Thursday, July 26, 2007

Sambungan : ~* Solat Taubat *~


Pengenalan


Sembahyang Taubat ialah sejenis sembahyang sunat bertujuan memohon ampun daripada Allah serta bertaubat atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Hukum Dan Dalil Melakukan Sembahyang Taubat adalah sunat.


Antara dalilnya yang jelas ialah riwayat Ali bin Abu Talib r.a. berkata, Abu Bakar r.a. mendengar Rasulullah s.a.w.bersabda:


ما من عبد يذنب ذنبا فيتوضأ فيحسن الوضؤ و يصلي رآعتين و يستغفر الله إلا غفر الله له
ثم تلا..أية:135 سورة آل عمران.

Maksudnya: "Tiada seorang hamba yang berdosa dengan suatu dosa, kemudian ia berwuduk dengan sebaik-baik wuduk. Lalu ia sembahyang sunat dua rakaat dan setelah itu ia beristighfar memohon keampunan Allah, melainkan diampunkan Allah baginya".


Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat: 135 Surah Aal-Imran bermaksud:


"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiayai diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang telah mereka lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui ( akan salahnya dan akibatnya )".(Riwayat empat Ahli Hadis dan Ibnu Hibban, serta dishahihkan oleh Albany dalam Shahih Al-Jamik)


Cara Sembahyang


  • Takbiratul-ihram berserta niat sembahyang sunat taubat dua rakaat. Lafaz niatnya:
أصلي سنة التوبة رآعتين لله تعالى

Ertinya: "Aku sembahyang sunat taubat dua raka'at kerana Allah Ta'ala".


  • Raka'at pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun.
  • Raka'at kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
  • Setelah salam, perbanyakan beristighfar memohon keampunan Allah,umpamanya:
أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم و أتوب إليه

Ertinya: "Aku memohon keampunan Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Dia, Yang Sedia Ada dan kepada-Nya aku bertaubat." ( Riwayat At-Tarmizi )


سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم، أستغفر الله وأتوب إليه

Ertinya: "Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung. Aku memohon keampunan Allah dan kepada-Nya aku bertaubat." ( Riwayat Al-Bazar )


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت، خلقتني وأنا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك مااستطعت، أعوذ بك م ما صنعت، أبوء لك بنعمتك علي، وأبوء لك بذنبي، فاغفر لي، فإنه لايغفر الذنوب إلا أنت

Ertinya: "Ya Allah! Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan Yang Sebenar melainkan Engkau, Engkau telah menciptakanku sedangkan aku adalah hamba-Mu. Aku dalam perjanjian-Mu dan aku tiada kekuatan pada ancaman-Mu. Aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang telah aku lakukan. Aku mengakui nikmat-Mu padaku dan mengakui berdosa pada-Mu, ampunilah bagiku, sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau jua." ( Riwayat Bukhari )


Syarat Sah Sembahyang


Sama seperti syarat sah sembahyang fardhu atau sunat yang lain iaitu:


  1. Mengadap kiblat.
  2. Suci daripada hadas besar dan hadas kecil.
  3. Suci daripada najis pada badan, pakaian, dan tempat sembahyang.

Renungan Sabda Rasulullah s.a.w:


.« والله إني لأستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أآثر من سبعين مرة »

Ertinya: "Demi Allah! Sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih daripada tujuh puluh kali" ( Riwayat Bukhari )


- Sumber dari Bhg. Dakwah [Unit: Penyelidikan & Penerbitan Negeri Terengganu]

~* Solat Taubat *~


Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)

Oleh: Muhammad Isa Selamat


ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:


Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)


Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya:


"Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)


Syarat-syarat taubat :


  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.


Waktu melaksanakan taubat :


Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.


Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya.


Firman Allah:


Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)


Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.


Cara melaksanakan solat taubat:


Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;



  • Waktu di lakukan - bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail

  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah - sila rujuk kpd pakar feqah)

  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.

  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.

  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

    027alquran3.gif

  • Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”


  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

    munajat1.jpg

  • Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.



  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,



  • Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.
  • Wednesday, July 25, 2007

    ~* Solat sunat Rawatib *~


    Solat Sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat-solat fardu lima waktu. Solat ini amat digalakkan oleh Islam dan selalu diamalkan dan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.


    Solat Sunat Rawatib berfungsi sebagai pelengkap ataupun tambahan untuk menampung supaya apa-apa kekurangan ataupun cela yang berlaku semasa mengerjakan solat-solat fardu.


    Hukum Solat Sunat Rawatib ini adalah satu sunat muakkad, iaitu yang amat dituntut dan digalakkan. Solat Sunat Rawatib adalah sebagai sunat tambahan yang bertujuan menyempurnakan apa-apa kecelaan ataupun kekurangan yang terdapat dalam solat fardu pengamal.


    Solat sunat Rawatib ini dituntut ke atas orang Islam yang mukallaf dan dilakukan secara rela hati serta kemahuan sendiri dan apabila dilakukan dijanjikan pahala dan ganjaran oleh Allah S.W.T. dan jika ditinggalkan pula tidak membawa kepada apa-apa dosa.


    Solat sunat Rawatib ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk golongan musafir yang mendirikan solat fardu secara qasar. Solat sunat Rawatib tidak didahului dengan azan ataupun iqamah. Solat sunat Rawatib ini juga didirikan secara bersendirian (munfarid),dan tidak didirikan secara berjemaah.


    Dalil


    Dalil menunaikan solat sunat Rawatib adalah hadis berikut :


    Sabda Rasulullah s.a.w,


    عن عبد الله بن عمر قال حفظت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ركعتين قبل الظهر وركعتين بعد المغرب وركعتين بعد العشاء وركعتين قبل الغداة

    (متفق عليه)

    Dari Ibnu Umar ra berkata,


    "Aku menjaga 10 rakaat dari nabi SAW: 2 rakaat sebelum salat Zhuhur,2 rakaat sesudahnya,2 rakaat sesudah solat Maghrib, 2 rakaat sesudah solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh." (HR Muttafaqun 'alaihi) Sayyidah 'Aisyah dalam hadis muttafaq 'alaih menyatakan: "Tidak ada nafilah, solat sunnah, yang sangat dijaga pelaksanaannya oleh Nabi Saw. melebihi dua rakaat fajar." (HR. Bukhari dan Muslim)


    Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian :


    1. Sunat Rawatib yang “Muakkad”
    2. Sunat Rawatib yang “Ghaira Muakkad”

    Rawatib Qabliyyah dan Rawatib Ba’diyyah


    Disamping itu Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori :


    1. Qabliyyah (sebelum Solat Fardhu)
    2. Ba’diyyah (selepas Solat Fardhu)

    Solat Sunat Rawatib Qabliyyah adalah solat sunat yang didirikan sebelum kita mendirikan solat fardu. Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah pula didirikan selepas kita menunaikan solat fardu.


    Sunnah Muakkad dan Sunnah Ghairu Muakkad


    Sembahyang sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu, Sunat Muakkad dan Sunat Ghairu Muakkad. Solat sunat Rawatib Muakkad amat besar fadilatnya dan dijanjikan ganjaran yang besar apabila menunaikannya. Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad kurang sedikit fadilatnya berbanding dengan solat sunat muakkad.


    Sunnah Muakkad dan Sunnah Ghairu Muakkad


    Solat sunat Rawatib Muakkad amat dituntut oleh Islam dan diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. sentiasa menjaga 10 rakaat Solat Sunat Rawatib Muakkad ini terdiri dari :


    • 2 Rakaat Rawatib Muakkad Qabliyyah sebelum Solat Subuh.
    • 2 Rakaat Rawatib Muakkad Qabliyyah sebelum Solat Zohor.
    • 2 Rakaat Rawatib Muakkad Qabliyyah selepas Solat Zohor.
    • 2 Rakaat Rawatib Muakkad Qabliyyah selepas Solat Maghrib.
    • 2 Rakaat Rawatib Muakkad Qabliyyahselepas Isyak.

    Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad kurang sedikit fadilatnya dibandingkan dengan solat sunat muakkad tetapi pengamal tetap dijanjikan ganjaran apabila melakukan solat ini. Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad adalah solat sunat yang ada dikerjakan oleh Rasulullah S.A.W. pada waktu-waktu tertentu, tetapi di waktu yang lain baginda meninggalkannya. Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad terdiri daripada:


    • 2 Rakaat Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah sebelum Solat Zohor.
    • 2 Rakaat Rawatib Ghairu Muakkad Ba’diyyah selepas Solat Zohor.
    • 2 Rakaat Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah sebelum Solat Asar.
    • 2 Rakaat Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah sebelum Solat Maghrib.
    • 2 Rakaat Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah sebelum Isyak.

    Rawatib Muakkad Qabliyyah Subuh


    Bagi sembahyang sunat Rawatib Muakkad Qabliyyah Subuh (sembahyang sunat dua rakaat sebelum menunaikan sembahyang fardu Subuh), adalah sunat untuk berbaring selepas mengerjakannya, dan juga adalah awla (lebih utama) untukberbaring secara mengiring di bahu kanan, dengan menghadapkan muka dan bahagian depan badan ke arah kiblat seperti mana keadaannya di dalam kubur, kerana ini akan lebih mengingatkan seseorang itu kepada kematian, lalu dia akan berusaha melakukan amalan-amalan soleh dan bersiap-sedia untuk menghadapi kematian. Hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. :


    "Bahawasanya Nabi S.A.W. apabila selesai mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat Fajar (Subuh), Baginda berbaring (mengiring) di atas bahu kanan Baginda.”


    Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Asar


    Solat sunat Ghairu Muakkad Qabliyyah boleh ditunaikan sama ada 2 rakaat dengan satu salam ataupun sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.


    Perbahasan Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Maghrib


    Ulama berselisih pendapat mengenai solat 2 rakaat sebelum Maghrib. Ada ulama yang mengatakan bahawa tiada ada solat sunat sebelum solat fardu Maghrib. Ini diasaskan kepada larangan bahawa tidak ada pendirian solat selepas menunaikan fardu Asar sehingga masuk waktu Maghrib. Ada ulama membolehkan solat Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Maghrib ini, berasaskan dalil berikut : Dari Abdullah bin Mughaffal Ra. ia berkata: Nabi SAW bersabda,


    “Di antara azan dan iqamah ada solat, di antara azan dan iqamah ada solat (kemudian di kali ketiga beliau berkata:) bagi siapa yang mau.” Beliau takut hal tersebut dijadikan oleh orang-orang sebagai keharusan. (Bukhari dan Muslim)


    Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Abdullah bin Mughaffal r.a. bahawa dia berkata, Nabi s.a.w bersabda;


    "Di antara azan dan iqamah itu ada sembahyang bagi sesiapa yang hendak melakukannya. Baginda s.a.w mengulanginya tiga kali."


    Dan dalam riwayat Abu Daud, “Solatlah kalian sebelum Maghrib dua rakaat.” Kemudian beliau bersabda, “Solatlah kalian sebelum Maghrib dua rakaat bagi yang mahu.” Beliau takut orang-orang akan menjadikannya solat sunnah. (Abu Daud)


    Ada juga ulama yang berpendapat bahawa solat Qabliyyah Maghrib itu hukumnya tidak sunat. Di antara ulama yang berpendapat demikian adalah Imam Malik (pengasas mazhab Maliki). Bahkan ulama seperti Imam An-Nukha'i berpendapat bahawa solat Qabliyyah Maghrib itu bid'ah (baca kitab Syarah Sahih Muslim, Juz VI, halaman 123; dan kitab Nailul Authar, Juz I, halaman 407) Mereka berpendapat demikian, berdalil kepada sebuah hadis riwayat Ibnu Umar di bawah ini : berkata, "Ibnu Umar pernah ditanya tentang solat dua rakaat sebelum Maghrib. Beliau menjawab, "Saya tidak melihat seorangpun pada masa Rasulullah Saw. yang melakukannya. (Riwayat Abu Dawud; Kitab Sunan Abu Dawud, Juz II, halaman 26)


    Cara Mengerjakan Solat Sunat Rawatib


    Kebiasaannya, jemaah yang akan berubah tempat untuk menunaikan solat sunat Rawatib, walaupun jarak satu tapak dari tempat asal. Solat sunat Rawatib ini didirikan dalam dua rakaat dengan satu salam. Sekiranya jemaah mengerjakan solat sunat Rawatib 4 rakaat, maka solat itu didirikan dengan 2 kali salam.


    Niat Solat sunat Rawatib


    • Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut :
    قَبْلِيَّةً

    • Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut :
    بَعْدِيَّةً

    • Oleh yang demikian niatnya adalah seperti berikut :
    أُصَلِّي سُنَّةَ ( الظُّهْرِ / العَصْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ / الصبح ) رَكْعَتَيْنِ (قَبْلِيَّةً / بَعْدِيَّةً ) لِلَّهِ تَعَالَى

    Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat (Sebelum / Selepas) kerana Allah Taala."

    ~* Solat Sunat Tasbih *~


    Jikalau dilakukan waktu siang satu salam saja dan jika dilakukan waktu malam dua salam. Bilangan solat tasbih adalah 4 rakaat. Diperintahkan bagi kita untuk mengerjakannya setiap hari sekali, kalau tidak sanggup, satu kali dalam satu jumaat, atau satu kali dalam sebulan, ataupun satu kali dalam setahun, jika tidak sanggup juga, satu kali dalam seumur hidup!

    Bacaan tasbih itu ialah :


    Lafaz Niat Solat Sunat Tasbih

    Maksudnya:
    "Sahaja aku sembahyang sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala"


    Caranya ialah :
    1. Setelah membaca doa iftitah dibaca tasbih 15 kali.
    2. Setelah membaca fatihah dan surah 10 kali.
    3. Ketika rukuk dan setelah membaca tasbih rukuk, dibaca 10 kali.
    4. Semasa I'tidal dan setelah bacaan I'tidal 10 kali.
    5. Sujud pertama dan setelah membaca tasbih sujud, dibaca 10 kali.
    6. Semasa duduk di antara dua sujud setelah membaca doa yang biasa di dalamnya, dibaca 10 kali.
    7. Sujud kedua dan setelah membaca tasbih sujud, 10 kali.

    Doa Sunat Sembahyang Tasbih

    Maksudnya:
    "Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat, orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut. Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau.

    Ya Allah, aku memohon kepadaMu, jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
    Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami. Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."

    ~* Solat Dhuha *~


    Waktu mengerjakan solat Dhuha adalah satu jam setelah matahari terbit. Diriwayatkan dari Abu Zar, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Dua rakaat solat dhuha mencukupi sedekah untuk seluruh badan manusia"


    Niat Solat Dhuha

    Maksudnya:
    "Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"


    Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :

    Maksudnya:
    "Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu.
    Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh."

    ~* Solat Tahiyatul Masjid *~


    Bila seseorang masuk ke masjid, maka sebelum ia duduk atau melakukan sesuatu yang lain, lebih dulu dianjurkan mendirikan solat tahiyatul masjid (menghormati masjid) sebanyak dua rakaat. Caranya sama dengan solat sunat yang lain, hanya niatnya saja yang berbeza.

    Dari Abu Qatadah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Kalau sekiranya salah satu di antara kalian masuk ke dalam masjid maka dilarang untuk duduk di dalamnya sebelum mengerjakan solat dua rakaat (solat Tahiyatul Masjid)"

    Adab Iktikaf
    Membaca Al-Quran, berzikir, shalat, atau duduk diam. Jauhi pada berbual atau apa saja yang bersangkutan dalam hal-hal keduniaan.

    Niat Iktikaf

    Maksudnya:
    "Sahaja aku iktikaf dalam masjid kerana Allah Ta'ala"


    Lafaz Niat Solat Sunnat Tahiyat Masjid

    Maksudnya:
    "Sahaja aku sembahyang sunnat tahiyat masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

    ~* Solat Sunat Witir *~


    Solat Witir
    Witir artinya ganjil. Dinamakan Solat Witir, kerana bilangan rakaatnya yang selalu ganjil; yaitu boleh 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat. Boleh dikerjakan dua-dua, terakhir 3 rakaat 1 tahiyyat 1 salam.

    Solat witir dilakukan setelah solat Isya hingga menjelang fajar (shubuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih; ia layaknya sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh. Misalnya seseorang yang memperkirakan peribadinya tak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka ia dapat mengerjakan solat witir langsung sesudah mengerjakan solat Isya. Pada setiap rakaat solat witir, selain membaca Al Fatihah kita dapat pula memilih beberapa ayat atau salah satu dari Al Quran.

    Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud:
    "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." HR Abud Dawud dan Tirmizi.


    Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

    Maksudnya:
    "Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"


    Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

    Maksudnya:
    "Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"


    Zikir Selepas Solat Witir

    * Dibaca 3x sebelum membaca doa


    Doa Solat Witir

    Maksudnya:
    "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

    Saturday, July 7, 2007

    ~* Berwudhu & Tayammum *~


    Berwudhu

    • Yang praktis dan mencukupi
    • Yang sebaik-baiknya
    • Hikmah-hikmahnya

    Cara atau jalan untuk membina mental dan rohani sungguh banyak sekali. Jalan yang pasti ialah mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengekalkannya yang disebut sebagai ibadah. Salah satu mata rantai ibadah itu adalah Wudhu'.


    Kegunaan Air Wudhu

    • Untuk segala macam solat hukumnya wajib.
    • Untuk Thawaf di Ka'bah, thawaf apa saja, hukumnya wajib.
    • Sewaktu hendak membaca Al-Qur'an hukumnya sunnat.
    • Sewaktu hendak tidur atau lain-lain perbuatan yang baik, hukumnya sunnat

    Alat Yang Dipakai


    Alat yang dipakai ialah air. Meskipun demikian, air yang digunakan untuk berwudhu' adalah air yang suci lagi menyucikan (pengertiannya?), iaitu: Air hujan, Air Sumur, Air Sungai, Air Laut, Air dari mata Air, Air Telaga, Air Danau, Air Ais, Air Ledeng.


    Cara-caranya


    Berniat dalam hati bahawa berwudhu' untuk..., lalu:


    • Membasuh muka dengan air (cukup sekali asalkan merata ke seluruh muka).
    • Basuhlan tangan hingga sampai dengan kedua siku (cukup sekali asal merata).
    • Sapulah sebahagian kepala, cukup sekali saja.
    • Basuhlan kaki hingga sampai dengan kedua mata kaki (cukup sekali asal merata).

    Bila dikerjakan seperti di atas, maka wudhu' sudah sah.


    Berwudhu' yang lebih sempurna


    Bila ingin berwudhu' lebih sempurna, yakni sempurna lahiriah dan sempurna pula dalam ganjaran, maka kerjakanlah tabahan-tambahannya dengan cara sebagai berikut:


    1. Mulailah dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim...
    2. Menghadaplah kearah kiblat
    3. Usahakanlah berwudhu' dengan tidak meminta bantuan orang lain, seperti menimba, dan sebagainya.
    4. Basuhlah jari-jari tangan dengan menyelat-nyelatinya. Dan bagi jari yang bercincin, jam atau perhiasan yang dipakai di jari-jari lainnya, bukalah perhiasan tersebut agar air dapat merata membasahi seluruh jari-jari.
    5. Berkumur-kumur.
    6. Masukkanlah air ke dalam hidung, lalu keluarkanlah kembali (istinsyaq).
    7. Gosoklah gigi untuk menghilangkan sisa makanan dan bau mulut yang kurang sedap.
    8. Mulailah dengan anggota wudhu'yang sebelah kanan.
    9. Ulangilah masing-masing sampai tiga kali (3X).
    10. Ratakanlah air hingga membasahi seluruh anggota wudhu'
    11. Ketika menyapu kepala, ratakan seluruhnya (letakkan ibu jari samping kiri dan kanan kepala, lalu putarlah telapak tangan dari depan ke belakang, kemudian kembali ke depan (cukup sekali).
    12. Basuhlah telinga dengan memasukkan telunjuk ke lubang telinga, ibu jari dibelakang telinga.
    13. Bila selesai berwudhu', hadapkan muka ke arah kiblat dan berdoalah dengan membaca: Asyhadu an laa ilaaha illalaahu wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuuluh, Allahummaj'alnii minat tawwaa biinaa waj'alnii minal mutathahhiriin. "Aku bersaksi bahwa Tidak ada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahwa sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya allah , masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang bertaubat, dan jadikanlah aku masuk ke dalam golongan orang-orang yang suci."
    14. Lakukanlah solat sunnat wudhu' dua raka'at.

    Hal-hal yang Membatalkan Wudhu'


    1. Keluar sesuatu dari "dua pintu" belakang seperti buang angin (kentut), buang air besar atau kecil, haid atau nifas, dan sebaganya.
    2. Hilang akal (kerana sakit, mabuk, gila dan sebagainya).
    3. Bersetubuh.

    Air Wudhu


    Wudhu merupakan salah satu ibadah yang khas yang dapat dipakai untuk solat, thawaf, hendak tidur, jalan keluar rumah, serta memelihara jiwa dan raga dari berbagai cacat.


    Wudhu dengan air bersih dan murni bererti meniti kosmetik tradisional dan anti biotik alamiah, kerana itu, Islam tidak membenarkan berwudhu dengan air musta'mal (air bekas dipakai), air buah-buahan, akar-akaran atau air yang sudah berubah sifat-sifatnya (warna, rasa dan baunya). Seperti telah dijelaskan sebelumnya, bahawa wudhu ialah membasuh muka, membasuh kedua tangan hingga dua siku, menyapu kepala, dan membasuh kaki hingga dua mata kaki yang diawali dengan niat dalam hati.


    Almarhum Buya Hamka, melalui bukunya "Lembaga Hidup" menulis tentang wudhu sebab:


    "Lima kali sekurang-kurangnya sehari semalam disuruh berwudhu dan solat. Dan meskipun wudhu belum lepas, sunnat pula memperbaharuinya. Oleh ahli tasawuf diterangkan pula hikmah wudhu itu. Mencuci muka, ertinya mencuci mata, hidung, mulut dan lidah, kalau-kalau tadinya berbuat dosa ketika melihat, berkata dan makan. Mencuci tangan dengan air, dalam hati dirasa seakan-akan membasuh tangan yang terlanjur berbuat salah. Membasuh kaki, dan lain-lain demikian pula. Mereka perbuat hikmat-hikmat itu, meskipun di dalam hadis dan dalil tidak bertemu, adalah supaya manusia jangan membersihkan lahirnya saja, padahal bathinnya masih tetap kotor. Hatinya masih khizit, loba, tamak, rakus, sehingga wudhunya lima kali sehari itu tidak berbekas diterima Allah, dan sembahyangnya tidak menjauhkan dari pada fahsya (keji) dan mungkar (dibenci)".


    Penulis "Lembaga Hidup" sengaja merangkaikan keutamaan wudhu dengan masalah kesehatan badan dan kebersihannya, lalu dihubungkan dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w Tulisnya:


    "Bukan kita hidup mencari puji, bukan pula supaya kita paling atas di dalam segala hal. Meskipun itu tidak kita cari, kalau kita menjaga kebersihan, kita akan dihormati orang juga". Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: "Perbaguslah pakaianmu, perbaiki tunggangan (kenderaan) mu, sehingga kamu laksana sebutir tahi lalat di tengah-tengah pipi, di dalam pergaulan dengan orang banyak".


    Allah s.w.t. menurunkan wahyu, memberi hidayah penuntun rohani dan jasmani agar keduanya tetap berfungsi dan terpelihara. Rasulullah s.a.w bersabda:


    "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah pergi ke kuburan, lalu memberi salam : "Assalamu'alaikum Dara Qaumin (perkampungan orang mukmin) dan Insya Allah kami akan menyusul kemudian, saya ingin benar melihat-lihat saudaraku." Berkata sahabat: "Bukankah kami ini adalah saudaramu ya Rasulullah? "Ya, kamu adalah sahabatku, dan saudara-saudaraku yang belum datang kini." Sahabat kembali bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenal mereka yang belum datang kini dari ummatmu ya Rasulullah?"


