to others ...

~* Rintihan Hamba *~

Ya Allah!!
Berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujianMu.
Berilah aku petunjuk dan hidayah agar aku tidak sesat.
Terangilah jalanku dengan cahayaMu.


Ya Allah!!
Jadikanlah aku orang-orang yang kuat dan sabar dalam melayani kehendakMu.
Jadikanlah aku orang-orang yang redha atas sesuatu perkara yang menimpa.
Jadikanlah aku setabah para utusanMu ketika mereka sedang berjihad,
hingga akhirnya mereka menang memerangi musuhMu.


Ya Allah!!
Berikanlah berita gembira buatku,
dan buat mereka yang sentiasa sabar dengan ujian yang menimpa.
Bukakan mata hati dan mata batinku agar bisa memahami hikmah yang Engkau turunkan.


Ya Allah!!
Jadikanlah aku hambaMu,
yang bersyukur atas nikmat dan rahmat yang Engkau kurniakan.
Hindarilah aku daripada menjadi orang-orang yang lalai dan
hindari juga aku dari menjadi orang-orang yang fasik.


Ya Allah!!
Janganlah Engkau putuskan nikmat yang Engkau berikan padaku.
Pimpinlah aku agar terus berada di landasanMu yang benar ini.
Pimpinlah aku menjadi wanita soleha dan baik budi serta akhlaknya.


Ya Allah!!
Ampuni segala dosa yang telah aku lakukan.
Berikanlah aku kejayaan di Dunia dan di Akhirat...


ALLAHumma amiin...

~* Pesanan Luqmanul Hakim Kepada Anaknya *~

  1. Hai anakku!! ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah.
  2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah juga.
  3. Hai anakku!! orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.
  4. Hai anakku!! seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
  5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
  6. Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.
  7. Hai anakku!! seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
  8. Hai anakku!! engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
  9. Hai anakku!! janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
  10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
  11. Hai anakku!! bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
  12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
  13. Hai anakku!! janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
  14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
  15. Hai anakku!! bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
  16. Hai anakku!! bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
  17. Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
  18. Hai anakku!! bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
  19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
  20. Hai anakku!! janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
  21. Hai anakku!! usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
  22. Hai anakku!! janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
  23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
  24. Hai anakku!! bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
  25. Hai anakku!! ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Thursday, April 17, 2008

~* Dua's From Qur'an *~

  • Surah Al-Baqarah : Ayat 127
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā Taqabbal Minnā 'Innaka 'Anta As-Samī`u Al-`Alīm.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami) : Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."


**************************************************
  • Surah Al-Baqarah : Ayat 128
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّة ً مُسْلِمَة ً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā Wa Aj`alnā Muslimayni Laka Wa Min Dhurrīyatinā 'Ummatan Muslimatan Laka Wa 'Arinā Manāsikanā Wa Tub `Alaynā 'Innaka 'Anta At-Tawwābu Ar-Raĥīm.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMU, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMU, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."


**************************************************
  • Surah Al-Baqarah : Ayat 201
َرَبَّنَاآتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā 'Ātinā Fī Ad-Dunyā Ĥasanatan Wa Fī Al-'Ākhirati Ĥasanatan Wa Qinā `Adhāba An-Nār.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."


**************************************************
  • Surah Al-Baqarah : Ayat 250
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرا ً وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā 'Afrigh `Alaynā Şabrāan Wa Thabbit 'Aqdāmanā Wa Anşurnā `Alá Al-Qawmi Al-Kāfirīn.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran keatas kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir."


**************************************************
  • Surah Al-Baqarah : Ayat 286
رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرا ً كَمَا حَمَلْتَه ُُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِه ِِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā Lā Tu'uākhidhnā 'In Nasīnā 'Aw 'Akhţa'nā Rabbanā Wa Lā Taĥmil `Alaynā 'Işrāan Kamā Ĥamaltahu `Alá Al-Ladhīna Min Qablinā Rabbanā Wa Lā Tuĥammilnā Mā Lā Ţāqata Lanā Bihi Wa A`fu `Annā Wa Aghfir Lanā Wa Arĥamnā 'Anta Mawlānā Fānşurnā `Alá Al-Qawmi Al-Kāfirīn.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."


**************************************************
  • Surah Aali-`Imran : Ayat 8
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَة ً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā Lā Tuzigh Qulūbanā Ba`da 'Idh Hadaytanā Wa Hab Lanā Min Ladunka Raĥmatan 'Innaka 'Anta Al-Wahhāb.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMU; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNYA."


**************************************************
  • Surah Aali-`Imran : Ayat 9
رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْم ٍ لاَ رَيْبَ فِيهِ~ِ إِنَّ اللَّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā 'Innaka Jāmi`u An-Nāsi Liyawmin Lā Rayba Fīhi 'Inna Allāha Lā Yukhlifu Al-Mī`ād.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Sesungguhnya ALLAH tidak memungkiri janjiNYA."


**************************************************
  • Surah Aali-`Imran : Ayat 16
رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā 'Innanā 'Āmannā Fāghfir Lanā Dhunūbanā Wa Qinā `Adhāba An-Nār.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka."


**************************************************
  • Surah Aali-`Imran : Ayat 53
رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā 'Āmannā Bimā 'Anzalta Wa Attaba`nā Ar-Rasūla Fāktubnā Ma`a Ash-Shāhidīn.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMU; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMU dan kebenaran RasulMU)."


**************************************************
  • Surah Aali-`Imran : Ayat 147
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā Aghfir Lanā Dhunūbanā Wa 'Isrāfanā Fī 'Amrinā Wa Thabbit 'Aqdāmanā Wa Anşurnā `Alá Al-Qawmi Al-Kāfirīn.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir."


**************************************************
  • Surah Aali-`Imran : Ayat 191
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا ً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā Mā Khalaqta Hādhā Bāţilāan Subĥānaka Faqinā `Adhāba An-Nār.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."


**************************************************
  • Surah Aali-`Imran : Ayat 193
رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأَبْرَارِ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā Fāghfir Lanā Dhunūbanā Wa Kaffir `Annā Sayyi'ātinā Wa Tawaffanā Ma`a Al-'Abrār.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti."


**************************************************
  • Surah Aali-`Imran : Ayat 194
رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā Wa 'Ātinā Mā Wa`adtanā `Alá Rusulika Wa Lā Tukhzinā Yawma Al-Qiyāmati 'Innaka Lā Tukhlifu Al-Mī`ād.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-RasulMU, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."


**************************************************
  • Surah Al-Maa`idah : Ayat 83
رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā 'Āmannā Fāktubnā Ma`a Ash-Shāhidīn.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan keNabian Muhammad SallALLAHu`alaihiwasalam)."


**************************************************
  • Surah Al-Maa`idah : Ayat 114
رَبَّنَا أَنزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَة ً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدا ً لِأوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَة ً مِنْكَ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيرُ الرَّازِقِينَ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā 'Anzil `Alaynā Mā'idatan Mina As-Samā'i Takūnu Lanā `Īdāan Li'wwalinā Wa 'Ākhirinā Wa 'Āyatan Minka Wa Arzuqnā Wa 'Anta Khayru Ar-Rāziqīn.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMU); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki."


**************************************************
  • Surah Al-A`raaf : Ayat 23
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā Žalamnā 'Anfusanā Wa 'In Lam Taghfir Lanā Wa Tarĥamnā Lanakūnanna Mina Al-Khāsirīn.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi"


**************************************************
  • Surah Al-A`raaf : Ayat 47
رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā Lā Taj`alnā Ma`a Al-Qawmi Až-Žālimīn.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim."


**************************************************
  • Surah Al-A`raaf : Ayat 89
رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā Aftaĥ Baynanā Wa Bayna Qawminā Bil-Ĥaqqi Wa 'Anta Khayru Al-Fātiĥīn.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim."


**************************************************
  • Surah Al-A`raaf : Ayat 126
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرا ً وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā 'Afrigh `Alaynā Şabrāan Wa Tawaffanā Muslimīn.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepadaMU)."


**************************************************
  • Surah Yunus : Ayat 85-86
رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَة ً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ , وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā Lā Taj`alnā Fitnatan Lilqawmi Až-Žālimīn, Wa Najjinā Biraĥmatika Mina Al-Qawmi Al-Kāfirīn.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmatMU dari angkara kaum yang kafir."