    Rasulullah s.a.w. bersabda:


    "Bagaimana pendapatmu jika seorang mempunyai kuda belang putih muka dan kakinya, ditengah-tengah kuda yang semuanya hitam, tidakkah mudah mengenal kudanya?" Para sahabat menjawab : "Benar Ya Rasulullah." "Maka itu ummatku nanti kelak pada hari kiamat bercahaya muka dan kakinya sebagai bekas wudhu, dan saya akan membimbing mereka itu ke Haudh (Telaga Syafa'at)"


    Cahaya, Kebersihan dan Kehidupan


    Dalam air wudhu yang sakral terdapat cahaya, kebersihan dan kehidupan. Air bekas (mus'tamal) atau tersadur najis, akan menjadi sumber penyakit, buruk bagi fisik, kimia, maupun biologis. Islam pun melarang berwudhu dengan air yang demikian. Air sebagai keperluan vital kehidupan. Al-Qur'an memberi penjelasan bahawa kehidupan dimulai dari air, seperti disebutkan dalam firmannya:


    "Dan kami telah menciptakan segala sesuatu yang hidup itu dari air, apakah mereka belum mau juga beriman?" (Al-Anbiya:30).


    Hal-hal Yang Tidak Membatalkan Wudhu


    Banyak sekali perbuatan yang dikira orang membatalkan wudhu, padahal tidak. Misalnya, seorang pekerja yang berpalitan dengan minyak, mengira air wudhunya sudah rosak dan wudhunya batal, padahal tidak; sementara yang dianggap remeh ternyata justeru membatalkan wudhunya.


    Beberapa hal yang tidak membatalkan wudhu antara lain:


    1. Bersentuhan antara lelaki dan wanita, sudah dewasa, tanpa lapis, selama tidak mengandung niat yang nafsu dan tak senonoh. Dalam suatu hadis disebutkan:

      "Aisyah r.a. berkata: Suatu malam aku kehilangan Rasulullah s.a.w. dari tempat tidurku, maka terabalah oleh telapak tanganku pada kedua telapak kakinya yang keduanya dalam keadaan berdiri; dan Rasulullah s.a.w. sedang sujud sambil membaca: Allaahumma innii a'udzu biridhaaka, min sakhatika, wa a'uudzu bimu' aafaatika min uquubatika, wa a'uudzu bika minka laa uhshiitsanaa'an 'alaika anta kamaa atsnayta 'alaa nafsika." (HR Muslim dan At Turmuzy).

      Yang erti doanya: "Ya Allah, aku berlindung dengan ridhaMu dari murkaMu, berlindung dibawah naunganMu; ringkasnya aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Tiada terhitung puja-pujiku untukMu. Engkau sebagaimana pujianMu atas diriMu sendiri."

      "Aku tidur dihadapan Rasulullah s.a.w., sedang kakiku berada di arah kiblat. Maka apabila Ia sujud, dirabanya aku dan dipegangnya kakiku". Sementara dalam lafazh yang lain disebutkan :"Maka jika ia akan sujud, kakiku, dirabanya". (HR Bukhary dan Muslim, sumber Aisyah)

    2. Keluar darah dari tempat yang lazim, seperti luka, bukan dari qubul atau dubur.
    3. Kerana muntah
    4. Kerana makan minum. Seperti disebutkan dalam hadits nabi:

      "Manimunah r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. telah makan di rumahnya dengan panggangan kambing, kemudian Rasulullah s.a.w. langsung solat tanpa memperbaharui wudhu." (HR Bukhary dan Muslim).

    5. Terkena segala jenis najis atau kotoran lainnya. Najis tidak menghilangkan wudhu', hanya dia cukup dibersihkan saja.
    6. Tersentuh kemaluan tanpa maksud yang lain. Seperti disebutkan dalam hadis:

      "Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang orang yang menyentuh kemaluannya, apakah ia wajib berwudhu? Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak, dia adalah sebagian dari tubuhmu sendiri". (HR Lima Ahli Hadits)

    Tayammum


    "Manakala seorang muslim atau mukmin itu berwudhu, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan yang terakhir dari air. Manakala ia membasuh kedua tangannya, maka keluarlah (terusir) semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan terakhir dari air. Manakala ia membasuh kedua kakinya, maka sirnalah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa." (Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah).


    Perosak Tayammum


    Tayammum merupakan pengganti wudhu atau mandi. Kerana itu, ia boleh rosak atau batal apabila :


    1. Langsung melihat air dan dapat menggunakannya (khusus bagi mereka yang bertayammum kerana tidak ada air).
    2. Segala sesuatu yang membatalkan wudhu'.

    Hal-hal lain yang perlu diketahui ialah:


    1. Satu kali tayammum dapat digunakan untuk beberapa solat atau thawaf, baik yang wajib maupun yang sunat.
    2. Apabila mendapatkan air, padahal solat sudah dikerjakan dengan tayammum, maka solatnya tidak perlu diulangi lagi.

    ~* Tatacara Shalat *~


    Solat Wajib dan Praktiknya


    Syarat-syarat Sah Solat
    Apabila kita sudah mempunyai air wudhu bererti kita sudah siap untuk mengerjakan solat. Kita boleh solat dimana saja asalkan di tempat suci. Suci disini maksudnya adalah tidak bernajis. Boleh menggunakan alas seperti sajadah atau apa saja yang bersih, sekalipun tidak memakai alas sama sekali, seperti di atas bumi. Meskipun demikian, yang penting dipersiapkan sebagai persyaratan shalat ialah:

    1. Menutup aurat bagi lelaki iaitu antara pusat dengan lutut. Aurat wanita, seluruh badan, kecuali muka dan telapak tangan. Menutup aurat boleh dengan apa saja asal suci, tidak tembus pandang seperti plastik bening atau benda semacam lainnya.
    2. Menghadap ke arah kiblat, yaitu Ka'bah di Makkah. Bila tidak memungkinkan, misalnya di atas kereta api, kapalterbang atau tak diketahui sama sekali, maka hadapkanlah wajah kita ke mana saja yang kita merasa condong bahawa itu adalah kiblat.
    3. Harus mengetahui dengan yakin sudah berada dalam waktu solat yang hendak dikerjakan.
    4. Yakin bahawa badan, pakaian, dan tempat solat suci dari najis.
    5. Suci dari hadas besar dan hadas kecil.

    Praktik Solat
    Sesudah mempunyai air wudhu' dan siap untuk solat, maka kita segera dapat memulainya dengan urutan sebagai berikut.

    • Berdiri Tegak Lurus
      Berdiri tegak lurus dengan menghadap ke arah kiblat, disertai dengan niat:

      "Usalli fardhu...(Zhuhrii), lillahii ta'ala"
      "Aku solat...(zuhur, misalnya), wajib kerana Allah".

    • Takbiratul Ihram
      Takbiratul Ihram dilakukan dengan mengangkat kedua tangan sampai menyentuh telinga diiringi dengan membaca:

      Allahhu Akbar
      "Allah Maha Besar" (1x)

      Ucapan Allahhu Akbar disebut Takbiratul Ihram (hukumnya wajib) kemudian pada saat peralihan gerak atau sikap, sangat dianjurkan mengucapkan takbir "Allahhu Akbar". Yang perlu diperhatikan, apabila takbir dilakukan dalam keadaan berdiri, maka sebaiknya pengucapan takbir ini disertai dengan mengangkat kedua tangan seperti pada sikap takbiratul ihram. Dan apabila perpindahan gerak atau sikap terjadi dalam keadaan duduk, maka ucapan takbir tidak perlu disertai dengan mengangkat kedua tangan. Semua ucapan takbir dalam shalat hukumnya sunnat, kecuali takbir yang pertama yaitu takbiratul ihram.

    • Doa Iftitah
      Selesai membaca takbiratul ihram, tangan langsung disedekapkan ke dada. Yang kanan menghimpit tangan kiri, pergelangan sejajar dengan pergelangan. Kemudian membaca doa iftitah (doa permulaan dan atau doa pembuka) yaitu:

      Innii wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.
      "Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian akau diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri."


      Membaca do'a iftitah hukumnya sunnat." (Selain doa tersebut di atas, masih ada doa'a-do'a iftitah yang lain yang biasa juga dibaca oleh Rasulullah s.a.w.).

      • Ta'awwudz
        Selesai membaca do'a iftitah, lalu membaca "ta'awwudz". Bacaan t'awwudz hukumnya sunnat. Lafazhnya yaitu:

        A'uudzu billaahi minasy syaithaanir rajiim
        Aku berlinding kepada Allah dari kejahatan setan yang terkutuk.

      • Al Fatihah
        Seudah ta'awwudz, lalu membaca surah Al Fatihah. membaca surah Al Fatihah pada setiap rakaat solat (wajib/sunnah) hukumnya wajib.

        Bismillaahirrahmaanirrahiim.
        Alhamdulillaahi rabbil'aalamin
        Arahmaanirrahiim
        Maaliki yawmiddiin
        Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin
        Ihdinash shiraathal mustaqiim
        Shirathal ladziina an'amta alaihim
        gahiril maghdhuubi'alaihin waladh dhaalliin
        Aaamiin

        "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
        Segala puji bagi Allah yang memelihara sekalian Alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Yang merajai hari pembalasan Hanya kepada-Mu kami meyembah dan hanya kepada-Mu saja kami mohon pertolongan Tunjukilah kami jalan yang lurus Jalan mereka yang Engkau beri ni'mat, bukan jalan mereka yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Kabulkanlah permohonan kami, ya Allah!"

        Sesudah membaca Al Fatihah pada rakaat pertama dan kedua pada solat wajib, kita disunnatkan membaca surah-surah atau ayat yang lain. Pada rakaat selanjutnya yaitu ketiga dan/atau keempat, kita hanya diwajibkan membaca Al Fatihah saja, sedangkan pembacaan surah atau ayat lainnya tidak diwajibkan. Surah-surah atau ayat-ayat Al Quran yang diinginkan dapat saja kita pilih diantara sekian banyak surah dari Al Quran. Sebaiknya usahakanlah tetap membaca surah atau beberapa ayat Al Quran sesudah al Fatihah pada rakaat pertama dan kedua (pada solat wajib) misalnya:


        Wal ashri innal insaana lafii khusrin illaladziina 'aamanu wa'amilus shaalihaati watawaashaw bil haqqi watawaashaw bis shabri (QS)

        "Demi waktu. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal saleh serta mereka yang berwasiat pada jalan kebenaran dan mereka yang berwasiat pada ketabahan."

      • Ruku’
        Di dalam ruku membaca :

        1. Subhaana rabbiyal azhim (3x)
          "Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung"
        2. Subhaanakallahumma rabbanaa wa bihamdika allaahummaghfirlii
          "Maha suci Engkau ya Allah, ya Tuhan Kami, dengan memuji Engkau ya Allah, ampunilah aku"

        *Boleh dipilih salah satu di antara kedua do'a tersebut.


      • I'tidal
        I'tidal atau bangun dari ruku seraya mengangkat kedua tangan membaca:

        Sami'allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu.
        "Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya Tuhan kami, untuk-Mu lah segala puji."

        Bagi orang yang telah lancar bacaannya, maka pujian bangun dari ruku dapat diperpanjang dengan:

        Mil-ussamaawaati wa mil ul ardhi wa mil-umaa syi'ta min sya-in ba'du
        "Untuk-Mu lah segala puji sepenuh langit dan bumi dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki"

      • Sujud Pertama
        Bacaan dalam sujud:

        Subhaana rabbiyal a'la (3x)
        "Maha suci Tuhanku Yang Maha Tinggi"

        Atau boleh juga membaca pujian seperti pujian No. 2 dalam ruku yaitu:

        Subhaanakallaahumma rabbanaa wa bihamdika Allaahummaghfirlii
        "Maha suci Engkau ya Allah, ya Tuhan kami, dengan memuji Engkau ya Allah, ampunilah aku"

      • Duduk Diantara Dua Sujud
        Ketika duduk diantara dua sujud membaca:

        Allaahummaghfirlii, warhamnii, wajburnii, wahdinii, warzuqnii
        "Ya Allah, ampunilah hamba, kasihanilah hamba, cukupilah hamba, tunjukilah hamba, dan berilah hamba rizki."

        Atau boleh juga membaca:

        Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii.
        "Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupilah aku, angkatlah derajatku, ber rizqilah aku, tunjukilah aku, sehatkanlah aku, dan maafkanlah segala kesalahanku."

      • Sujud Kedua
        Bacaan dalam sujud kedua, sama dengan bacaan dalam sujud pertama yaitu:

        Subhaana rabbiyal a'la (3x)
        "Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi"

        Bacaan-bacaan dalam ruku, i'tidal, sujud, dan ketika duduk diantara dua sujud dalam solat, semuanya sunat (tidak wajib) yang amat dianjurkan.

      • Berdiri Pada Rakaat Kedua
        Sikap berdiri pada rakaat kedua sama dengan sikap berdiri pada rakaat pertama, yaitu dengan bersedekap tangan ke dada, yang kanan di atas yang kiri. Mulai dengan membaca ta'awwudz:

        A'uudzu billaahi minasy syaithaanirrajiim
        "Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan syaithan yang terkutuk."

        Kemudian diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah. Sesudah membaca Al-Fatihah, kembali pada rakaat kedua ini dianjurkan untuk membaca pula satu surah atau beberapa surah atau ayat-ayat suci Al Quran. Kemudian kembali melakukan ruku.

      • Ruku' di Rakaat Kedua
        Sikap dan bacaan ruku di rakaat kedua ini sama dengan sikap dan bacaan pada ruku di rakaat pertama.

      • Bangun dari Ruku'
        Sama dengan I'tidal pada rakaat pertama, bangkit serta mengangkat kedua tangan seraya membaca do'a i'tidal.

      • Sujud Pertama pada Rakaat Kedua
        Bacaan di dalam sujud ini sama dengan bacaan pada sujud di rakaat pertama.

      • Duduk Diantara Dua Sujud
        Bacaan doa ketika duduk diantara dua sujud pada rakaat kedua sama dengan bacaan pada rakaat pertama.

      • Sujud Kedua Pada Rakaat Kedua
        Sikap dan bacaan pada sujud kedua pada rakaat kedua sama juga dengan sikap dan bacaan pada sujud-sujud sebelumnya.

      • Duduk Tahiyyat
        Sikap duduk pada tahiyyat pertama (Tawarruk, keadaannya sama ketika duduk antara dua sujud menduduki kaki kiri, sedang kaki kanan tegak dengan jarijari kaki menghadap kiblat). Lain dengan sikap duduk pada tahiyyat kedua atau tahiyyat akhir (ifti-rasy, kaki kanan ditegakkan dengan jari-jari kaki menghadap ke arah kiblat).

        Bacaan ketika tahiyyat ialah:

        At tahiyyaatu lillaah, wash shalawaatu waththayibaatu
        "Semoga kehormatan untuk Allah, begitu pula segala do'a dan semua yang baik-baik."

        Assalaamu'alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullaahi wa barakaatuh
        "Salam sejahtera untukmu wahai para Nabi, dan rahmat Allah serta barakah-Nya."

        Assalaamu'alainaa wa'ala ibaadillahis shaalihiin
        "Salam sejahtera untuk kami dan untuk para hamba Allah yang saleh"
        Asyhadu anlaa ilaaha illallaah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluh
        "Aku bersaksi bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahawa sesungguhnya Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya."

        Contoh di atas adalah praktek solat subuh 2 rakaat. Bila Anda solat Maghrib 3 rakaat, maka bacaan tahiyyat pertama rakaat kedua cukup samapai pada "Allaahumma shalli 'alaa Muhammad" dan akhir rakaat ketiga bacaan tahiyyat dibaca dengan sempurna samapi "hamiidun majiid". Setelah itu memberi salam.

        Bila anda solat 4 rakaat, yaitu Zohur, Ashar, atau Isya, maka akhir rakaat kedua persis sama dengan akhir rakaat kedua solat Maghrib. Pada akhir rakaat ketiga, tak ada tahiyyat, dan pada akhir rakaat keempat barulah anda sempurnakan bacaan tahiyyat hingga "hamiidun majiid", lalu memberi salam sebagai akhir dari shalat.

        Allaahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita 'alaa Ibraahim wa'alaa aali Ibrahim, wa baarik 'alaa Muhammadin, kama baarakta 'alaa Ibrahiima wa'alaa aali Ibraahima, fil 'aalamiina innaka hamiidun majiid.
        "Ya Allah, berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia."