**************************************************
  • Surah Hud : Ayat 47
رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِه ِِ عِلْم ٌ وَإِلاَّ تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Dalam sebutan rumi:


Rabbi 'Innī 'A`ūdhu Bika 'An 'As'alaka Mā Laysa Lī Bihi `Ilmun Wa 'Illā Taghfir Lī Wa Tarĥamnī 'Akun Mina Al-Khāsirīn.

Ertinya:


"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari memohon kepadaMu sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat) nya. dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang2 yang merugi."


**************************************************
  • Surah Ibrahim : Ayat 38
رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ وَمَا يَخْفَى عَلَى اللَّهِ مِنْ شَيْء ٍ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā 'Innaka Ta`lamu Mā Nukhfī Wa Mā Nu`linu Wa Mā Yakhfá `Alá Allāhi Min Shay'in Fī Al-'Arđi Wa Lā Fī As-Samā'.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi ALLAH, baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit."


**************************************************
  • Surah Ibrahim : Ayat 40
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Dalam sebutan rumi:


Rabbi Aj`alnī Muqīma Aş-Şalāati Wa Min Dhurrīyatī Rabbanā Wa Taqabbal Du`ā'.

Ertinya:


"Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."


**************************************************
  • Surah Ibrahim : Ayat 41
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā Aghfir Lī Wa Liwālidayya Wa Lilmu'uminīna Yawma Yaqūmu Al-Ĥisāb.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan."


**************************************************
  • Surah Al-Kahfi : Ayat 10
رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَة ً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā 'Ātinā Min Ladunka Raĥmatan Wa Hayyi' Lanā Min 'Amrinā Rashadāan.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisiMU, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami."


**************************************************
  • Surah Thaha : Ayat 25–28
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي , وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي , وَاحْلُلْ عُقْدَة ً مِنْ لِسَانِي , يَفْقَهُوا قَوْلِي

Dalam sebutan rumi:


Qāla Rabbi Ashraĥ Lī Şadrī, Wa Yassir Lī 'Amrī, Wa Aĥlul `Uqdatan Min Lisānī, Yafqahū Qawlī.

Ertinya:


"Wahai Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku."


**************************************************
  • Surah Thaha : Ayat 45
رَبَّنَا إِنَّنَا نَخَافُ أَنْ يَفْرُطَ عَلَيْنَا أَوْ أَنْ يَطْغَى

Dalam sebutan rumi:


Rabbanā 'Innanā Nakhāfu 'An Yafruţa `Alaynā 'Aw 'An Yaţghá.

Ertinya:


"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami takut bahawa ia akan segera menyeksa kami, atau ia akan melampau batas."


**************************************************
  • Surah Thaha : Ayat 114
رَبِّ زِدْنِي عِلْما

Dalam sebutan rumi:


Rabbi Zidnī `Ilmāan.

Ertinya:


"Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku `ilmu pengetahuan."


**************************************************
  • Surah Al-Mu`minuun : Ayat 29

رَبِّ أَنزِلْنِي مُنْزَلا ً مُبَارَكا ً وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنزِلِينَ

Dalam sebutan rumi:


Rabbi 'Anzilnī Munzalāan Mubārakāan Wa 'Anta Khayru Al-Munzilīn.

Ertinya:


"Wahai Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik-baik Yang memberi tempat."


**************************************************
  • Surah Al-Mu`minuun : Ayat 97-98

رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ , وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ

Dalam sebutan rumi:


Rabbi 'A`ūdhu Bika Min Hamazāti Ash-Shayāţīn, Wa 'A`ūdhu Bika Rabbi 'An Yaĥđurūn.

Ertinya:


"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMU dari bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepadaMU ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku."

~* Selawat Nariyah/Tafrijiyah/Kamilah *~

Maha Suci ALLAH Yang Maha Agung
dan segala Puji-Pujian untukNYA,
sebanyak bilangan makhlukNYA,
sebanyak bilangan keredhaanNYA,
sebanyak timbangan `ArsyNYA
dan sebanyak bilangan kalimatNYA.

Maha Suci ALLAH sebanyak bilangan ciptaanNYA di langit,
Maha Suci ALLAH sebanyak bilangan ciptaanNYA di bumi,
Maha Suci ALLAH sebanyak bilangan
ciptaanNYA di antara kedua nya
dan Maha Suci ALLAH sebanyak bilangan ciptaanNYA.