      • Memberi Salam
        Menoleh ke kanan dan ke kiri. Setelah selesai tahiyyat, anda memberi salam dengan membaca:

        Assalaamu 'alaikum warahmatullaahi wa barakaatuh
        "Salam sejahtera untukmu, rahmat Allah dan berkat-Nya."

        Sambil menoleh ke kanan dan ke kiri.


      Perhatian:

      Ketika membaca tasyahhud (asyhadu..) dalam tahiyyat, telunjuk kanan digerakkan ke atas bagai meyakinkan bahawa Allah itu hanya Esa.

      ~* Bacaan-bacaan Sesudah Solat *~


      Perlu diketahui bahawa semua bacaan (dzikir dan do'a) sesudah solat, hukumnya adalah sunat yang dianjurkan (sunnat muakkad), bukan wajib.


      Bacaan dzikir dan doa tersebut antara lain:


      1. Astaghfirullaahal 'azhiim (3x)
      "Saya mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung"


      2. Allaahumma antas salaam, wa minkas salaam, tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikraam
      "Ya Allah, Engkau Maha Sejahtera, dan dari-Mu lah kesejahteraan, Maha Berkat Engkau ya Allah, yang memiliki kemegahan dan kemuliaan"


      3. Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku walahul hamdu, wahuwa 'alaa kulli syain qadiir
      "Tidak ada Tuhan selain Allah saja, Dia Sendiri-Nya, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya lah kerajaan dan pujian dan Dia berkuasa atas segala-Nya."


      4. Allaahumma laa maani'a limaa a'thaita walaa mu'thiya limaa mana 'ta walaa yanfa'u dzal jaddi minkal jaddu
      "Ya Allah, tidak ada sesuatu yang dapat menghalangi pemberian-Mu, dan tak ada pula sesuatu yang dapat memberi apa-apa yang Engkau larang, dan tak ada manfaat kekayaan bagi yang mempunyai, kebesaran bagi yang dimilikinya, kecuali kekayaan dan kebesaran yang datang bersama redha-Mu."


      5. Membaca tasbih, tahmid, takbir, dan tahlil, yaitu:


      • Subhaanalaah (33x)
        "Maha Suci Allah"
      • Alhamdulillaah (33x)
        "Maha terpuji Allah"
      • Allaahu Akbar (33x)
        "Allah Maha Besar"
      • La ilaaha illallaahu wahdaahu laa syariikalah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'alaa kulli syain qadiir (1x) "Tidak ada Tuhan selain Allah, sendiri-Nya; tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya lah kerajaan dan pujian. Dia Maha Kuasa atas segala-galanya."

      6. Surah Al Ikhlas dan surah Al Mu'awwidzatain (yaitu surah Al Falaq dan An-Nas)


      • Surah Al Ikhlash: Qul huwallaahu ahad ("Katakanlah : Allah itu Esa!") Allaahush shamad ("Allah tempat meminta") Lam yalid walam yualad ("Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan") Wa lam yakun lahu kufuwan ahad ("Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya")
      • Surat Al Falaq
      • Surah An Nas

      7. Ayatul Kursiy (Surah Al Baqarah 255)


      Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta 'khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa 'u 'indahu illaa biidznih, ya 'lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min'ilhimi illaa bimaa syaa-a, wasi'a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal'aliyuul 'azhiim.


      "Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."


      Dzikir-dzikir tersebut di atas boleh biasa digunakan setelah melakukan sOlat fardhu, atau dipilih beberapa diantaranya sesuai dengan kemampuan yang kita miliki. Atau, boleh juga dzikir-dzikir yang lain, asalkan sesuai dengan malan Rasulullah SAW.


      8. Do'a-do'a Sesudah Solat


      • Allaahumma innii as-alukal jannah, Allahumma ajirnii minannaar (7x)
        "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon surga kepada-Mu, ya Allah, bebaskan aku dari siksa neraka."
      • Allaahumma ashlih lii diiniyallati huwa 'ishamatu amrii, wa ashlih lii dunyayallatii ja'alta fiihaa ma'assyii
        "Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi pegangan urusanku, dan perbaikilah bagiku duniaku yang padanya Engkau jadikan penghidupanku."
      • Allaahumma 'aafinii fii badanii, Allaahumma 'aafinii fii sam'ii, Allaahumma 'aafinii fii basharii, Allaahumma innii a'uudzu bika minal kufri wal faqri, Allaahumma innii a'uudzu bika min 'adzaabil qabri, laa ilaaha illaa anta.
        "Ya Allah, afiatkanlah badanku. Ya Allah, 'afiatkanlah pendengaranku. Ya Allah, 'afiatkanlah penglihatanku. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari siksa kubur, tidak ada Tuhan selain Engkau."
      • Allaahumma inni a'uudzu bika minal bukhli, wa a'uudzu bika minal jubni, wa a'uudzu bika min an uradda ilaa ardzalil 'umur, wa a'uudzu bika min fitnatid dunya, wa a'uudzu bika min 'adzaa bil qabri.
        "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ketakutan. Aku berlindung kepada-Mu dari seburuk-buruk usia. Aku berlindung kepada-Mu dari bencana dunia. Dan aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur."
      • Allaahummaghfirli dzunuubii wa khathaayaayaa kullaahaa. Allaahumma 'isynii, wajburnii, wahdinii liahsanil a'maali wal akhlaaqi, innahu laa yahdi li ahsanihaa illa anta, washrif 'annii sayyi-ahaa innahu laa yashrifu sayyiahaa illa anta.
        "Ya Allah, ampunilah segala dosa dan kesalahanku. Ya Allah, segarkanlah badanku, cukupilah aku, dan tuntunlah aku sebaik-baik amal dan akhlak, sesungguhnya tidak ada yang dapat menuntun kepada yang terbaik melainkan hanya Engkau, dan hindarkanlah aku dari seburuk-buruk amal, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat menghindarkanku dari seburuk-buruknya melainkan hanya Engkau."
      • Yaa muqallibal quluub, tsabbit qalbii 'alaa diinika
        "Ya Allah yang membolak-balikkan hati, mantapkanlah hatiku dalam memeluk agama-Mu."

      Doa-doa di atas boleh dibaca semuanya sesudah solat, atau dipilih di antara doa yang disukai dan sesuai dengan tujuan yang diinginkan. Boleh juga membaca doa-doa yang lain, tentunya doa yang terbaik ialah yang berasal dari Nabi Muhammad s.a.w. atau dari para Nabi Allah yang lain. Bila ada keperluan dengan suatu hajat kepada Allah s.w.t. dan anda tidak mengerti doa aslinya, maka tidak ada salahnya berdoa dengan bahasa yang difahami sendiri. Sebaiknya setiap berdoa jangan meninggalkan kesempatan buat mendoakan ibu dan bapa kita sebagai orang tua yang patut dihormati:


      Rabbighfirlii wa liwaalidayyaa warhamnii warhamhumaakamaa rabbayaanii shaghiira.
      "Ya Tuhan, ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku, kasihanilah aku dan sayangilah keduanya sebagaimana mereka mengasihiku diwaktu kecil."


      Dianjurkan pula memintakan ampun bagi para sahabat, kaum keluarga serta kaum muslimin dan muslimat, khususnya orang-orang yang pernah berbuat baik kepada kita. Lebih lanjut, Nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan supaya kita membaca doa sesudah tahiyyat sebelum salam, yang berbunyi:


      Allaahummaghfirlii maa qaddamtu wama akhkharartu wa anta'alamu bihi minnii, antal muqaadimu wa antal muakhkhiru, laa ilaaha illaa anta.
      "Ya Allah, ampunilah dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, dan apa-apa yang aku rahsiakan dan yang aku nyatakan. Engkau lebih mengetahuinya daripadaku. Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terakhir, tiada Tuhan selain Engkau."


      Dianjurkan sebagaimana diajarkan Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Mas'ud, supaya sesudah tahiyyat dan sebelum salam meminta kebajikan dunia dan akhirat

      ~* Solat Sunat Hajat *~


      Solat hajat dilakukan untuk memperkuat cita-cita seseorang atau sekelompok orang. Solat hajat boleh dikerjakan siang maupun malam hari. Malam hari, waktu tengah malam, suasana lebih berkesan, lebih khusyu, sunyi dari segala hingar bingar kehidupan. Ia boleh juga dikerjakan siang hari, istimewa bagi seseorang yang memang sedang memerlukan bantuan .

      Solat hajat boleh dikerjakan dua rakaat dan boleh pula lebih. Pada halaman ini akan ditampilkan solat hajat yang berjumlah 12 rakaat.

      Lafaz Niat Solat Sunnat Hajat

      Maksudnya:
      "Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala"


      Tersebut dalam buku Tuhfatudz Dzaakirin karangan Imam Al Ghazali, bahwa Rasulullah s.a.w. menerangkan :

      "Engkau solatlah dua belas rakaat siang atau malam, dan setiap dua rakaat bacalah Tasyahud (Tahiyat dengan dua kalimah syahadat). Ketika engkau duduk yang terakhir dalam solat itu panjatkanlah puja puji kepada Allah Ta'ala, lalu selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan kemudian bacalah takbir lalu sujud. Di dalam sujud itu bacalah olehmu: Surah Al Fatihah 7 kali, Ayat Al Kursi 7 kali, Surah Al Ikhlas 7 kali, dan lanjutkanlah dengan tahlil 10 kali".


      Lafazh tahlil tersebut ialah:
      Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalahu lahul mulku walahul hamdu yuhyii wa yumiitu wa huwa alaa kulli syai-in qadiir

      "Tidak ada Tuhan selain Allah sendiri-Nya saja, tiada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nya lah kekuasaan dan miliknya segala puji. Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas segala-galanya"


      Setelah itu lanjutkan dengan membaca doa berikut ini:
      Allaahumma innii as aluka bima aaqidil azzi min arsyika wa muntahar rahmati min kitaabika, wasmikal a'zhami, wajaddikal a'laa, wa kalimaatikat tammah.

      "Ya Allah, aku mohon kepada-Mu kedudukan yang amat tinggi, rahmat serta anugerah yang tiada henti-hentinya dari ketentuan-Mu, dan dengan nama-Mu yang Maha Agung, dan kebesaran-Mu yang amat tinggi, serta firman-Mu yang Maha Sempurna".


      Setelah selesai membaca doa, bermohonlah kehadirat-Nya segala sesuatu yang engkau kehendaki; baik kebajikan dunia maupun kebajikan akhirat.Kemudian duduk kembali dan mengucapkan salam.

      Doa Solat Hajat

      Maksudnya:
      "Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Halim (Tidak segera menurunkan seksa) lagi Maha Mulia. Maha Suci Allah Tuhan (Yang Memelihara) arash yang agung. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Aku memohon kepadaMu kepastian rahmatMu kepastian maghfirahMu, kemenangan dari tiap-tiap kebaikan selamat dari dosa.
      (Ya Allah) jangan engkau biarkan diriku berdosa melainkan Engkau ampuni, tiada ada kesusahan melainkan Engkau bukakan jalan keluar dan tiada sesuatu yang Engkau redhai melainkan Engkau luluskan, Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang."
      HR Turmuzi dan Ibn Majah.


      Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda:

      "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

      ~* Solat Sunat Tahajjud *~


      Solat Sunat Tahajjud
      Solat Tahajjud ialah solat malam, atau biasa disebut Shalatul Lail. Waktunya lewat tengah malam, dan sebaiknya dikerjakan setelah tidur terlebih dahulu. Bilangan rakaatnya sebelas rakaat; yakni 8 rakaat + 3 rakaat sunnat witir. Tetapi, jumlah rakaat solat tidak ada ketentuan yang pasti, tetapi sekurang-kurangnya dua rakaat.
    • Tahajjud dapat dikerjakan 2x4 rakaat, yaitu setiap 4 rakaat 1 salam, lalu ditambah dengan witir 3 rakaat 1 salam.

    • Atau dengan cara 4x2 rakaat, yaitu setiap 2 rakaat 1 salam, lalu ditambah dengan 3 rakaat witir 1 kali salam.


    • Lafaz Niat Solat Sunat Tahajjud

      Maksudnya:
      "Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala"


      Ayat-ayat yang dibaca sesudah Al Fatihah boleh dipilih sendiri. Biasanya ayat-ayat yang dipahami maknanya akan lebih berkesan dan mudah dihafal. Bagi yang belum hafal, dapat membaca pada rakaat pertama surat Al Ashar serta Al Kautsar; atau ayat-ayat pendek lainnya.

      Doa Solat Tahajjud

      Maksudnya:
      "Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerjaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang hak, dan janjiMu adalah hak, dan syurga adalah hak, dan neraka adalah hak, dan nabi-nabi itu adalah hak, dan nabi Muhammad saw, adalah hak, dan saat hari kiamat itu adalah hak, ya Allah, kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."


      Melalui solat malam, seseorang dapat meningkatkan ketaqwaannya kepada Allah s.w.t..

      Firman Allah s.w.t.:
      "Dan pada sebagian malam tahajudlah kamu sebagai ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji". (Al Isra : 79).

      ~* Solat Ied (Idul Fitri/Adha) *~


      Islam memiliki dua hari raya iaitu Hari raya Fitri 1 Syawal dan Ied Adha 10 Dzulhijjah (Hari Raya Kurban atau Hari Raya Haji).

      Cara mengerjakannya hampir sama dengan solat Jum'at yaitu dua rakaat. Bedanya, pada solat Ied, takbir awal pada rakaat pertama sebanyak 7 kali, dan takbir pada rakaat kedua sebanyak 5 kali, dan khutbah Ied dilakukan sesudah shalat.

      Solat Ied & Idul Adha :
       Sebaiknya dilakukan di lapangan terbuka
       Disunatkan makan/minum sekedarnya menjelang pergi ke tempat solat. (Kebalikan dari Ied Adha: menahan makan sampai turun khatib dari khutbah)
       Disunatkan pergi dan pulang dari solat Ied menempuh jalan yang berbeza
       Tak ada solat sunnat yang mendahului atau yang mengiringi solat Ied.
       Bagi mereka yang mengerjakan solat Ied di lapangan baginya tidak ada solat sunnat Tahiyatul Masjid.


      Bacaan setiap sesudah takbir
      Subhaanallaah wal hamdulillaahi wa laa ilaaha illallaah wallaahu akbar.
      "Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tidak ada Tuhan selain Allah dan Allah itu Maha Besar"

      Sunnat memperbanyak lafaz takbir pada malam dan sepanjang Hari Raya Fitri. Pada Ied Adha, lafaz takbir hanya dikumandangkan pada malam dan paginya menjelang usai khutbah. Waktu-waktu berikutnya dilakukan pada kesempatan solat fardhu termasuk pada hari-hari Tasyriq. Lafazh berbunyi:

      Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar allaahu akbar walillaahil hamd. Allahu akbar kabiira walhamdulillahi katsiira wa subhaanallaahi bukratan wa ashiila. Laa ilaaha illallaahu wahdah, shadaqa wa'dah, wanashara 'abdah, wa hazamal ahzaaba wahdah. Laa ilaaha illallaahu walaa na'budu illa iyyaahu mukhlishiina lahuddiina walau karihal kaafiruun.

      "Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tidak ada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan bagi Allah segala puji, Allah Maha Besar, Maha Agung, dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, dan Maha Suci Allah pagi dan petang, tidak ada Tuhan selain Allah sendiri saja, Maha Benar Janji-Nya, Maha Penolong akan hamba-Nya, dan menghalau pasukan-pasukan musuh sendiri-Nya saja. Tidak ada Tuhan selain Allah, dan kami tidak menyembah selain kepada-Nya saja, mengikhlaskan agama bagi-Nya sekalipun tidak disukai orang-orang kafir ".

      Bagi mereka yang terlambat tiba di tempat solat dan mendapati imam sedang solat, ia jangan berbalik pulang, tetapi bergabunglah dan ikutilah, kemudian tambahilah sebanyak rakaat yang tertinggal.

      Apabila mereka mendapati jamaah telah selesai solat, maka kerjakanlah solat Ied sebanyak dua rakaat; jangan ragu, jangan malu dan kerjakanlah hingga selesai. Bila selesai solat Ied duduklah dan dengarlah khutbah dengan khidmat.

      Disunnatkan mendengar khutbah dengan khidmat dan jangan meninggalkan lapangan sebelum khatib turun dari mimbar, kecuali kerana hal-hal yang sangat memaksa. Bagi kaum wanita yang dalam keadaan haid, mereka dianjurkan ikut ke lapangan, ambil tempat di bagian pinggir, lalu mendengar khutbah, demi syiarnya Islam.