Ya ALLAH, limpahkanlah selawat yang sempurna
dan salam yang sempurna ke atas Junjungan kami
Nabi Muhammad (ShalALLAHu`alaihiwasalam)
yang dengan keberkahan nya itu
semoga terlepaslah segala simpulan ikatan
dan lenyaplah segala kesusahan,
tertunailah segala hajat dan tercapailah segala keinginan,
kesudahan umur dengan khusnul khatimah
dan turunlah air hujan rahmat dengan berkat keagungan
dan kemuliaan Nabi Muhammad (ShalALLAHu`alaihiwasalam).
Dan limpahkanlah juga rahmat dan salam ke atas keluarga
dan para sahabat nya dalam setiap kerlipan mata
dan hembusan nafas sebanyak bilangan pengetahuan
yang Engkau miliki...

ALLAHumma amiin..

~* Rasulullah rahmat semesta alam *~


NABI MUHAMMAD SAW adalah nabi dan rasul terakhir. Tiada lagi nabi dan rasul selepas baginda. Ini bersesuaian dengan maksud ayat 40, surah al-Ahzab:


"Bukanlah Muhammad itu bapa daripada seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia Rasul Allah dan penutup nabi-nabi. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."


Baginda dilahirkan pada Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah, kira-kira 570 Masihi. Baginda lahir daripada keturunan mulia lagi berkedudukan dalam masyarakat Arab dan diperakui sebagai insan terbaik di kalangan anak Adam.


Hadis riwayat Ahmad ada menerangkan, maksudnya:


"Sesungguhnya Allah menjadikan makhluk, maka Allah menjadikan aku sebaik-baik makhluk-Nya, Dia menjadikan beberapa kabilah, maka menjadikan aku dalam sebaik-baik kabilah..."


Baginda datang daripada keturunan Nabi Ismail, manakala nabi lain daripada keturunan Nabi Yaakub.


"Sesungguhnya Allah memilih Ismail daripada anak Ibrahim, memilih Bani Kinanah daripada Bani Ismail, memilih bangsa Quraisy daripada Bani Kinanah, memilih Bani Hasyim daripada bangsa Quraisy dan memilih aku daripada Bani Hasyim." (Hadis riwayat Muslim)


Menurut Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w dilahirkan pada Isnin, baginda dilantik menjadi nabi pada Isnin, baginda berhijrah dari Makkah ke Madinah juga pada Isnin dan baginda wafat juga pada Isnin.


Baginda mempunyai beberapa nama, selain Muhammad, antaranya Ahmad, Al-Aqibah (kesudahan; kerana tiada nabi selepasnya), Al-Hasyir (menghimpun; kerana manusia dihimpunkan atas agama yang dibawanya) dan Khatamun Nabiyyin (penamat semua nabi).


Ayahnya Abdullah, seorang saudagar meninggal dunia dalam perjalanan dari Syria ke Makkah ketika baginda dalam kandungan ibunya berusia enam bulan.


Baginda menjadi yatim sejak dalam perut ibunya, manakala menjadi yatim piatu dalam usia enam tahun apabila ibunya meninggal dunia di Abwa, sebuah desa di antara Makkah dan Madinah.


Kemudian baginda tinggal bersama datuknya, Abdul Mutalib. Datuknya pula meninggal, lalu baginda dipelihara bapa saudaranya, Abu Talib.


Pada usia 12 tahun, baginda mengikuti bapa saudaranya Abu Talib membawa barang perniagaan ke Syam. Tetapi sebelum sampai ke tempat itu, iaitu di Bushra, kabilah yang disertai baginda ini bertemu dengan seorang pendeta Nasrani, bernama Buhaira.


Pendeta itu mendapati ada tanda kenabian pada diri baginda, lalu dia menasihatkan Abu Talib supaya segera membawa anak saudaranya itu (Muhammad) pulang semula ke Makkah, kerana dikhuatiri terserempak dengan orang Yahudi lalu dianiayai mereka.


Dari zaman kanak-kanak, sehingga meniti usia remaja dan dewasa, peribadinya sangat terpuji, diakui masyarakat, malah diberikan kepercayaan yang tinggi kerana bijak dan dapat mententeramkan kekecohan sehingga memuaskan hati semua pihak yang bertikai.