      Bacaan setiap sesudah takbir berbunyi:
      "Subhaanallaah wal hamdulillah wa laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar"
      "Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar."

      ~* Solat Tarawih *~


      Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan ialah solat Tahajjud atau shalatul lail yang dilakukan pada malam-malam bulan lainnya. Sesudah membaca Al Fatihah pada setiap rakaat, lalu membaca ayat-ayat atau surah dari Al Quran . Bilangan rakaat shalat Tarawih sesuai sunnah Rasulullah s a.w. ialah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat solat Witir. Sementara Umar bin Khatab r.a. mengerjakannya 20 rakaat dengan ditambah witir 3 rakaat. Solat tarawih termasuk sunnah muakkad, boleh dikerjakan dengan berjamaah boleh juga sendiri.

      Menurut pendapat Al Ghazali, dalam bukunya "Rahsia-rahsia Shalat", walaupun dapat dikerjalan sendiri tanpa berjemaah, solat Tarawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdhal, sama seperti pendapat Umar r.a., mengingat bahawa sebagian solat nawafil telah disyariatkan dalam jemaah, maka yang ini pun pantas dimasukkan ke dalam kelompok tersebut. Sedangkan alasan kekhawatiran timbulnya riya bila berjemaah, atau pun kemalasan bila sendirian, sudah jelas menyimpang dari tujuan keutamaan berkumpul dalam suatu jemaah. Barangkali, orang yang berpegang pada alasan tersebut ingin berkata bahawa melakukan solat lebih baik daripada meninggalkannya kerana malas, dan bahawa kemalasan (bila sendirian) lebih baik daripada riya (jika solat jamaah). Demikian menurut Al Gazhali.

      Cara Mengerjakan
      2x4 rakaat + Witir, yaitu setiap 4 rakaat 1 kali salam, ditambah dengan witir 3 rakaat 1 kali salam.
      4x2 rakaat + 3 rakaat witir, yaitu setiap 2 rakaat 1 kali salam, ditambah dengan witir 3 rakaat 1 kali salam.


      Waktu solat Tarawih ialah sejak selesai solat Isya hingga terbit fajar

    • Hadis riwayat Muslim: Dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu bahawa Rasulullah telah bersabda:

    • "Barangsiapa yang mendirikan solattarawih pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu"


    • Hukum tarawih adalah sunat muakkad, sebaiknya berjemaah.

    • Waktu solat adalah selepas fardhu Isyak.
    • Jumlah rakaat pada zaman Rasulullah adalah 8 tetapi Khalifah Omar Al-Khattab menambahkan lagi bilangannya menjadi 20. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sebanyak 20 rakaat. Solat tarawih dilakukan dua rakaat pada setiap takbiratul-ihram.

    • Niat solat jika makmum adalah "Sengaja aku bersolat (atau sembahyang) sunat tarawih dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala". Lafaz niatnya adalah

    • "Ussali sunatat tarawih raka'ataini makmuman (ma'munatan bagi perempuan) lillahi ta'ala"


    • Rukun sembahyang adalah serupa dengan rukun solat yang lain.

    • Bacaan-bacaan sunat sebelum dan/atau selepas tiap-tiap dua rakaat tarawih dan/atau witir:-

    • (i) Bila Bilal menyebut:



      "Subhanallahi wal hamdulillahi wa la ilaha illallahu wallahu akbar wa la haula wala quata illa billahil 'aliyil 'adzim". dan "Allahumma salli 'ala muhammad" atau "Allahumma salli 'ala saiyidina wa syafi 'ina wa dzukhrina wa maulana muhammad"


      (ii) Ramai menyahut:



      p>"Sallahu was salama 'alaih".


      (iii) Bila Bilal menyebut:



      "Solatut tarawihi min qiyami syahri ramadhana athabakumullah"


      (iv) Ramai menyahut:



      "Assalatu la ilaha illallah"


      (v) Bila Bilal menyebut:



      "Fadhlan minallahi wa ni'mah"


      (vi) Ramai menyahut:



      "Wa maghfiratan wa rahmah, La ilaha illallahu wahdahu La syarika lah, Lahulmulku wa huwa 'ala kulli syai in qadir"


      (vii) Bila Bilal menyebut:



      "Albadrul muniru muhammad"


      (viii) Ramai menyahut:



      "Sollu 'alaih"


      (ix) Bila Bilal menyebut:



      "Subhanal malikil ma'bud"


      (x) Ramai menyahut :



      "Subhanal malikil maujud, subhanal malikil haiyilladzi la yanamu wa la yamutu wa la yafutu abada, subbuhul quddus, rabbana wa rabbul malaikati warruh, subhanallahi walhamdulillahi wa la ilaha illallahu wallahu akbar, wa la haula wa la quata illa billahil 'aliyil adzim"


      (xi) Bila Bilal menyebut:



      "Alkhalifatul awwal amirul mu'minin saiyidina abu bakris siddiq"



      "Alkhalifatuth- thani amirul mu'minin saiyidina 'umarubnil khattab"


      atau



      "Alkhalifatuth thalathu amirul mu'minin saiyidina 'uthmanabni 'affan"

      (xii) Ramai menyahut:



      "Radhiallahu 'anh"


      (xiii) Bila Bilal menyebut:



      "Alkhalifatur rabi' amirul mu'minin saiyidina 'aliyubni abi taliban"


      (xiv) Ramai menyahut:



      "Karamallahu wajhah"


      (xv) Bila Bilal menyebut:


      p>"Autiru wa majjidu wa 'adzdzamu (waqnutu) syahrakum syahras siyami rahimakumullah"


      .....selepas tarawih untuk memaklumkan sembahyang witir.


      (xvi) Ramai menyahut:



      "Assalatu La ilaha illallah"



    • Niat witir adalah

    • "Sengaja aku sembahyang sunat witir dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala"


      Lafaznya ialah



      "Ussalli sunnatal witri rak'ataini ma'muman (ma'mumatan jika perempuam) lillahi ta'ala" ....bagi dua rakaat yang pertama.


      Dan


      "Sengaja aku sembahyang sunat witir satu rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala"


      Lafaznya ialah



      "Ussalli sunnatal witri raka'atan ma'muman (ma'mumatan bagi perempuan) lillahi ta'ala"....bagi sembahyang terakhir.



    • Jika melakukan tarawih lapan rakaat sahaja, lazimnya sembahyang witir dibuat dalam tiga rakaat dengan satu salam sahaja. Niatnya

    • "Sengaja aku sembahyang sunat witir tiga rakaat kerana Allah Ta'ala"


      Sisipkan 'mengikut imam' jika makmum. Lafaznya adalah


      "Ussalli sunnatal witri thalatha raka'atin (ma'muman atau ma'mumatan jika mengikut imam) lillahi ta'ala"


    • Pada malam keenambelas Ramadhan disunatkan membaca qunut (seperti qunut subuh) pada rakaat terakhir dan disunatkan sujud sahwi jika meninggalkannya.

    • Tahlil beramai-ramai selepas sembahyang witir adalah:


    • "Ya latifu kafi, ya hafidzu ya syafi" (2x)


      dan


      "ya latifu ya wafi ya karimu antallah"


      disambung dengan beberapa kali


      "La ilaha illallahu la ilaha illallah"


    • Pedoman ini diharap dapat membantu pembaca budiman. Sebutan-sebutan bahasa Arab dialih-hurufkan sedekat mungkin dengan sebutan lazim bacaan rumi. Tetapi perbezaan artikulasi huruf sebutan, harakat dsb. hendaklah dirujuk kepada buku atau orang yang mahir dalam sebutan asalnya.

    • Niatlah puasa bagi hari berikutnya (jika bukan 1 syawal)
    • "Sengaja aku berpuasa besok dalam bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala"


      dan lafaznya


      "Nawaitu sauma ghadin 'an ramadhana lillahi ta'ala"

      ~* Why Do Muslims Fast In Ramadan? *~

      What is Fasting (Sawm)? Sawm (Arabic: صوم) is an Arabic word for fasting regulated by Islamic jurisprudence. In the terminology of Islamic l...