Tetapi selepas kerasulannya, baginda tidak lagi dipandang tinggi oleh sebilangan besar masyarakat Quraisy, malah ada yang mengejek dan melemparkan pelbagai tohmahan. Baginda dibenci hampir keseluruhan masyarakat Quraisy.


Semua pujian mengenai kebaikan dan kebijaksanaan baginda lenyap begitu saja hanya kerana status kerasulan dari Allah itu.


Oleh kerana tidak suka kepada kerasulan itu, orang Quraisy khususnya kalangan bangsawan mahu memperdayakan baginda dengan menabur pelbagai janji manis, termasuk wanita cantik dan harta setinggi gunung.


Nabi Muhammad menolak semua itu dan baginda tidak sedikit pun menyesal dengan keputusan yang dilakukannya. Baginya amanah Allah melalui kerasulannya amat penting dan paling utama untuk dipegang dan disampaikan kepada manusia.


Ternyata orang Quraisy tidak menyerah kalah semudah disangkakan, malah kali ini tampil dengan wajah bengis, mahu mengancam nyawa baginda. Mereka berusaha sedaya-upaya untuk membunuh Muhammad, menghalang segala usaha Muhammad.


Apabila dirasakan keadaan semakin genting di kota Makkah, Nabi Muhammad s.a.w memutuskan berhijrah ke Madinah. Pada saat akhir ke Madinah juga baginda masih diburu orang Quraisy, tetapi baginda terselamat dan berjaya tiba di sana.


Di Madinah benih dakwah Islam subur, hingga memberikan kekuatan kepada Rasulullah s.a.w untuk menakluki kota Makkah daripada pemuka kafir Quraisy dengan dibantu kalangan sahabat yang menyaksikan kegemilangan misi dakwahnya.


Apabila menundukkan kafir Quraisy, saat itulah Islam dapat dikembangkan di kota Makkah dengan mudah, malah makin ramai tertarik dengan kebenaran dakwah Muhammad s.a.w, berbondong-bondong memperakui keesaan Allah dan kebenaran Muhammad s.a.w sebagai rasul-Nya.


Pengutusan Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul terakhir kepada manusia yang melangkaui sempadan negara dan bangsa adalah rahmat yang membolehkan manusia seisi dunia mengenali jalan kebenaran dan kejayaan.


Dengan usaha baginda jugalah manusia dapat membezakan antara yang baik dan buruk, dosa dan pahala, Tuhan dan hamba, dunia dan akhirat, manusia dan haiwan, malaikat dan iblis, keamanan dan kekacauan serta kebenaran dan kepalsuan.


Firman Allah bermaksud:


"Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) kecuali menjadi rahmat bagi semesta alam." (Surah al-Anbiya: Ayat 107)

~* Perkara dilarang ketika solat *~


  • Menempelkan kaki yang satu dengan yang lain ketika berdiri.
  • Berdiri di atas satu kaki.
  • Duduk di antara dua sujud dengan berjongkok (kedua-dua lutut terangkat dan telapak tangan di atas lantai).
  • Memasukkan kedua-dua tangan dalam baju ketika berdiri, rukuk dan sujud kerana menyamai perbuatan orang Yahudi.
  • Mengangkat pakaian ketika sujud manakala lelaki dilarang menyelak rambut ketika waktu solat.
  • Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan daripada dada.
  • Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul-ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Perkara ini tidak baik jika seseorang itu menjadi imam. Dia sepatutnya berdiam diri sejenak sebelum membaca al-Fatihah dan sebelum rukuk.
  • Bagi makmum, jangan menyambung takbiratul-ihram sendiri dengan takbiratul-ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam. Dia patut mendiamkan diri sejenak sebelum takbiratul-ihram mengikuti imam.
  • Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua. Ia perlu dipisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.
  • Solat dalam keadaan mahu membuang air besar atau kecil atau mengenakan sepatu yang sempit. Perkara ini boleh menghalang seseorang khusyuk dalam solat.

Monday, April 14, 2008

~* Only ALLAH *~


... The most wonderfull heart, is the heart that fear ALLAH ...

... The most beautiful words are The Words of ALLAH ...

... The Purest love is The Love for ALLAH ...

~* Why Do Muslims Fast In Ramadan? *~

What is Fasting (Sawm)? Sawm (Arabic: صوم) is an Arabic word for fasting regulated by Islamic jurisprudence. In the terminology of Islamic l...